"Sayang, makan la sikit. Kesian mama... Penat mama masakkan sup ikan haruan untuk sayang ni."
Pujuk Alfi. Hasya tetap mengeraskan tubuhnya. Dia tetap berdegil tidak mahu makan.
"Sayang... Abang suap ni. Bukak mulut. Makan sikit pun jadi la..."
Pujuk Alfi lagi namun Hasya tetap menggeleng.
"Kalau sayang taknak makan, macam mana nak ada tenaga nak susukan Alya? Kesian Alya tau? Sayang tak kesian ke dekat anak kita tu?"
Alfi cuba memancing isterinya.
"Saya tak lalu la. Hari-hari kena makan benda yang sama. Awak lainlah, nak makan apa pun boleh."
Protes Hasya. Alfi menggeleng-geleng melihat telatah isterinya.
"Dahtu siapa yang sakit sekarang ni? Kalau abang boleh gantikan sakit sayang ni, dah lama abang buat. Sayang ingat abang tak kesian ke kat sayang hari-hari kena makan lauk tak sedap macam ni, hari-hari kena minum air akar kayu yang pahit tu? Tapi semua ni untuk kebaikan sayang jugak. Abang nak sayang sihat, cepat sembuh."
Pujuk Alfi. Sedikit sebanyak, Hasya rasa terkesan dengan kata-kata suaminya.
"Okay macam ni lah. Lepas ni, apa saja yang sayang kena makan atau minum, abang pun akan makan dan minum benda yang sama. Baru fair kan? Sekarang, sayang tengok ni abang makan."
Alfi menyuap sesudu nasi bersama sup ikan haruan ke dalam mulutnya. Selesai mengunyah, Alfi bersuara.
"Sekarang, sayang makan ye? Bismillah dulu."
Alfi menyuapkan makanan itu ke dalam mulut isterinya. Sekarang, baru Alfi tahu, hendak menjaga wanita berpantang ini perlu ada skill. 😂😂😂
***
"Assalamualaikum, mama Hasya!!!"
Suria memberi kejutan kepada Hasya dengan kunjungannya yang mengejut.
"Su!!! Waalaikumussalam! Kenapa tak bagitahu nak datang?"
Hasya teruja dengan kehadiran sahabatnya. Mereka berdua saling berpelukan.
"Saja nak bagi kejutan kat Sya. Sya sihat? Baby okay?"
Hasya mengangguk.
"Ni untuk baby Alya."
Suria meletakkan hamper barangan bayi di tepi katil Hasya.
"Terima kasih, aunty Su... Untuk mama Hasya takde ke?"
Seloroh Hasya.
"Tunggu mama Hasya bagi baby Alya adik dulu baru aunty Su bagi present."
Hasya mencubit manja lengan Suria.
"Datang sorang je ke?"
Soal Hasya.
"Taklah. Su datang dengan Kamal. Dia ada kat luar tu berbual dengan abang Alfi awak."
Jawab Suria tersenyum-senyum.
"Ececeehhh... Ada apa-apa ke yang Sya tak tau ni?"
Usik Hasya. Merona merah wajah Suria.
"Mana ada. Dah dia beria-ia sangat nak jumpa Alfi, tu yang Su bawak dia sekali. Katanya nak mintak maaf. Itu je. Takde niat apa-apa ehh..."
"Ye la tu. Ni kenapa lepas dua bulan baru muncul? Dah lupa Sya eh? Sampai hati Su. Taknak lah kawan Su."
Rajuk Hasya.
"Ehh... Mana ada... Lately ni Su busy sikit. Sorry eh, Sya?"
Suria memujuk sahabatnya itu.
"Ye la. Maaf diterima. Ingatkan dah lupa Sya dengan baby Alya. Nasib baik datang ni bawak present kalau tak Sya halau Su balik."
Mereka sama-sama ketawa.
"Amboi! Sampai hati dia nak halau Su."
Suria mengambil Alya di dalam katil bayi.
"Alya... Aunty Su datang ni..."
Suria mengagah Alya.
"Tengok tu. Alya pun merajuk aunty Su dia dah lama tak jenguk dia."
"Aloloo baby Alya... Aunty Su mintak maaf ye?"
"Cakap dengan Alya macam la dia faham cakap Su."
Hasya menggeleng-geleng.
"Ehh dia faham apa. Tengok tu dia sengih. Aloloo comelnya dia..."
Suria mencium-cium pipi gebu Alya.
***
"Bro, aku datang ni nak mintak maaf kat kau. Aku tau aku bersalah sebab cuba musnahkan rumahtangga kau dengan Hasya tapi aku nak kau tau yang Hasya tu perempuan yang baik. Kau beruntung dapat dia."
Ujar Kamal sebaik saja mereka berdua melabuhkan punggung di atas kerusi taman mini Puan Izzah itu.
"Aku tau tu."
Ujar Alfi pendek.
"Aku tak tau nak cakap apa kat kau. Aku betul-betul menyesal sebab aniaya isteri kau."
Ujar Kamal.
"Kau tau tak, disebabkan fitnah bodoh kau tu aku hampir kehilangan isteri dan anak aku!"
Keras suara Alfi.
"Ye. Ye. Aku tau. Sebab tu selain aku datang sini nak mintak maaf, aku nak ingatkan kau supaya hati-hati dengan Badrul."
Pesan Kamal. Alfi mengerutkan dahinya.
"Badrul?"
Soal Alfi.
"Badrul tu abang tiri Hasya. Dia yang plan semua ni. Dia jugak ada niat nak musnahkan hidup Hasya. Semua ni sebab dendam antara keluarga."
Terang Kamal.
"Dendam? Apa maksud kau? Kenapa dia berdendam dengan isteri aku?"
Soal Alfi lagi.
"Kalau soal tu, better kau tanya sendiri isteri kau. Aku cuma boleh pesan supaya kau sekeluarga hati-hati dengan Badrul. Kalau boleh, jangan biarkan Hasya keluar ke mana-mana sendiri. Make sure dia berteman."
Pesan Kamal lagi.
"Kenapa kau bagitau aku semua ni?"
Soal Alfi.
"Macam yang aku cakap tadi, aku nak mintak maaf kat kau dan Hasya. Ini saja cara yang aku fikir untuk tebus balik kesalahan aku kat korang berdua. Kau kena lindungi anak dan isteri kau dari Badrul. Ingat tu."
Alfi mengangguk-angguk.
"Thanks, bro. Thanks jugak sebab kau dah sedarkan aku hari tu."
Ujar Alfi.
"No hal la. So, friend?"
Kamal menghulurkan tangannya.
"Friend!"
Alfi menyambut huluran tangan Kamal lalu mereka berjabat tangan.
***
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...