HASYA #7

27.3K 704 13
                                    

Hujan yang turun mencurah-curah dari langit menyukarkan pemanduan Alfi lalu dia membuat keputusan untuk memberhentikan keretanya di tepi jalan. Niatnya sekadar untuk keluar mengambil angin sebentar sebelum kembali ke hospital namun hujan yang lebat membuatkan dia terpaksa berlama-lamaan di jalan raya.

Alfi mengeluh sendirian. Tiba-tiba, dia teringatkan Hasya. Entah apalah yang gadis itu sedang lakukan saat ini.

'Ely, maafkan papa sayang. Papa tak tau macam mana nak cari aunty Hasya.'

Setelah beberapa minit, hujan semakin reda. Alfi membuang pandangannya ke tepi tingkap tempat duduk pemandu. Berderau darahnya apabila terpandang suatu 'objek' yang dalam keadaan basah kuyup di tepi jalan.

'Ya Allah, apalah dosaku? Kenapa aku asyik jumpa perempuan tengah-tengah malam buta ni?'

Alfi memberanikan diri untuk keluar dan melihat 'objek' tersebut. Dia mencapai payung yang berada di tempat duduk penumpang di belakang. Perlahan-lahan, dia membuka pintu kereta dan membuka payung. Langkah diatur menuju ke arah 'objek' yang dilihatnya sebentar tadi.

***

"Cik? Cik okay ke ni?"

Hati Alfi tertanya-tanya sama ada wanita yang dilihatnya itu manusia atau pun bukan. Tiada jawapan mahupun sahutan daripada 'objek' yang duduk membelakanginya itu.

Alfi jatuh kasihan melihat tubuh wanita itu yang dalam keadaan menggigil. Lantas, Alfi membongkokkan sedikit tubuhnya dan memayungi wanita itu.

Hasya yang sedang sedang dalam kesejukan itu tiba-tiba berasa pelik apabila tiba-tiba hujan yang menggila tadi seakan-akan tidak mengenai tubuhnya sedangkan cuaca masih lagi hujan. Perlahan-lahan Hasya menoleh ke arah belakang.

Kedua-dua mereka tergamam!

"Hasya?!"

"A- Alfi?"

"Kau buat apa kat sini? Bukan sepatutnya sekarang ni kau ada dekat Ipoh ke? Apa yang dah jadi ni?"

Alfi yang dalam keadaan terkejut setelah mengetahui bahawa gadis itu adalah Hasya menyoal bertalu-talu.

"S-se--sejukk---"

Hasya bersuara dalam keadaan tubuhnya menggigil akibat kesejukan dek terdedah kepada hujan. Tanpa banyak soal, Alfi terus menanggalkan jaketnya lalu disarungkan ke tubuh Hasya.

"Jom masuk kereta. Aku hantar kau ke hospital."

Hasya hanya menurut. Alfi membantu Hasya bangun dan memimpin Hasya menuju ke keretanya.

***

Oleh sebab suhu badan Hasya terlalu tinggi, maka pihak hospital terpaksa menahannya di wad untuk beberapa hari agar memudahkan doktor memantau keadaannya.

"Assalamualaikum."

Hasya melemparkan senyuman kepada Alfi walaupun wajahnya kelihatan sedikit pucat.

"Waalaikumussalam."

"Macam mana keadaan kau sekarang? Feel better now?"

Hasya sekadar mengangguk lemah.

"Oh ya! Ni aku ada belikan makanan untuk kau. Aku tau makanan kat hospital ni tak sedap. So, aku tapaukan untuk kau. Kau nak makan sekarang ke?"

Alfi meletakkan bungkusan polistrin di atas meja. Hasya menggeleng perlahan.

"Buat susah-susah je. Terima kasih."

Alfi mengangguk.

"Aku keluar dulu la. Nanti si kecik tu bising pulak bila dia bangun nanti aku takde."

Baru saja Alfi hendak menoleh ke belakang, tiba-tiba lengannya disambar oleh Hasya.

"Alfi! Wait."

Alfi memusingkan kembali tubuhnya menghadap Hasya. Terasa suatu getaran yang hebat di dadanya saat Hasya memegang tangannya.

"Pasal semalam tu, er---"

"No, its okay. Kau rehat la dulu. Muka kau nampak pucat."

Alfi yang tidak ingin berlama-lamaan dengan Hasya saat ini terus mencium dahi wanita itu secara spontan sebelum meninggalkan Hasya sendirian di wad itu.

Hasya terpana dengan tindakan drastik Alfi. Dahinya disentuh perlahan.

***

HASYA ✅Where stories live. Discover now