"Ely? Sayang?"
Alfi yang panik mendengar suara jeritan anaknya terus meluru masuk ke dalam wad anaknya. Hasya juga membuntuti langkah Alfi.
Alfi menepuk lembut pipi anaknya yang sedang meracau-racau memanggil mamanya. Hasya yang sedari tadi jadi pemerhati jadi kasihan melihat anak kecil itu.
"Ely, bangun sayang."
Sekali lagi Alfi mengejutkan anaknya.
"Mama! Ely nak mama!"
Saat matanya terbuka, itulah ayat pertama yang keluar dari bibir comelnya. Meracau-racau memanggil nama mamanya.
Hasya yang tidak sampai hati melihat Elyna begitu terus saja memeluk tubuh kecil itu.
"Shhh... Ely mimpi je ni, sayang..."
"Aunty siapa?" Suaranya serak bertanya kepada wanita asing di hadapannya ini. Pelukan dileraikan. Melihat Elyna yang berusaha untuk bangun, Hasya membantu.
Hasya mengerling sekilas ke arah Alfi lantas menguntumkan senyuman manis kepada Elyna.
"Aunty kawan papa, sayang. Aunty datang nak lawat anak kawan aunty yang cantik ni."
Suara Hasya kedengaran ceria. Pipi tembam Elyna dicubit manja.
"Aunty pun cantik. Cantik macam mama Hasya."
Raut wajah Hasya berubah namun dia cuba mengawal riak wajahnya dengan menguntumkan senyuman manis buat Elyna. Dia terlalu kasihan melihat wajah pucat itu.
"Papa cakap, Ely ikut muka mama. Sebab tu Ely cantik. Kan, pa?"
Alfi tersenyum memandang anaknya dan mengangguk.
"Aunty teman Ely kat sini boleh?"
Hasya memandang Alfi.
"Boleh, sayang. Tapi Ely kena tidur dulu sekarang ni. Dah lewat ni. Sini aunty peluk Ely."
Hasya membawa tubuh kecil Elyna ke dalam pelukannya. Dia mengusap lembut belakang tubuh kanak-kanak malang itu lantas dia membaringkan semula tubuh Elyna yang semakin tenang dalam dakapannya. Dahi Elyna dikucup. Perlahan-lahan, mata Elyna tertutup semula.
Setelah memastikan Elyna telah tidur, Alfi dan Hasya keluar dari wad itu.
"Thanks sebab tolong aku tenangkan Ely tadi. Pandai kau layan budak-budak."
Hasya senyum.
"Tak ada apalah. Saya cuma buat apa yang sepatutnya saya buat. Ely memang selalu mengigau macam tu ke?"
Hasya menyoal penuh prihatin. Kedengaran Alfi mengeluh kecil.
"Selalu. Sejak mama dia meninggal setahun lepas. Hampir setiap malam dia mengigau panggil mama dia. Susah betul nak pujuk dia. Kadang-kadang aku sampai tak tidur malam sebab pujuk dia. Tapi pelik jugak aku, dengan kau tadi senang je dia terpujuk."
Hasya mengangguk-angguk. Jujur dia sangat kasihan dengan nasib Elyna.
"Ely masih kecil. Dia perlukan kasih sayang seorang ibu."
Tersentak Alfi mendengar kata-kata Hasya. Dia tidak pernah terfikir akan hal itu. Baginya, cukuplah hanya dia yang memberi kasih sayang dan perhatian kepada satu-satu puterinya. Kehilangan isterinya sukar dicari ganti.
"Hasya? Pasal tadi tu, Err... Betul ke kau nak pergi?"
Tiba-tiba, Alfi menyoal. Mungkin dia tidak mahu memanjangkan soal mama baru untuk Elyna.
Hasya memandang wajah Alfi lantas mengangguk.
"Saya kena pergi. Saya taknak abang tiri saya dapat jumpa saya. Kalau dia jumpa saya, matilah saya."
Alfi mengeluh perlahan.
"Kalau tak keterlaluan, boleh tak aku mintak kau tunggu sehari lagi kat sini?"
"Err... Tapi---"
"Aku sanggup bayar berapa yang kau nak."
"Ini bukan masalah duit. Tapi ini soal keselamatan saya."
"Aku janji untuk sehari je. Aku akan pastikan keselamatan kau. Kau percayakan aku kan?"
Alfi berjanji. Dia sangat berharap yang Hasya akan bersetuju dengan permintaannya.
Lambat-lambat Hasya mengangguk.
"Okaylah. Lagi pun saya dah janji dengan Ely nak temankan dia."
Bagi Hasya, apalah sangat masanya sehari untuk menemani Elyna kalau hendak dibandingkan dengan jasa Alfi yang telah menyelamatkan nyawanya sebentar tadi. Untuk keluar dari bandar Kuala Lumpur ini bila-bila masa pun boleh asalkan dia perlu lebih berhati-hati agar tidak terserempak dengan abang tirinya.
Alfi lega. Sekurang-kurangnya, esok dia masih boleh melihat senyuman anaknya.
"Thanks."
Hasya sekadar membalas dengan senyuman.
"Jom aku hantar kau ke hotel."
Dahi Hasya berkerut.
"Hah?! Ho-- hotel?"
"Wo woo... Jangan salah sangka. Aku bukan jenis lelaki yang macam tu. Kau percayakan aku kan?"
Hasya lega. Lambat-lambat dia mengangguk.
"Aku cuma nak kau selesa je. Lagipun takkan kau nak tidur dekat hospital malam ni. Nanti kau tak selesa."
"Tak payah la. Saya tidur sini pun takpe."
"Tapi---"
"Saya okay je. Lagipun kalau Ely mengigau lagi nanti senang saya nak pujuk."
Alfi akur.
Kalau macam tu, kau masuk la dalam. Ada sofa kat dalam tu kau tidur la kat situ."
Hasya mengangguk.
"Err-- awak?"
Alfi memandang ke arah Hasya.
"Aku lelaki. Tidur mana-mana pun takpe. Kau masuk la dalam."
Hasya memandang Alfi. Dia lihat Alfi sedang memicit-micit kepalanya.
"Awak okay tak?"
Alfi hanya diam.
"Awak?"
Hasya memegang bahu Alfi yang berlapik dengan baju.
"Hah? Okay. Aku okay. Maybe aku tak cukup rehat kot. Kau masuk la."
"No. You are not okay. Kita masuk dalam dulu."
Hasya menarik tangan Alfi membuntutinya ke dalam wad Elyna.
Alfi merasakan seakan-akan tubuhnya lembik. Dia Kepalanya rasa berpinar-pinar. Dia tidak mampu mengimbangkan badannya.
"A--awak?"
Hasya tersentak saat kepala Alfi jatuh di bahunya. Mujur dia sempat menahan tubuh itu daripada terjatuh.
***
"Awak baring dulu atas sofa ni."
Hasya membantu Alfi berbaring di atas sofa namun Alfi menolak untuk berbaring. Dia menarik tangan Hasya untuk duduk di sebelahnya. Hasya hanya menurut.
"Sha?"
Alfi bersuara seperti berbisik. Dia tidak mahu mengganggu tidur anaknya.
"Hmm?"
"Thanks."
Sejurus itu, kepala Alfi terus mendarat di bahu Hasya membuatkan sekali lagi Hasya tersentak. Namun, untuk mengejutkan lelaki itu dia tidak tegar. Lantas, dia mengambil keputusan untuk membiarkan saja. Matanya juga sudah mulai memberat. Perlahan-lahan, matanya tertutup rapat.
***
Siapa still support karya Dhia_zara??? Please vote and drop your comment 😘😘😘
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...