HASYA #27

21K 470 4
                                    

Hasya terjaga apabila sayup-sayup laungan azan menyapa di telinganya. Matanya dibuka perlahan-lahan. Kepalanya masih terasa sakit.

'Aku kat mana ni?'

Matanya meliar memerhati sekeliling. Tiada orang di dalam bilik itu. Hanya dia sendirian. Tubuhnya yang berbalut dengan selimut diperhatikan. Mata cuba dipejamkan beberapa ketika untuk mengingat kembali apa yang berlaku.

"Badrul!"

Tiba-tiba, nama itu terpacul di bibirnya dan sejurus itu pintu bilik dibuka dari luar. Matanya terarah kepada susuk tubuh yang masuk ke bilik itu.

"Sya dah bangun, sayang? Syukur alhamdulillah. Fi risau sangat tengok keadaan Sya tadi."

Hasya mengerutkan dahinya. Sedikit sebanyak dia berasa lega apabila suaminya ada di depan matanya. Baru dia perasan yang bilik yang didiaminya kini adalah biliknya bersama suaminya. Dia kini berada di rumah suaminya.

"Apa yang dah jadi sebenarnya, Fi?"

Hasya menyoal suaminya. Di benaknya kini penuh tanda tanya. Alfi melabuhkan punggungnya di atas katil di sebelah isterinya.

"Sya tak ingat ke?"

Hasya menggeleng-gelengkan kepalanya.

"Ingat apa?"

"Sayang pengsan tadi masa dekat supermarket."

Hasya membulatkan matanya.

"Serius?"

"Dua rius sayang..."

"Awak jangan main-main. Saya tanya betul-betul ni."

"Okay, okay. Fi cakap betul. Sya pengsan tadi. Nasib baik Fi jumpa Sya. Puas tau Fi dengan Ely pusing cari Sya. Mujur ada pekerja kat situ yang buat pengumuman pasal Sya pengsan. Lain kali jangan buat macam tu lagi. Fi risau sangat tau tak."

Hasya tertunduk. Perasaan serba salah mula menjalar di hatinya.

"Maafkan saya."

Alfi yang menyedari perubahan riak wajah isterinya terus menarik Hasya ke dalam pelukannya.

"Dah la tu, sayang. Benda dah jadi. Sya tak apa-apa pun Fi dah bersyukur sangat."

Alfi melemparkan senyumannya kepada Hasya.

"Lepas maghrib kita pergi klinik ye, Sya?"

Alfi memujuk isterinya. Hasya menggeleng.

"Nak buat apa, Fi? Saya okay je. Tak lama nanti kebah la demam saya ni."

Hasya berdalih. Sesungguhnya dia sangat bencikan bau klinik mahupun hospital.

"Okay apanya? Masa sampai bilik tadi, Sya muntah. Sya tak ingat ke?"

Hasya menggeleng.

'Aku muntah? Kenapa aku tak sedar?'

Patutlah dia lihat cadar dan selimut mereka telah berganti. Mungkin dia termuntah di atas katil tadi.

"Kita pergi klinik ye, sayang? Please..."

Pujuk Alfi. Namun Hasya tetap menggeleng.

"Sya memang suka tengok Fi risau kan? Sya tak sayang Fi ke?"

Hasya menggenggam tangan suaminya lalu dibawa ke bibirnya.

"Awak cakap apa ni, Alfi? Mestilah saya sayang awak. Awak kan suami saya. Awak syurga saya."

"Kalau macam tu, bolehkan sayang dengar cakap Fi? Kita pergi klinik ye?"

Hasya mengangguk perlahan. Nak taknak dia terpaksa akur dengan kehendak suaminya. Lagi pun, kasihan suaminya. Mesti penat melayan kerenah Elyna sendirian tadi. Mana mahu melayan kedegilannya lagi.

'Tak pe la, Hasya. Demi suami kau.'

"Good girl. Now kita solat dulu ye?"

Hasya senyum dan mengangguk.

***




HASYA ✅Where stories live. Discover now