HASYA #60

21.8K 457 25
                                    

A T T E N T I O N ! ! !

Untuk chapter 57, ada sikit perubahan. Dhia terlepas pandang yang arwah isteri Alfi meninggal setahun lalu selepas Hasya bertemu Alfi buat pertama kali. Tapi Dhia tertaip yang Elyna cuma dapat susu mama kandung dia setahun pada chapter 57. Maaf ya. Dhia tersilap. Dia dah betulkan.

***

"I-ini kubur siapa, bang?"

Soal Hasya terketar-ketar. Dapat dibaca nama yang tertera di batu nisan itu.

"Ini kubur arwah isteri abang, kakak sayang."

Hasya memandang suaminya.

"A-abang tahu?"

Soal Hasya.

Alfi hanya mengangguk perlahan.

"Kita balik dulu ye, sayang? Kesian anak kita. Hari makin panas ni."

Ujar Alfi. Hasya seperti keberatan namun dia terpaksa akur dengan kata-kata suaminya memandangkan dia juga terasa bahang panas matahari di situ.

Hasya hanya mengangguk perlahan.

***

Sepanjang perjalanan mereka pulang ke rumah, Hasya hanya mendiamkan diri. Melayan perasaannya. Dia masih belum boleh terima hakikat bahawa Elyna sudah pergi buat selama-lamanya. Masih terngiang-ngiang di telinganya suara anak kecil itu memanggilnya 'mama'.

Tanpa sedar, air mata Hasya gugur. Alfi yang sedang memandu itu menoleh sekilas ke arah isterinya. Sebelah tangannya menggenggam erat tangan isterinya.

Hasya mengesat air matanya dengan hujung jarinya. Sungguh, dia terlalu sedih dengan pemergian Elyna.

Sampai saja di rumah mereka, Hasya terus masuk ke bilik bersama-sama anaknya. Alfi yang memahami keadaan isterinya itu hanya membiarkan. Dia tahu isterinya memerlukan sedikit ruang untuk bersendirian. Dia juga turut bersedih atas pemergian Elyna tapi apakan daya, dia tiada kuasa untuk menolak takdir yang telah tertulis.

Alfi membuka pintu biliknya. Kelihatan isterinya sedang tidur di atas katil. Anaknya juga turut lena di sisi mamanya. Perlahan-lahan Alfi melabuhkan punggungnya di atas katil. Dapat dilihat sisa air mata yang mengalir di pipi isterinya. Kasihan isterinya. Baru habis berpantang, dia terpaksa pula menerima kejutan yang tidak disangka-sangka itu.

'Maafkan abang, sayang. Abang janji abang akan gantikan air mata sayang dengan kebahagiaan.'

"Sayang..."

Alfi memanggil lembut isterinya. Pipi isterinya dielus perlahan. Hasya tersedar apabila terasa sesuatu menyentuh pipinya.

"Abang... Ely... Sya rindu Ely..."

Luluh hati lelakinya apabila mendengar kata-kata isterinya itu.

"Sayang... Bangun dulu... Kita makan dulu meh... Abang dah belikan makanan untuk kita."

Hasya menggeleng.

"Sayang jangan la macam ni. Sayang makan sikit ye? Lepas breakfast tadi sayang tak makan apa-apa pun. Dah nak masuk pukul  tiga ni. Nanti perut tu masuk angin."

Pujuk Alfi.

"Sya rindu Ely..."

Alfi menghela nafas perlahan.

"Abang pun rindukan Ely tapi kita kena belajar kawal kesedihan kita terutama sekali sayang. Ingat, sayang tengah menyusukan anak kita. Kalau sayang sedih, nanti Alya pun sedih jugak."

Pujuk Alfi lagi.

"Kita turun ye?"

Hasya diam sejenak. Dia merenung wajah puterinya yang sedang nyenyak tidur itu.

HASYA ✅Where stories live. Discover now