HASYA #16

27.7K 588 8
                                    

HASYA POV

Ini merupakan kali pertama aku jejakkan kaki ke rumah mama Alfi, ibu mertuaku sebagai isteri Alfi. Bohong sangat la kalau aku cakap yang aku tak takut untuk berhadapan dengan mama Alfi. Ketaq weyhh kepala lutut ni tuhan je yang tahu. Tambah-tambah lagi, cara dia pandang aku masa aku dan Alfi akad nikah haritu menguatkan lagi sangkaan aku yang sebenarnya dia memang tak sukakan aku jadi menantu dia. Entah setan mana yang merasuk diri aku untuk terima lamaran Alfi pun aku tak tau. Tak. Tak. Aku buat semua ni untuk Elyna. Ya! Untuk Elyna.

"Pa, mana Tok Ma?"

Pertanyaan Ely membuatkan aku tersedar dari lamunan. Ya tak ya juga. Dari tadi aku tak nampak kelibat ibu mertuaku. Ke mana perginya orang tua itu?

Aku lihat Alfi mengangkat bahu tanda tidak tahu.

"Cuba baby girl cari Tok Ma dekat dapur. Tok Ma tengah masak kot."

Alfi memberi cadangan.

"Ma, Ely nak gi cari Tok Ma jap."

Aku mengangguk dan melemparkan senyuman manis buat anak kecil itu. Elyna terus meluru ke dapur untuk mencari Tok Ma nya.

"Asal kau mengelamun tadi?"

Alfi menyoalku tika hanya kami berdua saja di ruang tamu itu.

Eh? Like seriously? Macam mana dia tau aku mengelamun?

"Saya? Mengelamun? Mana ada."

Aku menafikan.

"Muka kau pun nampak pucat. Kau tak sihat ke?"

Alfi meraba dahiku.

"Hah?! Pucat? Eh. Mana ada. Saya okay la."

Aku menolak perlahan tangan Alfi yang melekap di dahiku.

Weyh! Ketara sangat ke perubahan mimik wajah aku? Nampak sangat ke yang aku takut dengan mertua aku? Huwaaaa!!!

"Ish! Sinilah aku check. Aku bukan nak buat apa-apa pun."

Aku mengetap bibir. Buat apa-apa? Apa maksud Alfi?

"Saya okay la. Cuma pening sikit. Hari panas kan."

Aku mencipta alasan. Logik la tu alasan aku ni. Alfi menarik aku untuk duduk di sofa.

"Baring sini. Aku urutkan kepala kau. Biar reda sikit sakit kepala tu."

Alfi menepuk-nepuk pehanya yang berlapik dengan seluar jeans.

Serius ke mamat ni? Kalau mama dia nampak tak ke naya?

Aku menggeleng.

"Tak payah la. Pening sikit je."

Alfi menjegilkan biji matanya. Tahu sangat dah aku. Bila dia buat macam tu maknanya aku memang tak boleh bantah. Nak tak nak, aku terpaksa juga baring di atas pehanya.

Terasa lembut urutannya di kepalaku. Serius rasa macam nak lena. Baru je aku nak pejamkan mata, tiba-tiba aku terdengar suatu suara.

"Amboi-amboi! Kemain lagi laki bini ni ye? Tak nyempat-nyempat nak berasmaradana dekat dalam rumah aku pun jadi. Kamu tak malu ke dengan anak kamu ni?"

Sinis ibu mertuaku memerli. Perghh! Makan dalam weyyy! Aku apa lagi. Terus spontan aku bangun. Aku menghampiri ibu mertuaku yang sedang mendukung Elyna. Tangan ku hulur untuk menyalaminya namun huluran tanganku tidak bersambut. Hanya dipandang sepi.

"Hasya, jom naik. Kita simpan beg dalam bilik dulu."

Aku memalingkan wajahku ke arah Alfi. Aku tahu bahawa dia sekadar beralasan mahu menyelamatkan keadaan. Macamlah dia tak boleh nak naik sendiri.

Aku mengangguk.

"Saya naik dulu, mama.".

Aku meminta diri tapi tetap jua aku tidak diendahkan oleh wanita itu. Malah, dia turut menghadiahkan aku jelingan maut. Grr~

"Jangan lama-lama sangat dalam bilik tu, Alfi. Lepas simpan beg tu terus turun. Kita lunch sama-sama."

Alfi mengangguk.

"Ye, mama."

"Tok Ma, nak turun. Ely nak ikut mama naik bilik."

"Baby girl main dengan Tok Ma kejap ye? Papa ngan mama nak naik sekejap je nak simpan beg ni."

Alfi memujuk.

"Okay. Kejap je tau?"

Alfi mengangguk.

"Ye, sayang."

Ibu mertuaku terus berlalu ke dapur membawa Elyna.

***


Sampai saja di bilik tidur Alfi, aku terus melabuhkan punggung di atas katil. Kalau diikutkan hati, aku tak nak keluar bilik untuk berdepan dengan Puan Izzah tapi semua itu mustahil.

"Aku harap kau dapat bersabar dengan kerenah mama aku seminggu ni. Sebenarnya dia baik tapi mungkin dia belum kenal rapat dengan kau. Kau cubalah ambik hati dia."

Alfi mengelus-ngelus lembut pipiku. Aku sekadar mengangguk dan melemparkan senyum.

Seminggu weyhhh aku nak kena hadap orang yang tak berapa nak suka dekat aku, kau rasa? Huh!

Entah apalah yang aku nak buat dalam rumah ni selama seminggu? Ini semua adalah permintaan Puan Izzah untuk kami sekeluarga menginap di rumahnya selama seminggu. Katanya untuk meluangkan masa dengan Elyna. Alfi pula akan berulang dari rumah mama ke pejabatnya selama seminggu.

"Fi!!! Apa buat lagi tu lama-lama dalam bilik? Mai turun makan. Anak kamu dah lapar ni ha!"

See? Nama Alfi je yang dia sebut. Nampak sangat dia tak suka aku.

Sabarlah, Hasya.

Aku memujuk diri sendiri.

***

 

HASYA ✅Where stories live. Discover now