HASYA #13 (edit)

26.3K 645 8
                                    

"Alfi sedar tak apa yang Alfi cakap ni?!!!"

Terjerit Puan Izzah setelah mendengar keputusan anaknya untuk menikahi gadis yang menjadi pengasuh cucunya itu.

"Fi sedar, ma. Fi datang ni cuma nak mintak restu mama je.

Please, ma... Jangan rumitkan keadaan. Fi dah cukup serabut dengan kesihatan Ely sekarang ni. Niat Fi cuma nak happykan anak Fi. Itu je."

Terang Alfi panjang lebar. Dia tahu bahawa keputusan untuk menikahi Hasya pasti akan mengejutkan mamanya.

"Anak kamu ke atau kami sendiri yang nak?!"

Tempelak Puan Izzah.

"Anak Fi, ma."

Balas Alfi tenang. Puan Izzah mengeluh perlahan.

"Mama nak tanya kamu, Alfi. Kamu dah lupakan arwah isteri kamu ke? Tak sampai setahun lagi arwah meninggal tau. Nanti apa pulak kata saudara-mara kita nanti?"

Alfi terdiam. Tidak pernah sesaat pun dia melupakan Mira, isterinya. Arwah Mira adalah cinta pertamanya. Tak semudah itu untuk dia melupakan arwah isterinya namun Allah lebih sayangkannya.

"Ma, sikit pun Fi tak pernah lupakan arwah Mira. Mama tolong la faham. Fi buat semua ni untuk Ely. Bukan untuk kepentingan diri Fi sendiri.

Fi tak kisah apa yang diorang nak cakap asalkan anak Fi bahagia."

Sayu suara Alfi berbicara dengan mamanya. Kalau boleh, dia mahu tunaikan apa saja keinginan anaknya dalam waktu yang suntuk ini.

"Fine. Mama tak tau apa yang perempuan tu dah buat sampai cucu mama sayang sangat kat dia tapi kamu kena ingat, sekali dia jentik Elyna, mama takkan lepaskan dia."

Puan Izzah memberi amaran.

"Fi janji ma. Hasya takkan buat macam tu dekat cucu mama sebab Fi yakin dia sayangkan anak Fi macam anak dia sendiri. Thanks ma sebab terima Hasya!"

Alfi memberi jaminan kepada mamanya. Dia lantas mengucup tangan Puan Izzah.

"Masa bila mama cakap mama boleh terima perempuan tu? No way! Mama setuju kamu kahwin dengan perempuan tu tak bermakna mama terima dia jadi menantu mama."

Alfi mengerutkan dahinya.

"What do you mean, mama?"

"Bagi mama, menantu mama cuma arwah Mira sorang."

Tegas Puan Izzah.

"Tapi, ma... Mira dah meninggal dunia. Mama tak boleh macam tu. Bagi la Hasya peluang, ma."

Alfi sedia maklum yang mamanya terlalu sayangkan arwah isterinya bahkan Mira sudah dianggap seperti anak sendiri.

"Suka hati kamu nak cakap apa pun. Mama tetap dengan pendirian mama."

Puan Izzah terus meninggalkan anaknya di ruang tamu itu. Alfi mengeluh perlahan.

***

Dengan sekali lafaz, Alfi dan Hasya telah selamat bergelar suami isteri. Elyna adalah insan yang paling gembira sekali melihat papa dan mamanya disatukan.

Tiada majlis persandingan antara Alfi dan Hasya. Cuma sekadar akad nikah sahaja. Semua ini atas kehendak Puan Izzah yang beria-ia tidak mahu perkahwinan anaknya buat kali kedua dibesar-besarkan sehingga sampai ke pengetahuan saudara-mara yang lain. Alfi hanya menurut kemahuan mamanya walaupun hati kecilnya rasa bersalah dengan Hasya. Walaupun Hasya telah menyatakan yang dia tidak kisah sama sekali namun Alfi pasti bahawa sudah tentu Hasya mempunyai impian perkahwinannya sendiri  memandangkan ini adalah perkahwinannya yang pertama kali.

"Malam ni Ely boleh tidur dengan mama kan?"

Soal Elyna yang comel memakai baju kurung moden berwarna putih itu sebaik saja mereka bertiga pulang dari masjid. Alfi dan Hasya saling berbalas pandang buat seketika.

Alfi menanggalkan songkok dari kepalanya lalu diletakkan di atas meja. Dia mendukung anaknya.

"Kalau baby girl tidur dengan mama malam ni, papa nak tidur kat mana?"

Alfi mencuit hidung anaknya.

"Papa tidur la sekali ngan mama ngan Ely."

"Mana muat sayang. Katil dekat bilik papa tu muat untuk dua orang je. Nanti papa jatuh katil macam mana?"

Alfi membuat riak wajah sedih. Sengaja mahu mengusik anaknya.
Elyna memuncungkan bibirnya.

"Alaaa... Mamaaa... Ely nak tidur dengan mamaaaa..."

Elyna menarik-narik tangan Hasya dengan gaya manja. Geli hati Alfi dan Hasya melihat keletah si kecil itu.

"Kalau tanya mama, mama tak kisah. Tapi Ely kena tanya papa la."

Giliran tangan Alfi pula ditarik-tarik oleh anaknya

"Pleaseee, pa..."

Alfi menggeleng.

"Papa dengan mama penat hari ni, sayang. So kena la rest. Kesian kat mama kalau Ely kacau dia tidur nanti. Esok ehh sayang papa ni tidur dengan mama? Boleh kan?"

Alfi cuba memujuk.

"Ely janji Ely tak kacau mama. Boleh la, paaa..."

Hasya tidak sampai hati melihat Elyna merayu-rayu seperti itu.

"Awak. Er... Kalau awak tak kisah, erm... Biar saya teman Ely tidur kat bilik dia malam ni. Boleh?"

Tergagap- gagap Hasya bersuara. Sebenarnya dia mahu lari dari berdua-duaan di dalam bilik bersama Alfi. Lebih menggerunkan apabila malam itu merupakan malam pertamanya bergelar seorang isteri.

"Haah, pa... Mama cakap Ely boleh tidur ngan mama malam ni. Lagipun, mama yang suruh Ely mintak izin dengan papa semalam. Kan, ma?"

Alfi memandang tajam ke dalam anak mata Hasya setelah mendengar kata-kata anaknya sebentar tadi. Hasya menggigit bibir apabila Elyna membocorkan rahsia mereka kepada suaminya. Pandangan maut daripada Alfi membuatkan Hasya gerun dan serta-merta dia menundukkan wajahnya. Sungguh! Dia takut untuk memandang suaminya saat ini.

***

HASYA ✅Where stories live. Discover now