HASYA #26+

21.4K 395 6
                                    

HASYA POV

Aku terasa seolah-olah aku sedang diperhatikan. Tapi siapa? Hatiku berdegup kencang. Terasa menyesal kerana meninggalkan Alfi dan Ely sebentar tadi. Aku pelik dengan sikapku sejak akhir-akhir ini yang mudah sangat merajuk lagi-lagi dengan suamiku.

Sudahlah keadaan di supermarket ini agak lengang kerana hari ini merupakan hari Isnin.

Aku menoleh ke belakang, ke kiri dan ke kanan namun kelibat suamiku tetap tidak kelihatan. Jantungku tiba-tiba berdegup pantas. Aku rasa tidak sedap hati.

'Alfi, awak kat mana? Saya takut.'

Aku cuba mendail nombor telefon suamiku namun tidak berjawab. Aku cuba lagi cuba lagi namun hampa.

Tiba-tiba,...

"Ehemm!"

Aku tersentak apabila memandang ke arah suara yang berdehem tadi. Dunia seolah-olah berputar. Tubuhku terasa menggigil.

'Ya Allah! Dugaan apakah ini?'

***



***

HASYA ✅Where stories live. Discover now