"Kau ni memang dasar perempuan yang tak tahu diuntung! Aku kutip kau kat tepi jalan jadikan isteri aku tapi ini balasan kau kat aku!"
Cemuhan Alfi membuatkan hati Hasya seperti disiat-siat. Namun, saat ini dia hanya mampu menelan segala hinaan dan caci makian suaminya terhadap dirinya.
"Keluar! Aku taknak tengok muka kau lagi!"
Walaupun kedengaran suara Alfi tidak selantang tadi, namun kata-katanya cukup membuatkan hati seorang Hasya terluka.
"Abang... Tolong dengar penjelasan saya..."
Rayu Hasya dengan suara yang sayu."Kau pekak ke?! Aku kata keluar!"
Hasya seolah-olah tidak mengendahkan arahan suaminya.
"Abang... Please..."
Hasya cuba memegang lengan suaminya tetapi pantas ditepis kasar oleh Alfi.
" Sebelum aku heret kau keluar dari sini, baik kau berambus!"
Marah Alfi.Hasya terpempam. Adakah Alfi mengusirnya keluar dari bilik itu atau adakah Alfi sedang mengusirnya keluar dari kehidupan lelaki itu?
Hasya bingung. Dia tidak mampu berfikir lagi. Otaknya seakan hilang fungsi setelah mengetahui bahawa suaminya telahpun memiliki gambar-gambar bodoh itu. Baginya, sudah tiada apa lagi yang tinggal apabila kepercayaan suaminya sudah tiada lagi untuknya.
Penjelasan? Mahu ke suaminya itu mendengar penjelasannya sedangkan seluruh bukti sudah ada di depan mata. Cukup-cukuplah dia difitnah oleh abang tirinya yang sungguh kejam itu. Kalau dijelaskan kepada Alfi tentang duduk perkara sebenar, paling cuma suaminya itu akan menuduhnya sekadar cuba menegakkan benang yang basah.
Melihat kemarahan Alfi, Hasya tidak rasa yang suaminya itu akan mendengar apa-apa pun penjelasannya mengenai isu ini.
Hasya seakan berputus asa untuk merayu lagi. Lantas, langkah kakinya diatur menuju ke pintu bilik. Air matanya masih tidak berhenti mengalir. Tidak disangka bahawa kebahagiaannya bersama Alfi direntap dalam sekelip mata.
Hasya menghentikan langkahnya. Dia berpaling semula dengan harapan bahawa suaminya akan mengubah fikiran namun ternyata harapan hanya tinggal harapan. Masakan orang yang tengah marah akan sebegitu mudah hatinya untuk sejuk sedang Alfi sedikit pun tidak menoleh memandang isterinya.
"Maafkan saya, abang. Halalkan segala makan dan minum saya."
Tutur Hasya sayu.
Alfi sedikit tersentak dengan kata-kata terakhir isterinya itu. Adakah Hasya menganggap dia mengusir wanita itu dari rumahnya? Oh tidak. Dia tidak sekejam itu. Masakan tegar dibiarkan seorang wanita yang sedang sarat mengandung untuk keluar dari rumah lewat malam begini. Dia cuma perlukan sedikit ruang untuk menenangkan dirinya daripada api kemarahan.
***
Ingin saja ditegah isterinya itu untuk keluar dari rumahnya malam-malam buta begini. Walaupun dia terlalu marahkan Hasya, namun dia masih punya sifat perikemanusiaan. Saat mulutnya ingin dibuka, egonya melarang keras.
'Biarkan perempuan tu berambus! Dia memang perempuan yang tak sedar diuntung!'
Satu suara halus menyapa telinganya menyebabkan Alfi terus menutup pintu rumahnya dengan kuat sebaik saja Hasya melangkah keluar dari rumah itu.
Hasya memejamkan matanya. Air matanya mengalir deras. Perutnya yang memboyot itu diusap perlahan.
"Mama tak salahkan papa, sayang. Mama tahu papa marahkan mama. Mungkin papa perlukan sedikit ruang untuk tenangkan diri dia. Kalau mama berada di tempat papa pun mungkin mama akan buat perkara yang sama."
Perbualan antara Hasya dan bayi di dalam kandungannya itu sekadar ingin menyedapkan hati Hasya saja. Hatinya pedih saat lelaki bergelar suaminya itu tidak lagi menginginkan dirinya sebagai isteri. Namun begitu, sedikit sebanyak Hasya berasa lega kerana suaminya tidak melafazkan talak terhadap dirinya.
Perlahan-lahan, Hasya mengatur langkahnya keluar dari pintu pagar utama sambil menjinjit sebuah beg pakaian di tangannya.
***
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...