HASYA #32

17.6K 459 5
                                    

Hasya berasa pelik apabila terdapat sejumlah wang di dalam purse nya.
Alfi yang baru saja keluar dari bilik mandi dipandang sekilas.

"Abang..."

Alfi yang hanya bertuala paras pinggang itu terus menuju ke arah isterinya yang sedang duduk di birai katil. Hasya memejamkan mata sebentar. Bau haruman tubuh suaminya benar-benar mengusik jiwa wanitanya.

"Ni kenapa pejam mata, sayang?"

Alfi mengusik isterinya. Merona merah wajah Hasya apabila tersedar akan kesilapannya. Malu.

"Suka ehh tengok abang seksi gini?"

Bertambah malu Hasya dibuatnya apabila disoal begitu.

"M-mana a-da"

Alfi tergelak kecil.

"Ni sejak bila sayang abang ni tiba-tiba jadi gagap?"

"Mana adaaa..."

"Still mau dengan abang lagi?"

Bisik Alfi dekat di telinga isterinya. Hasya mengeliat kerana kegelian.

"Jom..."

Bisik Alfi lagi. Hasya blur.

"Jom apa? Kita nak pergi mana? Bukan ke abang kerja hari ni?"

Soal Hasya bertalu-talu.

"Jom apa ehh?"

Usik Alfi lagi sambil mencium rambut wangi isterinya. Hasya diam. Otaknya mula menghadam maksud 'jom' dari suaminya sebentar tadi.

"Eeii! Gatal!"

Jerit Hasya lalu menolak dada suaminya. Tergelak besar Alfi.

"Sayang fikir apa tu? Abang nak cakap, jom tolong abang bersiap. Abang nak pergi office ni."

Tidak sudah lagi Alfi mengusik isterinya pagi-pagi begini. Wajah Hasya kembali merona merah kerana menahan malu.

"Sayang nak 'tu' ke? Malam sikit eh baru syok..."

"Abaaaaaanggg"

"Ye sayang..."

"Baby dengar nanti tak elok la. Papa dia gatal sangat pagi ni kenapa?"

Ujar Hasya geram.

"Eeii comel la sayang abang ni bila dia marah. Ala... Biarlah. Baby faham papa dia macam mana."

Hasya menjeling suaminya. Ada saja jawapan yang hendak dijawabnya.

"Ala... Sayang... Abang gurau je. Jom tolong husband sayang ni bersiap. Tiba-tiba rasa nak manja-manja dengan sayang pagi ni."

"Mengada..."

***

Saat Hasya sibuk memasangkan butang di baju suaminya, Alfi tunduk lalu mencium dahi isterinya. Hasya terkedu seketika.

Kedua-dia belah tngan Hasya yang terhenti daripada memasang butang di kemeja yang dipakainya dicapai lalu dikucup.

"Thanks for being my wife, sayang. I love you so much."


***



Semasa Hasya baru selesai memasak di dapur, tiba-tiba bunyi notification dari handphonenya. Hasya mencapai handphonenya di atas meja lalu aplikasi whatsapp dibuka.

Husband ❤
Sayanggg... I miss you

Tergelak Hasya selepas membaca whatsapp dari suaminya.

Miss you too, abang... Muahh3 😘 Abang nak sayang hantar lunch kat office abang? Abang send location, okay?

Husband ❤
No need, sayang. Kejap lagi abang ada lunch meeting dengan client. Sayang rest well okay? Jangan kerja penat sangat. Kesian kat baby.

Bertambah lebar senyuman Hasya membaca whwtsapp dari suaminya. Terasa diri disayangi.

Tiba-tiba, Hasya teringat sesuatu.

Abang... Sayang nak tanya. Abang ke yang letak duit dalam purse sayang?

Husband ❤
Yup... For you. Since sayang dah boleh drive, abang izinkan sayang keluar but please take care of yourself and our baby too, sayang. Abang tau sayang bosan kat rumah. Credit card pun abang dah masukkan sekali dalam purse sayang.

Terkejut Hasya apabila membaca ayat terakhir suaminya. Dia tak perasan pulak ada credit card dalam purse tadi.

Abang... Tak perlu la sampai macam tu. Cash yang abang bagi tu pun dah banyak sangat. Sayang bukannya nak beli apa-apa pun.

Husband ❤
Its okay, dear. Itu memang hak sayang. Sayang guna je kalau sayang perlukan, okay? Abang kena gerak dulu ni. Ada meeting. Love you so much, sayang. Muahh

Thank you, abang... Jangan kerja penat sangat tau. I love you too.


***

HASYA ✅Where stories live. Discover now