"Kenapa malam tadi tak masuk bilik?"
Hasya yang sedang mengacau kopi di dalam teko itu terkejut apabila mendengar suara bisikan suaminya dari belakang. Hampir terlepas sudu di tangannya kerana terlalu terkejut. Sejak bila Alfi berada di belakangnya dia tidak perasan. Perlahan-lahan badannya dipusingkan menghadap suaminya. Dilihat suaminya sekadar memakai tshirt dan seluar pendek paras lutut. Kelihatan ringkas dan santai.
"Ehh! A-Alfi? Sejak bila awak turun? Sorry saya tak perasan. Err... Awak tunggu kat meja makan ehh? Kejap lagi saya hidang kan air."
Ujar Hasya tanpa memandang ke mata suaminya. Dia juga tidak menjawab pertanyaan suaminya sebentar tadi. Sebenarnya dia masih malu dengan Alfi mengenai peristiwa semalam. Hasya terus berpaling untuk menyambung kerjanya. Dia sangat berharap yang Alfi akan meninggalkan ruang dapur itu.
Sedang Hasya sibuk mengacau kembali kopi di dalam teko, tiba-tiba dia terasa ada tangan yang melingkar di pinggangnya. Hasya terus memusingkan badannya sambil teko berada di tangannya. Oleh sebab terlalu terkejut, teko di tangannya terlepas.
Hasya menahan perit di kakinya apabila kopi panas yang tumpah di atas lantai mengenai kakinya. Mujur teko itu tidak terjatuh di atas kakinya atau kaki suaminya. Kaca bertaburan di atas lantai.
"Hasya! Dont move!"
Saat Hasya mahu mencapai kain pengelap di atas meja, tiba-tiba dia mengaduh kesakitan.
"Auchhh!!!"
Kakinya berdarah akibat terpijak kaca. Dia lupa bahawa terdapat kaca yang bersepah di atas lantai.
"Kan aku dah kata jangan bergerak. Kau ni degil la."
Alfi mengomel. Terus dicempung tubuh isterinya ke ruang tamu lalu didudukkan isterinya di atas sofa. Nasib dia baik kerana dia sudah awal-awal lagi memakai selipar khas yang tersedia di dapur semasa bersiap-siap di dalam bilik tadi jadi kakinya tidak sakit mahupun luka kerana terkena air panas dan serpihan kaca itu.
"Stay sini. Jangan pergi mana-mana."
Alfi kembali ke dapur untuk mencapai peti pertolongan cemas.
***
"Aku mintak maaf sebab buat kau terkejut tadi."
Ujar Alfi kesal semasa dia mencuci luka di tapak kaki isterinya. Tidak disangka bahawa gurauannya tadi membawa bencana kepada isterinya. Berkerut-kerut dahi Hasya menahan pedih ketika Alfi cuba mencabut serpihan kaca yang melekat di tapak kakinya.
"Takpe la awak. Sikit je ni. Nanti baik la tu."
Alfi mengeluh perlahan.
"Sikit apanya? Tak nampak darah keluar banyak ni?"
Alfi menunjukkan kesan darah yang memenuhi permukaan tisu yang digunakan oleh Alfi untuk mengelap darah di tapak kaki Hasya.
"Kau pun satu. Dah tau nak masuk dapur tu, pakai la selipar. Dah berapa kali aku pesan."
Alfi mengomel. Memang Alfi sudah berpesan banyak kali kepada Hasya untuk memakai selipar semasa masuk ke dapur tapi alasan Hasya tetap sama. 'Tak biasa.'
"Saya tak biasa la, Alfi. Tak pe la, sikit je ni."
"Menjawab! Menjawab! Bila suami cakap tak nak dengar. Tengok Allah dah bayar cash."
Hasya mengetap bibir.
"Eleh, kalau awak tak buat saya terkejut tadi, semua ni takkan jadi la."
Gumam Hasya perlahan namun sayup-sayup masih dapat didengari oleh Alfi.
"Kau cakap apa tadi? Tak dengar."
"Tak de pape la. Dah siap ke ni? Saya nak siapkan breakfast pulak."
Alfi menjegilkan biji matanya.
"Dah. Tak payah nak mengada-ngada. Kau tu sakit buat cara sakit. Sekejap lagi aku siapkan.
Lepas breakfast, aku kena hantar Ely pergi buat check up. Lepastu aku hantar Ely terus pergi rumah mama. Kau rehat je hari ni."
"Alaa... Saya nak ikut jugak hantar Ely pergi check up. Dah kenapa sampai nak hantar rumah mama? Saya boleh jaga Ely la."
"Tak payah mengada. Dengar cakap aku."
Tegas Alfi.
"Awak... Kaki saya luka sikit je. Bukannya saya terlantar sakit pun."
Ujar Hasya tidak berpuas hati.
Tanpa sebarang kata, Alfi terus mencempung tubuh Hasya naik ke biliknya. Meronta-ronta Hasya minta dilepaskan.
"Kalau kau tak duduk diam, aku cium kau sampai malam."
Ugut Alfi. Ternyata ugutan Alfi memberi kesan apabila serta-merta Hasya berhenti daripada rontaannya setelah mendengar ugutan suaminya.
Alfi tersenyum kemenangan lalu dia terus membawa Hasya menapak naik ke biliknya.
Sampai saja di bilik, Alfi mencampak tubuh Hasya di atas katil.
"Awak!!!"
Jeritan Hasya membuatkan Alfi ketawa berdekah-dekah kerana berjaya mengenakan isterinya.
"Tu balasan untuk isteri yang degil macam kau. Kira bagus la aku tak campak kau atas lantai."
Hasya mengetap giginya kerana geram dengan perangai suaminya.
Saat Alfi berpaling untuk keluar dari bilik, Hasya mencapai bantal di atas katil lalu membalingnya tepat mengenai belakang Alfi. Hasya tersenyum kerana berjaya membalas dendam kepada suaminya. Alfi mengutip kembali bantal yang jatuh itu lalu dia menghampiri isterinya yang terbaring di atas katil.
"Seronok ketawakan aku?"
Mati terus ketawa Hasya apabila Alfi menindih tubuhnya.
"A-awak nak bu-buat apa ni Alfi?"
Kini, giliran Alfi pula tersenyum.
Alfi memandang wajah Hasya yang berubah pucat itu lalu terus membenamkan bibirnya ke bibir isterinya dengan penuh kelembutan membuatkan Hasya terbuai. Dia turut membalas ciuman suaminya. Sudah semestinya Alfi tahu cara untuk memberi ciuman yang memuaskan kerana dia pernah berkahwin sebelum ini dan sudah pastinya dia lebih berpengalaman berbanding Hasya.
Saat berada di kemuncak, Alfi memutuskan ciuman mereka. Jelas riak tidak puas hati terpancar di wajah Hasya kerana Alfi memutuskan ciuman mereka begitu saja.
"Tadi seronok sangatkan gelakkan aku? Nah... Sekarang turn aku pulak nak gelakkan kau. Baru fair."
Alfi menjelirkan lidahnya kepada Hasya. Hasya terus mencapai bantal dan menekup mukanya. Dia terasa menyesal dengan kebodohannya yang mudah sangat terbuai dengan sentuhan dan ciuman dari suaminya. Yang lebih membuatkan dia sakit hati adalah Alfi sekadar mahu mempermainkannya sebentar tadi.
Selepas mendengar bunyi pintu bilik ditutup, Hasya terus mengalihkan bantal dari menekup mukanya. Dia meraba bibirnya lalu dengan tiba-tiba, senyuman terukir di bibirnya.
***
Someone has falling in loveeeee~~~
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...