Alfi menolak perlahan pintu bilik anaknya. Kelihatan wajah polos anaknya sedang tidur lena sambil berpelukan dengan Hasya. Alfi menutup kembali pintu bilik itu.
Bunyi pintu bilik tertutup membuatkan Hasya terjaga. Tekaknya terasa haus. Perlahan-lahan dia mengalihkan tangan Elyna yang memeluk pinggangnya. Ubun-ubun anak kecil itu diusap penuh kasih sebelum dia bangun dari katil pembaringannya.
Jam menunjukkan pukul dua belas tengah malam. Hasya berjalan keluar menuju ke dapur. Setibanya di dapur, dia memetik suis lampu.
"Makkk!!!"
Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Alfi yang sedang duduk di kerusi di meja makan di dapur itu. Alfi yang turut sama terkejut terus bangun mendapatkan Hasya.
"Hasya! Ni akulah, Alfi!"
Terus terhenti jeritan Hasya tadi.
"A-awak buat apa gelap-gelap kat dapur ni?"
Soal Hasya yang masih dalam keadaan terkejut.
"Kenapa bangun?"
Soal Alfi tanpa menjawab pertanyaan Hasya. Dia merenung ke dalam mata gadis itu.
"Saya haus. Nak minum air."
Hasya terus menuju ke arah peti ais lalu mencapai botol berisi jus oren. Gelas di atas rak dicapai. Bukan dia tidak perasan akan renungan Alfi memandangnya tapi dia sengaja buat-buat tidak nampak saja.
"Awak nak air?"
Alfi menggeleng.
Setelah meneguk air di dalam gelas sehingga habis, Hasya membawa gelas itu menuju ke sinki lalu gelas itu dibasuh.
"Saya masuk dulu."
Saat Hasya melintas di hadapan Alfi, tiba-tiba, lengannya dipaut.
"A- Alfi, apa ni?"
Jantungnya seakan mahu terkeluar saat terasa tangan Alfi memaut lengannya. Entah kenapa, sejak akhir-akhir ini jantungnya seakan-akan bekerja lebih kuat saat dia berada dekat dengan lelaki itu.
"Nak teman aku bersembang tak? Aku tak boleh tidur."
Sebenarnya Hasya juga terasa tidak mengantuk selepas dahaganya hilang sebentar tadi. Perlahan-lahan dia mengangguk setuju.
***
Hasya dan Alfi melabuhkan punggung di tepi kolam renang. Suasana di situ sangat tenang dan mendamaikan. Sedari tadi, kedua-dua mereka hanya mendiamkan diri tidak bersuara. Hasya berasa kekok apabila berdua-duaan dengan Alfi dalam suasana begini.
"Sunyi kan malam ni?"
Alfi memecahkan kebisuan antara mereka. Hasya hanya mengangguk.
"Thanks sebab kau sudi penuhi permintaan Elyna walaupun kau baru kenal kami."
Alfi bersuara sambil merenung bulan di langit. Ya. Keberadaan Hasya di sini adalah atas permintaan Elyna sendiri. Alfi yang telah berjanji untuk melakukan apa saja untuk satu-satunya puteri kesayangannya itu terpaksa bersetuju untuk mengambil Hasya sebagai pengasuh anaknya.
"Saya buat apa yang termampu, Alfi. Lagipun saya kesiankan Ely. Dalam usia dia begini, dia dah diuji dengan kehilangan ibu yang melahirkan dia. Saya tau apa yang dia rasa sebab saya pun senasib dengan Ely suatu ketika dulu."
Hasya dihambat kesedihan apabila mengenangkan yang dia juga dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu kandung. Teringat saat-saat di mana dia dan kakaknya sering dimaki hamun oleh ibu tiri mereka.
"Hasya? Kau okay ke?"
Hasya tersentak. Lamunannya terhenti.
"Hah? Oh, saya okay. Awak cakap apa tadi?"
Sedaya upaya Hasya cuba membendung kesedihannya.
"Nothing. Aku just cakap yang esok kita pergi picnic sama-sama dengan Ely. Kau setuju tak?"
Cepat-cepat Hasya mengangguk.
"Oh... Okay. Saya follow je asalkan si kecik tu happy."
Alfi senyum.
"Hasya..."
Alfi mencapai tangan Hasya membuatkan Hasya tersentak. Jantungnya berdegup lebih kencang dari tadi.
"Thanks again sebab kau sayangkan Ely macam anak sendiri. Aku terhutang budi dengan kau."
'Anak? Dalam usia dua puluh satu tahun?'
Tak dapat dibayangkan bila Elyna memanggilnya dengan panggilan 'mama', Hasya menggelengkan kepalanya.
"Hasya?"
Sekali lagi Hasya tersentak.
"Y-ya?"
"Kau mengelamun ke? Dari tadi kepala tu tergeleng-geleng je?"
Hasya memaki dirinya di dalam hati. Malu apabila ditangkap sedang mengelamun.
"Tak-tak... Saya cuma buat senaman kepala je. Tiba-tiba mengantuk pulak mata ni."
Hasya menggeleng-gelengkan kepalanya beberapa kali untuk meyakinkan Alfi. Gelengannya terhenti apabila dia terperasan yang Alfi masih memegang tangannya.
"Alfi?"
"Yes?"
"Tangan saya."
Alfi melihat ke arah tangan Hasya yang digenggamnya sedari tadi. Sedar kesilapannya, dia terus melepaskan tangan itu.
"Ops! Sorry-sorry."
Hasya hanya tersenyum.
"Kau tak mengantuk lagi ke, Hasya?"
Alfi menyoal sekadar ingin menutup rasa segannya sebentar tadi. Risau kalau-kalau gadis di hadapannya ini berfikir yang bukan-bukan mengenainya.
"Ngantuk sikit."
Alfi mengangguk-angguk.
"Kalau macam tu, kau masuk la dulu."
"Awak macam mana?"
"Kau nak teman aku sampai esok pagi ke?"
Alfi merenung ke dalam mata Hasya. Hasya yang sudah tidak tentu arah apabila Alfi merenungnya seperti itu terus mengangguk tanpa sedar.
"Are you serious?"
"Apa yang serius?"
"Kau nak teman aku sampai esok pagi. Kau serius ke?"
"Hah?! Ehh! Tak-tak. Saya nak masuk la ni. Bye."
Hasya terus mengangkat punggung. Dia mahu cepat-cepat berlalu dari situ.
"Hasya!"
Hasya terus berpaling menghadap Alfi. Jantungnya tak usah cakap la. Rasa nak tercabut daripada tadi lagi.
"Ye?"
"Good night!"
"Oh... Good night too."
Hasya terus berpaling dan berjalan laju menuju ke biliknya. Tidak sanggup untuk berhadapan dengan Alfi saat ini. Malu!
***
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...