Selesai sahaja menunaikan solat fardhu maghrib, Alfi mendekati isterinya yang sedang berbaring di atas katil. Al-Quran terjemahan di tangannya dibuka lalu dialunkan ayat-ayat suci itu di telinga isterinya. Itulah rutin harian Alfi sejak isterinya itu disahkan 'sakit'. Itu juga merupakan salah satu ikhtiar dan usaha Alfi agar Allah SWT memberikan kesembuhan buat isterinya.
Alfi perasan yang setiap kali dia mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran di telinga Hasya, isterinya itu kelihatan tenang sahaja. Tidak kelihatan langsung bahawa isterinya itu 'sakit'.
"Sayang..."
Panggil Alfi perlahan sebaik saja dia selesai menamatkan bacaannya.
Hasya masih tetap dengan 'bayi'nya. Langsung tidak boleh berenggang.
Alfi mengusap perlahan jemari isterinya.
"Bila sayang nak sembuh ni, hurmm? Abang rindu... Abang rindu nak solat sama-sama dengan sayang. Abang rindukan kemesraan kita. Sayang cepat sembuh ye? Abang janji abang akan jaga sayang sampai akhir hayat abang. Abang akan tunggu sayang. Abang harap sangat sayang sembuh macam dulu. Abang nak kita bahagia dengan bakal anak-anak kita nanti. Abang, sayang dan anak-anak kita."
Alfi membawa tangan Hasya menyentuh bibirnya. Terkebil-kebil mata Hasya melihat perlakuan suaminya lalu ditarik semula tangannya dari genggaman Alfi.
***
Hasya terjaga dari tidur. Wajahnya berpeluh-peluh. Mimpi yang dialami benar-benar menakutkannya. Hasya meraup wajahnya berkali-kali. Dikerling sekilas disebelahnya. Suaminya sedang nyenyak tidur di sisinya. Kelihatan anak patung milik arwah Elyna di tengah-tengah katil.
Pelik Hasya melihat anak patung itu berada di situ. Fikirnya, mungkin dia terlalu rindukan Elyna.
Hasya bangun dari katil perlahan-lahan agar tidak mengganggu lena suaminya. Tangan suaminya yang melingkar di pinggangnya dialihkan perlahan-lahan. Dia membawa langkahnya menuju ke katil bayi di sebelah katilnya.
Mengalir air mata Hasya apabila satu demi satu memori yang menerjah di mindanya saat melihat katil bayi milik anaknya. Yang paling menyedihkan apabila memori saat dia melihat jenazah anaknya, Alya dikafankan. Setelah itu, dia langsung tidak mengingati apa-apa lagi.
'Apa yang dah jadi dengan aku? Kenapa aku langsung tak ingat apa-apa lepas kematian anak aku?'
Soal Hasya di dalam hatinya dengan penuh tanda tanya.
Azan subuh yang berkumandang dari telefon bimbit milik suaminya membuatkan Hasya tersentak. Dilihat Alfi mengeliat kecil.
"Sayang?"
Alfi meraba-raba katil di sebelahnya yang kosong itu.
"Sayang?"
Alfi menggosok-gosok matanya. Terkejut dia melihat isterinya tercegat berdiri di sisi katil bayi membelakanginya. Alfi terus bangun dari katil untuk mendapatkan isterinya.
"Sayang kenapa menangis ni?"
Soal Alfi cemas. Terus dibawa tubuh isterinya ke dalam pelukannya. Hasya turut membalas pelukan suaminya. Semakin galak tangisan sang isteri.
"Shhh... Shhh..."
Pujuk Alfi sambil menggosok-gosok lembut belakang tubuh isterinya.
"Kenapa ni, hurm? Cuba cerita dekat abang..."
Pujuk Alfi lembut namun tiada sebarang perkataan yang keluar dari mulut isterinya melainkan suara tangisan.
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...