HASYA #62

16.5K 472 26
                                    

Alfi buntu. Dia tidak tahu lagi di mana hendak mencari Badrul dan anaknya. Sudah seminggu berlalu namun masih tiada khabar berita dari orang-orang yang diupahnya untuk mencari anaknya. Pihak polis juga masih mencari.

Badrul langsung tidak menghubungi dia ataupun isterinya bagi menuntut sebarang wang tebusan. Dia sangat risau jika anaknya itu bakal diapa-apakan oleh abang tiri kepada isterinya itu.

"Bro!"

Kamal menepuk bahu Alfi menyebabkan lelaki itu sedikit tersentak.

"Dah lama sampai?"

Soal Kamal. Alfi menggeleng. Kamal mengambil tempat di hadapan Alfi di dalam restoran itu. Dia melambai seorang pelayan untuk memesan minuman.

"Apa cer? Dah ada khabar berita belum pasal anak kau?"

Soal Kamal serius. Alfi menggeleng-geleng.

"Aku buntu, Mal... Si Badrul tu langsung tak call mintak duit ke apa ke. Aku risaukan keselamatan anak aku. Entah macam mana la keadaan dia sekarang ni. Dahlah dia tengah menyusu lagi."

Alfi menghela nafas perlahan. Diraup wajahnya berkali-kali.

"Kau sabar la, Fi. Aku yakin kau akan jumpa semula anak kau. Percaya cakap aku."

Kamal memberi semangat.

"Dulu bukan kau baik dengan Badrul? Takkan kau tak tahu kat mana dia selalu lepak?"

Soal Alfi. Sebenarnya dia masih menaruh syak wasangka terhadap lelaki di hadapannya itu namun, menurut orang-orang upahannya yang disuruh untuk mengawasi Kamal, tiada tanda-tanda bahawa Kamal turut terlibat dalam kes penculikan anaknya.

"Sumpah aku tak tahu. Aku dah pergi dekat tempat-tempat kitorang selalu lepak dulu tapi dia takde. Aku syak dia ada port lain."

Ujar Kamal bersungguh-sungguh.

"Kau rasa dia kat mana?"

Soal Alfi. Kamal hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Aku tak boleh tunggu lagi, Mal. Apa-apa pun aku mesti dapatkan anak aku balik. Aku tak sanggup nak tengok Hasya menangis hari-hari."

Luah Alfi.

"Beruntung Hasya dapat suami macam kau. Aku janji aku akan bantu korang cari anak korang."

Janji Kamal.

***

Alfi masuk ke bilik tidurnya. Luluh hati lelakinya apabila melihat isterinya tertidur sambil memeluk baju baju mereka. Tidak sampai hati dia melihat keadaan isterinya begitu namun dia masih buntu untuk mencari di mana keberadaan bayi mereka kini.

Alfi mencium ubun-ubun isterinya penuh kasih. Dia terlalu mengasihi isterinya. Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan hidupnya jika tiada isterinya di sisi.

"Abang dah lama balik?"

Suara lembut Hasya menyentakkan lamunan Alfi. Dia memandang raut wajah isterinya penuh kasih. Sebuah senyuman dihadiahkan buat si isteri.

"Baru lagi. Sayang okay?"

Soal Alfi penuh prihatin. Dapat dilihat isterinya menggenggam erat baju bayi mereka.

"Abang pun rindukan anak kita."

Ujar Alfi lantas dia menarik tubuh isterinya ke dalam dakapannya.

Tubir mata Hasya bergenang. Dia menyembamkan wajahnya di dada suaminya. Di dalam dakapan hangat suaminya, Hasya menangis sepuas-puasnya.

"Allah sedang uji kita, sayang. Kita kena kuat."

Alfi memberi semangat buat isterinya.

"Sya tak nak kehilangan Alya, bang... Cukuplah Sya dah hilang Ely. Sya tak nak lagi rasa kehilangan."

HASYA ✅Where stories live. Discover now