2 HARI KEMUDIAN
"Fi? Muka kamu kenapa lebam-lebam ni? Kamu bertumbuk dengan siapa ni?"
Soal Puan Izzah cemas. Risau dia melihat tepi bibir anaknya yang bengkak itu tiba-tiba muncul di rumahnya pada pagi itu. Baru sejam yang lepas anaknya itu menghantarnya pulang ke rumah dari kampung. Alfi mengelak apabila mamanya cuba menyentuh kesan lukanya itu.
"Ini tak sebanding dengan kesalahan Fi pada isteri dan anak Fi, ma."
Ujar Alfi.
"Apa maksud kamu?"
Alfi mengeluh.
"Fi dah buat kesilapan yang paling besar dalam hidup Fi. Fi hampir kehilangan Hasya."
Ujar Alfi. Puan Izzah memandang wajah anaknya penuh tanda tanya.
Keluar saja dari kereta, sebuah tumbukan singgah di bibir Alfi.
"Kau ni memang suami tak guna! Sanggup kau biarkan isteri kau sorang-sorang bertarung nyawa lahirkan anak kau! Mana kau pergi?! Dari semalam lagi aku tunggu kau!"
Jerkah Kamal. Terduduk Alfi apabila menerima tumbukan padu itu. Kamal melayangkan penumbuknya di perut lelaki itu pula.
Alfi sempat tersenyum sinis sambil mengesat kesan darah yang mengalir di bibirnya.
"So, kau datang sini sebab nak bagitahu aku yang kekasih kau tu dah selamat lahirkan anak haram dia ke? Tahniah la."
"Sepatutnya kau yang bertanggungjawab sebab itu anak kau!"
Jerkah Alfi pula. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia membelasah Kamal yang tiba-tiba menyerangnya itu.
Kamal mencekak kolar baju Alfi.
"Kau dengar sini baik-baik! Kau hadam apa yang aku nak cakap ni! Anak dalam kandungan Hasya tu bukan anak haram! Itu anak kau dengan dia, bodoh!"
Naik turun dada Kamal menahan amarah.
"Kau cakap apa ni? Kau sendiri yang mengaku budak dalam perut tu anak kau kan?"
Kamal duduk mencangkung di hadapan Alfi. Dia menceritakan segala-galanya kepada lelaki itu.
"Kau ingat aku nak percaya cakap kau? Hell no! Aku tak bodoh la. Kau dengan perempuan tu mesti dah plan something kan? Atau kau memang nak aku bela anak haram tu."
Sebuah lagi tumbukan singgah di pipi Alfi selepas dia selesai berbicara.
"Lagi sekali aku ingatkan kau, budak tu anak kau! Darah daging kau! Kau tengok sini!"
Kamal menunjukkan gambar seorang bayi di dalam telefon bimbitnya kepada Alfi. Berubah terus riak wajah Alfi selepas melihat gambar itu.
"Kau tengok betul-betul budak dalam gambar tu! Kau balik, kau pegi tanya mak kau atau kau bukak balik album lama kau, kau perhati betul-betul. Budak dalam gambar tu mirip muka siapa? Orang gila pun takkan cakap yang budak tu anak aku!"
"Kau suami Hasya. Sepatutnya kau lebih kenal siapa isteri kau. Anak dalam perut Hasya tu pun boleh kenal la siapa ayah dia! Lain kali, kau fikir pakai otak! Jangan nak buat keputusan tanpa usul periksa. Nama je orang kaya, berpelajaran tinggi tapi otak lembab!"
Tempelak Kamal.
"Kau tunggu apa lagi?! Pergi la hospital tengok anak bini kau sekarang! Kalau kau sia-siakan Hasya, aku takkan teragak-agak nak rampas dia daripada kau! Ingat tu!"
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...