#HASYA 47

16.7K 405 14
                                    

Seminggu kemudian~

"Alfi! Balik sekarang! Anak kamu---"

Suara cemas Puan Izzah di hujung talian sudah cukup membuatkan jantung Alfi hampir pecah. Dia terus bangun dari kerusi lalu mencapai kunci kereta di atas meja kerjanya.

Tergesa-gesa Alfi memandu keretanya ke rumah mamanya. Sepanjang perjalanan, Alfi tidak henti-henti berdoa agar anaknya tidak apa-apa.

Sampai saja di rumah mamanya, Alfi terus meluru masuk. Dia berlari menaiki anak tangga menuju ke bilik tidur anaknya. Dilihat doktor peribadi keluarganya, Doktor Hisyam sedang merawat anaknya yang terbaring di atas katil.

Doktor, anak saya kenapa?!"

Soal Alfi cemas. Dia lihat mamanya sedang menangis.

"Ma! Ely kenapa ma?"

Puan Izzah menggeleng-geleng.

"Mama tak tau, Fi. Tadi mama nak panggil Ely makan. Bila mama masuk bilik ni, Ely dah pengsan. Terus mama call Doktor Hisyam. Mama takut, Fi. Mama taknak kehilangan Ely."

Puan Izzah mengongoi dalam pelukan anaknya.

Selesai merawat Elyna, Doktor Hisyam terus berpaling ke arah Puan Izzah dan Alfi.

"Puan, Encik. Saya rasa puan dan encik Alfi perlu bawa Elyna ke hospital untuk dapatkan rawatan lanjut. Maaf kalau saya cakap tapi keadaan hati Elyna semakin serius. Jadi saya sarankan Elyna dibawa ke hospital secepat mungkin."

Terang Doktor Hisyam.

"Kenapa boleh jadi macam ni, doktor? Setahu saya, anak saya makin sihat. Selama ni dia takde tunjuk tanda-tanda dia sakit. Kenapa tiba-tiba dia drop, doktor?"

Soal Alfi.

"Hal tu saya tak dapat pastikan sekarang ni, encik. Apa yang penting, encik bawa dulu Elyna ke hospital. Saya minta diri dulu."

***

"Fi, mama rasa Fi kena cari Hasya. Bawak dia ke sini jumpa Elyna."

Tegas Puan Izzah. Saat itu, anak-beranak itu berada di ruang menunggu di hospital.

"Why, ma? Kenapa Alfi nak bawak perempuan tu ke sini?"

Soal Alfi tidak puas hati.

"Fi jangan jadi manusia selfish. Setiap hari Elyna tanya mana mama dia, mana mama dia. Nak pujuk dia makan bukan main susah lagi. Itu belum masuk dia mengigau panggil mama dia setiap malam. Elyna rindukan Hasya, Fi."

Alfi memeluk tubuh.

"Nonsense. Hasya bukan mama kandung Elyna. Kenapa Elyna beria-ia rindukan Hasya? Mira tu mama kandung dia. Sejak kehadiran Hasya, Fi perasan yang Ely dah tak tanya langsung pasal arwah Mira."

Puan Izzah menghela nafas perlahan.

"Fi boleh cakap apa saja yang Fi nak tapi tolong jangan pisahkan kasih sayang seorang anak dengan ibu. Walaupun Hasya bukan mama kandung Ely tapi mama yakin yang Hasya ikhlas sayangkan anak kamu. Satu je mama nak ingatkan, rendahkan ego kamu tu dan bawaklah Hasya ke sini. Temukan Ely dengan Hasya sebelum terlambat."

Usai berkata-kata, Puan Izzah terus berlalu meninggalkan anaknya.

***

Usai solat maghrib, Suria masuk ke bilik Hasya. Hasya yang sedang melipat telekung itu terus menoleh memandang sahabatnya.

"Ni kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk ni? Su dapat bonus ke?"

Seloroh Hasya.

"Tak lah..."

"Habis tu?"

Hasya menjongketkan sebelah keningnya.

"Su nak cakap yang Su bersyukur sangat sebab dapat jumpa Sya balik and Su memang happy bila Sya duduk sekali dengan Su. Tak ada la Su bosan duduk rumah sorang-sorang."

Suria memeluk mesra bahu sahabatnya.

"Sya pun happy dapat jumpa Su. Thanks tau sebab bagi Sya tinggal kat rumah Su. Sya bersyukur sangat."

"Sya, kita ni dah macam adik-beradik. Masa kat kampung dulu susah senang kita sama-sama. Sya jangan tinggalkan Su lagi. Kalau nak pergi mana-mana bagitahu Su. Janganlah lari macam dulu lagi. Su sedih tau masa Sya lari dulu. Su terasa sangat kehilangan seorang sahabat dan kakak yang selama ni sentiasa ada dengan Su. Janji tak buat lagi?"

Suria menghulurkan jari kelingkingnya. Hasya mengukir senyuman lalu menyambut jari kelingking sahabatnya itu.

"Janji..."

Mereka saling berpelukan.

"Oh ye. Lupa Su nak bagitahu Sya. Siang tadi masa Su keluar lunch, Su ada terserempak dengan Kamal."

Mati terus senyuman Hasya setelah mendengar nama itu. Mana tidaknya, disebabkan rancangan bodoh Kamal dan abang tirinya lah membuatkan suaminya membenci dirinya.

"Su bagitahu Kamal yang Sya ada dengan Su. Mesti Kamal risaukan Sya. Sya gaduh dengan dia ke? Tak baik merajuk lama-lama, nanti baby dalam perut tu ikut merajuk sama macam mama dia."

Hasya mengerutkan dahinya.

"Hah?!"

'Apa maksud Suria? Adakah Suria menganggap bahawa aku dan Kamal pasangan suami isteri?'

Hasya memicit-micit kepalanya.

"Eh?! Sya okay tak ni? Sorry Su ganggu Sya rest. Su keluar dulu."

Belum sempat Hasya bersuara, Suria sudah keluar daripada biliknya terlebih dahulu.

***









HASYA ✅Where stories live. Discover now