HASYA #35

18.6K 493 11
                                    

Sebelum ramai yang confuse, better Dhia terangkan sikit pasal chapter ni. Okay, bab ni sebenarnya flashback masa Alfi hantar Elyna pergi rumah Puan Izzah tu sebab Puan Izzah nak bawak Elyna pergi event. Ingat lagi? Kalau tak ingat, baca balik yang bab pasar malam tu... Hihihi... Dhia pun tak ingat chapter berapa.

***

"Comelnya cucu kau, Izzah. Keletah pulak tu. Beruntung kau."

Puji Puan Maryam, salah seorang rakan Puan Izzah. Hari itu, Puan Izzah membawa Elyna menghadiri kenduri kahwin anak rakannya di Shah Alam. Oleh sebab itu, dia meminta anaknya, Alfi menghantar Elyna ke rumahnya semalam.

"Ini je satu-satunya cucu yang aku ada, Yam..."

Ujar Puan Izzah sambil mengusap lembut rambut Elyna yang sedang enak menikmati bubur kacang itu.

"Papa dia tak ikut sekali?"

Soal Puan Maryam.

Puan Izzah menggeleng. Sebenarnya dia malas mahu mengajak anaknya bersama-sama kerana sudah tentu anaknya itu akan membawa sekali isterinya. Puan Izzah tidak mahu rakan-rakannya mengetahui bahawa anak tunggalnya itu sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua setelah kematian isterinya.

"Elyna kenapa tak ajak papa datang sekali, sayang? Boleh dia kenal-kenal dengan aunty Qira ni. Aunty Qira ni baik orangnya tau."

Ujar Puan Maryam sambil mengusap pipi Elyna. Elyna memandang ke arah seorang perempuan muda yang sedang makan disebelah Puan Maryam. Wanita itu tersenyum memandang Elyna.

"Kenapa papa nak kena kenal dengan aunty tu? Papa kan dah ada mama. Nanti mama jeles. Ely tak tau..."

Ujar Elyna polos.

Puan Maryam yang kelihatan bingung itu terus memandang ke arah Puan Izzah.

"Apa maksud cucu kau, Izzah? Bukan ke menantu kau dah meninggal?"

"Alahh, Yam... Kau tak payah dengar sangat la cakap budak-budak. Kadang- kadang dia bukannya faham apa yang diorang cakap. Kita yang tua ni lagi la tak faham."

Puan Izzah berdalih. Malas dia mahu membangkitkan soal anak dan menantu barunya itu.

"Nek Yam nak tau tak? Mama Ely yang sekarang ni cantik. Sama macam mama Ely yang dulu."

Cerita Elyna.

Semakin hairan jadinya Puan Maryam setelah mendengar cerita Elyna.

"Apa maksud Elyna ni, Izzah? Kau ada sembunyi apa-apa ke dari aku?"

Puan Izzah menggaru-garu kepalanya yang berbalut tudung itu.

"Aku tak tau macam mana nak cerita, Yam."

Puan Maryam memberi isyarat kepada anaknya, Qira agar meninggalkan mereka bagi memberi ruang privasi untuknya berbual dengan Puan Izzah. Qira akur lalu dia bangun meninggalkan mereka setelah menyudahkan makannya untuk membasuh tangan.

"Izzah, kalau kau ada apa-apa nak cerita, cerita je la. Aku ni dah berkawan dengan kau bukan sehari dua. Dah berpuluh-puluh tahun tau tak."

Puan Izzah menghela nafas. Berat.

"Anak aku dah menikah."

Tersentak Puan Maryam mendengar berita yang disampaikan oleh sahabatnya itu.

"Kau biar betul, Izzah?"

Soal Puan Maryam tidak percaya.

"Apa pulak tak betulnya? Takkan aku sengaja nak reka-reka cerita pasal anak aku pulak. Aku mintak maaf ye, Yam sebab tak cerita kat kau. Aku sebenarnya memang tak berkenan dengan isteri Alfi tu. Aku lagi berkenan dengan anak kau, Qira tu. Tapi nak buat macam mana, dah si Alfi tu beria sangat nak menikah dengan perempuan tu."

Cerita Puan Izzah.

Puan Maryam mengangguk-angguk.

"Nak buat macam mana. Dah tak ada jodoh kita nak berbesan. Anak kau tu kahwin dengan janda ke anak dara?"

Soal Puan Maryam ingin tahu.

"Anak dara."

"Dah kenapa kau tak berkenan dengan budak perempuan tu? Buruk ke perangai budak tu?"

Puan Izzah menggeleng.

"Habis tu?"

"Entahlah. Aku tengok budaknya elok je. Lemah lembut. Sopan santun. Cuma aku risaukan cucu aku. Aku risau dia apa-apakan cucu aku. Lagipun, Elyna ni kan cuma anak tiri dia je."

Puan Maryam menggeleng-geleng.

"Izzah, Izzah. Walaupun aku rasa ralat sikit sebab tak dapat berbesan dengan kau, tapi kau dengar la nasihat aku ni sebagai kawan kau. Maaf kalau apa yang aku cakap ni akan buat kau tersinggung tapi aku kena cakap jugak.  Kau tak boleh anggap semua mak tiri tu jahat yang suka dera anak tiri. Tak. Aku tau kau pernah ada sejarah dulu pasal mak tiri kau. Kau kena dera, kena pukul dengan mak tiri kau. Aku tau dan aku faham perasaan kau. Tapi kau tak boleh nak hukum semua perempuan yang bergelar ibu tiri ni."

Puan Izzah hanya diam mendengar butir bicara sahabatnya itu.

"Elyna sayang, Nek Yam nak tanya sikit boleh?"

Elyna memandang ke arah Puan Maryam.

"Tanya sikit je."

Balas Elyna membuatkan Puan Maryam tertawa kecil. Betul-betul ikut perangai Alfi si kecil Elyna ni.

"Siapa nama mama Elyna yang sekarang ni? Nek Yam teringin betul nak kenal dengan mama Elyna tu."

Elyna seperti berfikir sesuatu.

"Dulu, Ely panggil mama 'aunty cantik'. Tapi papa selalu sebut Hasya. Entah. Ely pun tak tau."

Puan Maryam mengangguk-angguk.

"Mama Hasya baik tak dengan Ely? Maksud Nek Yam, pernah tak dia cubit Ely ke, pukul Ely ke. Pernah?"

Elyna menggeleng.

"Taaak. Mama mana pernah cubit Ely. Pukul pun tak pernah. Ely selalu nakal tapi mama cakap Ely tak boleh nakal. Mama pesan yang Ely kena rajin makan ubat. Lepas tu kan, mama selalu peluk Ely, cium Ely. Ely sayang sangat kat mama. Mama Ely cantik. Papa pun cakap mama cantik."

Puan Maryam tersenyum mendengar jawapan Elyna. Ternyata, jawapan Elyna membuatkan Puan Maryam berpuas hati. Lantas, pandangannya diarahkan kepada Puan Izzah.

"Kau dah dengar sendiri daripada mulut cucu kau kan? Jadi, aku rasa kau dah cukup bijak untuk nilai mana kaca dan mana permata. Aku yakin yang Alfi takkan pilih mama untuk Elyna secara membabi buta. Aku kenal betul dengan anak kau tu. Nanti bila-bila, boleh la kau kenalkan aku dengan menantu baru kau tu. Teringin betul aku nak jumpa dia."

Ujar Puan Maryam sambil menepuk-nepuk bahu sahabatnya.

***

So, dah terjawab ke belum kenapa mama Alfi peluk Hasya dalam chapter sebelum ni? Hihii 🙈🙈🙈




HASYA ✅Where stories live. Discover now