Promote!
1)My cold-hearted boy
2)Challenge from her***
Hasya menutup pintu rumah. Wajahnya yang sugul diperhatikan oleh Suria yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.
"Sya? Sya pergi mana? Su call semua tak jawab. Su risaukan Sya tau lagi-lagi Sya tengah berbadan dua ni. Kalau jadi apa-apa kan susah. Sya okay tak ni?"
Hasya membisu. Air mata yang ditahan sedari tadi akhirnya tumpah jua.
"Sya? Kenapa ni? Sya ada sakit kat mana-mana ke?"
Soal Suria cemas. Hasya menggeleng.
"Dia dah bencikan Sya, Su. Sya dah takde sesiapa dah."
Dahi Suria berkerut.
"Dia? Siapa 'dia'?"
Soal Suria ingin tahu. Dia menarik tangab Hasya untuk duduk di sofa.
"Suami Sya..."
"Suami? Maksud Sya, Kamal ke? Kenapa? Apa yang dia dah buat dekat Sya?"
Hasya menggeleng. Semakin pelik Suria dibuatnya.
"Kamal bukan suami Sya! Anak dalam perut ni bukan anak Kamal!"
Hasya meraung dalam tangisan. Suria terus memeluk tubuh Hasya bagi menenangkan sahabatnya itu walaupun dia masih keliru dengan kenyataan Hasya sebentar tadi.
"Okay, okay. Sya tenang dulu. Luahkan dekat Su. Su ada untuk Sya."
Pujuk Suria sambil mengusap perlahan belakang tubuh Hasya. Terhinjut-hinjut bahu Hasya menahan tangis.
***
Setelah keadaan Hasya kembali tenang, dia menceritakan segalanya kepada Suria dari awal sehingga akhir. Dalam pada itu, beberapa kali Suria beristighfar.
"Ya Allah, Sya... Su mintak maaf. Su tak tau. Maafkan Su, Sya"
Berkali-kali Suria meminta maaf daripada Hasya.
"Tapi kenapa masa Su jumpa Kamal hari tu, dia sendiri mengaku yang dia suami Sya? Apa motif dia? Sya pun tak cakap apa-apa dengan Su jadi Su ingatkan yang korang berdua gaduh."
Hasya mengangkat kedua-dua belah bahunya.
"Sya tak tau, Su. Mungkin dia dan Badrul dah rancang sesuatu untuk musnahkan hidup Sya."
Suria memandang Hasya seperti tidak percaya.
"Tapi kenapa? Kan abang Bad tu abang Sya dan Kamal tu kan boyfriend Sya dulu? Kenapa jadi macam ni? Su tak faham la."
"Manusia sanggup buat apa saja demi duit, Su."
Ujar Hasya perlahan.
"Maksud Sya?"
Soal Suria masih keliru.
"Sya lari dari kampung dulu bukan sebab Sya malu sebab mengandungkan anak Kamal yang macam Su cakap tu. Tapi Sya lari dari Badrul. Dia cuba nak rogol Sya."
"Allah..."
Suria mengurut dadanya.
"Tapi abang Bad sendiri yang cakap dekat Su macam tu. Kebetulan pulak masa tu Kamal menghilang dari kampung. Beberapa hari lepas tu, abang Bad pun ikut menghilang. Semua orang kampung tertanya-tanya. Su ni risau sangat dengan Sya."
Hasya menghela nafas perlahan. Maknanya selama ini abang tirinya itu telah menfitnahnya hamil di luar nikah kepada orang kampung.
"Sumpah demi Allah Sya tak pernah buat kerja terkutuk tu dengan Kamal. Su kenal Sya macam mana kan?"
Suria mengangguk.
"Itu yang Su hairan bila abang Bad cakap macam tu sebab setahu Su, Sya dah putus dengan si Kamal tu."
"Orang kalau nak tutup kesalahan yang dia buat macam tu la. Tapi dia lupa yang bau bangkai tak boleh ditutup. Lepas daripada tu, dia buru Sya dekat KL. Dia berpakat dengan Kamal untuk jual Sya."
Suria menekup mulutnya.
"Ya Allah! Su betul-betul tak sangka yang diorang berdua tu sanggup buat Sya macam tu."
Hasya tersenyum hambar.
"Sya penat Su. Sya masuk bilik dulu nak rehat."
Suria mengangguk.
Hasya bangun dari sofa untuk ke biliknya.
"Sya..."
Hasya berpaling memandang Suria.
"Walau apa pun yang terjadi, Sya masih ada Su. Su sentiasa sokong Sya. Ingat tu."
Hasya senyum.
"Terima kasih, Su."
***
"Bad, aku rasa aku taknak teruskan rancangan gila kau ni."
Kamal menyatakan isi hatinya.
"Apahal? Kau takut?"
Soal Badrul tidak puas hati.
"Aku bukan takut. Aku cuma kesiankan adik kau tu. Aku dengar teruk dia kena maki dengan laki dia dalam wad hari tu."
Kamal menceritakan apa yang terjadi pada hari itu kerana dia telah mengekori Alfi ke wad Hasya setelah dia berjumpa lelaki itu tempoh hari.
"Dia bukan adik aku la, bodoh! Bagus lah dia kena maki. Aku memang nak tengok hidup dia hancur. Biar dia rasakan apa yang mak aku rasa dulu."
Ujar Badrul. Hatinya sudah dipenuhi dengan dendam kesumat terhadap wanita itu.
"Kau sedar tak yang Hasya tu tengah mengandung? Kalau jadi apa-apa dekat kandungan dia macam mana? Kau nak bertanggungjawab?"
Soal Kamal tidak puas hati.
"Kalau boleh, dengan dia sekali aku nak kasi mampus!"
"Kau memang dah gila, Bad! Sudah! Aku taknak terlibat lagi dengan plan bodoh kau ni! Kalau kau nak teruskan jugak, kau buatlah sorang-sorang!"
Badrul mencekak kolar baju Kamal.
"Kau jangan nak macam-macam! Nahas kau aku kerjakan nanti!"
Tengking Badrul lalu menolak kuat bahu lelaki itu. Dia terus berlalu meninggalkan Kamal sendirian.
***
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...