Hasya mengusap ubun-ubun Elyna yang sedang lena di atas katil. Entah kenapa, hatinya jatuh sayang kepada kanak-kanak itu walaupun baru sehari mereka berkenalan dan meluangkan masa bersama-sama.
"Betul kau nak pergi?"
Soal Alfi yang sedari tadi hanya menjadi pemerhati perlakuan Hasya yang sedang mengusap ubun-ubun anaknya. Hasya mengerling sekilas ke arah Alfi.
"Kita cakap dekat luar la. Takut Ely terjaga nanti."
Alfi sekadar mengangguk.
***
"Pasal soalan awak tadi, saya memang kena pergi dari sini. Saya akan stay dekat Ipoh buat sementara waktu ni."
Alfi mengangguk-angguk. Tangannya di seluk ke dalam kocek seluarnya untuk mengeluarkan sesuatu lalu dihulur kepada Hasya.
"Ambik ni."
Tangan Hasya dicapai lalu diletakkan benda tersebut di atas tapak tangan Hasya.
"Eh? Apa ni, Alfi?"
"Tiket bas ke Ipoh."
"Ya Allah... Kenapa susah-susah? Saya boleh beli sendiri la."
Hasya rasa serba-salah. Alfi menggeleng.
"Anggap je itu penghargaan dari aku sebab kau dah happykan Ely hari ni. Jom la aku hantar kau pergi stesen bas."
Pelawa Alfi.
"Ehh. Tak pe. Saya boleh pergi sendiri. Awak kan kena jaga Ely. By the way, terima kasih untuk tiket ni."
Hasya melihat tiket bas di tangannya. Dia masih ada masa lagi tiga jam sebelum bas bergerak.
"Terima kasih untuk masa yang kau luangkan dengan Ely hari ni."
Hasya menguntum senyum.
"Takpe. Saya suka Ely. Dia comel sangat. Hmm... Boleh saya jumpa Ely sebelum saya pergi?"
Hasya meminta izin. Dia pasti akan rindukan keletah Elyna yang sangat comel dan manja.
Alfi mengangguk.
"Hasya, jangan bagi dia terjaga. Aku tak nak dia tahu yang kau nak pergi tinggalkan dia."
Hasya mengangguk lalu kakinya menapak masuk ke dalam wad Elyna.
***
Peristiwa dua hari lepas terimbau di fikiran Alfi. Fikirnya, Hasya tentu sudah berada di Ipoh. Naik pusing kepalanya apabila Elyna tidak henti-henti bertanyakan tentang Hasya.
"Apasal aku tak mintak nombor telefon dia eh?"
Alfi mengetuk kepalanya sendiri kerana kebodohannya yang tidak meminta nombor telefon Hasya.
Alfi mengeluh sendirian di luar wad anaknya. Setelah puas memujuk, akhirnya Elyna tidur juga.
Sementara Elyna tidur, Alfi mengambil keputusan untuk keluar sebentar. Sebelum beredar, Alfi telah berpesan kepada jururawat di situ agar menengok-nengokkan anaknya sementara dia tiada.
***
"Kau tau kenapa aku kurung kau kat sini?"
Badrul menyoal dengan nada sinis. Hasya hanya menggeleng.
"Aku nak jual kau dekat bapak ayam. Untung-untung dapat jugak aku lima puluh ribu. Nasib kau baik sebab aku tak sempat ratah tubuh kau. Bapak ayam tu nak ayam dara. Hahahaha!"
Muka Hasya pucat. Dia takut mendengar kenyataan yang keluar dari mulut abang tirinya itu.
"Kenapa kau buat aku macam ni? Kau sedar tak yang aku ni adik kau?"
Hasya meninggikan suara.
"Hahaha! Adik? Sejak bila aku ada adik? Kau bukan adik aku! Kau tu cuma anak betina murahan yang dah rampas kebahagiaan aku dengan mak aku! Dasar anak betina perampas! Kau dengan mak kau sama je! Memang patut pun bapak kau mampus cepat! Tapi, disebabkan bapak kau mampus, bapak aku kahwin pulak dengan betina murahan tu. Mak kau la!"
Amuk Badrul. Hati Hasya bagai disiat-siat apabila Badrul memburuk-burukkan arwah ibu dan ayahnya. Kalau boleh, mahu saja ditampar mulut puaka itu.
"Kau takde hak nak cakap macam tu pasal arwah ibu dan ayah aku! Ibu aku perempuan baik. Mak kau yang curang. Sebab tu ayah kau ceraikan mak kau!"
Pang!
Terteleng wajah Hasya menerima tamparan padu Badrul. Badrul menghampiri Hasya lalu rahang Hasya dicengkam kuat.
"Kau jangan nak biadab eh?! Sekali lagi aku dengar suara kau, aku hantar kau ke neraka!"
Rahang Hasya dilepaskan dengan kasar lalu dia meninggalkan Hasya sendirian di bilik itu dengan menghempas kuat pintu bilik.
***
Setengah jam kemudian, Kamal masuk ke bilik di mana Hasya dikurung sambil menjinjit beg kertas lalu dia menghampiri gadis itu. Kamal duduk mencangkung menghadap wajah Hasya.
"Sayangnya aku tak dapat rasa badan kau dulu sebelum abang kau jual kau kat bapak ayam tu."
Pipi mulus Hasya dielus lembut. Hasya berasa jijik mendengar kata-kata Kamal.
"Kamal tolong lepaskan aku. Aku merayu. Kenapa kau buat aku macam ni?"
Air mata Hasya mengalir di pipi. Dia tidak dapat menerima hakikat bahawa dia akan dipaksa menjadi pelacur.
"Aku sayang kau, Hasya. Aku cintakan kau. Tapi duit lagi penting. Aku harap kau tak benci aku ye, sayang? Dalam beg ni ada baju. Abang kau suruh kau tukar baju tu. Setengah jam lagi aku datang balik. Ni aku bukak ikatan tali ni, kau jangan lari pulak. Tak pasal-pasal nanti kau mampus kat tangan abang kau kalau kau cuba-cuba lari."
Kamal membuka ikatan tali di tangan Hasya lalu dia terus meninggalkan bilik itu.
Hasya segera bangun setelah memastikan Kamal telah meninggalkannya. Dia terus berlari ke arah pintu dan memulas tombolnya namun hampa. Pintu itu dikunci dari luar. Semua tingkap juga berkunci.
Hasya terduduk di tepi pintu sambil menangis. Baju di dalam beg kertas pemberian Kamal dicapai.
"Ya Allah! Seksinya!"
Dress ketat berwarna merah itu dicampak ke tepi. Dia menyembamkan wajahnya di lutut sambil menangis teresak-esak megenangkan nasib malang malang yang kini menimpanya.
***
Komen sikit story HASYA ni...
Let me know your opinion about my new story, HASYA. Thankyou 😘😘😘
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...