HASYA #12

25.7K 777 25
                                    

Turun saja dari tangga, Elyna terus mendapatkan papanya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu. Tidak diendahkan Hasya yang berada di belakangnya.

Setelah melihat Elyna berada bersama Alfi, Hasya mengatur langkahnya menuju ke dapur untuk menghidangkan kek coklat yang dibuatnya sebentar tadi.

Elyna memeluk tubuh papanya dengan wajah cemberut. Alfi yang sedar akan perubahan riak wajah anak kesayangannya itu terus menyoal.

"Baby girl papa kenapa masam je ni? Tak cantik la buat muka macam ni."

Alfi menyakat anaknya. Hidung Elyna dicuit lembut.

"Ely tak nak kawan dengan aunty cantik!"

Alfi mengerutkan dahinya.

'Dah kenapa pulak anak aku ni?'

"Why?"

"Alfi, saya dah hidangkan kek coklat dekat meja makan. Ely sayang, jom ajak papa. Kita makan kek sama-sama."

Elyna tidak sempat menjawab pertanyaan papanya apabila Hasya muncul dari dapur.

Elyna segera menarik tangan papanya menuju ke meja makan meninggalkan Hasya sendirian di situ. Protes!

"Hasya, jom makan sekali."

Hasya hanya membuntuti mereka berdua dari belakang menuju ke meja makan.

***

"So macam mana? Kau setuju tak?"

Alfi menyoal sambil memandang tepat ke dalam anak mata Hasya. Dia ingin mengetahui sejauh mana keikhlasan gadis itu.

"Setuju apa?"

Hasya menyoal Alfi kembali. Alfi memandang anaknya yang sedang enak menjamah kek coklat buatan Hasya.

"Ely sayang, baby girl tak bagitahu aunty Hasya lagi ke?"

Alfi bersuara lembut. Suapan di mulut Elyna terhenti.

"Dah, pa. Tapi aunty cantik tak angguk pun. Sebab tu Ely merajuk dengan aunty cantik sekarang ni."

Elyna bersuara tanpa memandang Hasya.

"Ely sayang, jangan la merajuk dengan aunty. Aunty mintak maaf ye?"

Hasya mencapai tangan Elyna namun anak kecil itu hanya berdiam diri. Melihat anaknya berkelakuan tidak sopan seperti itu, Alfi menegur.

"Elyna, tak baik tau buat aunty Hasya macam tu. Berdosa."

Elyna tetap berdiam diri. Dia masih merajuk dengan Hasya. Melihat anaknya masih membisu, Alfi bersuara sekali lagi.

"Kalau Ely buat perangai macam ni, malam ni jugak papa hantar aunty Hasya balik rumah dia. Biar Ely tak dapat jumpa aunty Hasya sampai bila-bila. Nak?"

Alfi cuba mengugut anaknya. Dia tahu sangat akan keakraban anaknya dengan Hasya. Cepat-cepat Elyna menggeleng.

"Then, pergi minta maaf sekarang dekat aunty Hasya."

Arah Alfi tegas.

Elyna akur. Dia turun dari kerusi dan menghampiri Hasya.

"Aunty cantik, Ely mintak maaf. Aunty janganlah balik rumah. Nanti takde sape nak main ngan Ely dah."

Elyna terus memeluk tubuh Hasya.

"Aunty maafkan, sayang. Tapi, Ely janganlah tak cakap dengan aunty. Nanti aunty sunyi takde kawan."

Hasya turut membalas pelukan Elyna. Elyna mengangguk. Pelukan dileraikan.

"Ely janji Ely tak paksa-paksa aunty kawin dengan papa Ely lagi. Tapi boleh tak kalau Ely nak panggil aunty cantik 'mama'?"

Hasya memandang Alfi. Alfi memandang Hasya. Mata mereka saling bertatapan buat seketika setelah mendengar kata-kata Elyna.

"Err... Alfi, awak tak yah la dengar sangat cakap Ely. Budak-budak kan? Biasalah tu."

Hasya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Terasa segan pula apabila Elyna membangkitkan soal perkahwinan di hadapan Alfi. Lagi-lagi soal gelaran 'mama'. Dia tidak mahu Alfi salah sangka terhadapnya bahawa dia cuba merampas gelaran ibu kandung Elyna.

"Sayang, tak yah la panggil aunty Hasya 'mama'. Aunty Hasya tak selesa agaknya kalau Ely panggil macam tu. Panggil aunty Hasya macam biasa ye, sayang?"

Elyna mengangguk perlahan-lahan. Wajahnya nampak sangat sedih dan kecewa. Hasya dihambat perasaan serba salah. Bukan seperti itu yang dimaksudkan.

"Ehh! Alfi... Bukan macam tu. Saya memang tak kisah kalau Ely nak panggil saya 'mama'. Demi Allah saya tak kisah. Saya memang dah anggap Ely macam anak saya sendiri. Tapi, err... Saya risau awak tak selesa je bila dengar Ely panggil saya macam tu. Erm... Awak tak kisah ke?"

Alfi menggeleng.

"Nope! Saya tak kisah. Asalkan Ely suka, saya okay je."

Hasya mengangguk sambil tersenyum. Mendengar jawapan Hasya, Ely bersorak kegembiraan.

"Yeay!!! Ely dah ada mama! Thank you, mama! Ely sayaaaanggg mama!"

Elyna mencium pipi Hasya.


***

Siapa nak Hasya dengan Alfi kahwin? Please drop your comment. Pepanjang sikit... Huhuu... Kalau tak, saya matikan terus watak hero korang ni. Hihuuu... Kejam³!

HASYA ✅Where stories live. Discover now