HASYA #10

27.8K 649 6
                                    

"Papa! Boleh tak Ely nak main dekat sana?"

Elyna menunjuk ke arah beberapa orang kanak-kanak yang sedang membina istana pasir berhampiran dengan pantai. Sedari tadi lagi dia memerhatikan kanak-kanak yang sedang bergelak tawa itu bermain dengan pasir di pantai bersama rakan-rakannya.

"Boleh. Tapi baby girl makan ubat dulu ye?"

Elyna mengangguk. Satu perubahan Elyna sejak kehadiran Hasya yang Alfi perasan adalah kini Elyna semakin rajin makan ubat. Kalau dulu, puas dipujuk barulah Elyna mahu makan ubat itu pun setelah dijanjikan dengan pelbagai barang mainan yang menjadi kegilaan kanak-kanak kini.

"Hasya!"

Hasya yang sedang ralit menyusun barang-barang di atas tikar yang dibawa dari rumah itu terhenti apabila Alfi memanggil namanya. Terus dia mendapatkan Alfi dan Elyna yang berada tidak jauh darinya.

"Bawakkan ubat Ely. Dengan air sekali."

Hasya menggigit bibir. Matilah dia kalau dia cakap bahawa dia terlupa untuk membawa ubat Ely bersama-sama.

Dengan perasaan serba salah, Hasya bersuara.

"A-Alfi, saya minta maaf. Ubat Ely tertinggal kat rumah."

Alfi sudah membulatkan matanya.

"You what??!"

Hasya memejamkan matanya apabila ditengking sebegitu oleh Alfi di hadapan Elyna. Nasib baik kedudukan mereka agak jauh dari orang ramai.

"Macam mana boleh lupa?! Aku dah pesan awal-awal kan suruh bawak sekali ubat Ely tadi?! Kau kerja macam mana?! Kalau jadi apa-apa kat anak aku kau nak bertanggungjawab ke?!"

Alfi menjerit di muka Hasya. Kesabarannya hilang apabila melibatkan kesihatan anaknya. Terkebil-kebil mata Elyna apabila melihat Hasya dimarahi oleh papanya.

"Papa... Kenapa marah aunty cantik? Kesian aunty cantik, pa..."

Alfi dan Hasya memandang anak kecil itu serentak. Hasya menarik nafas perlahan sebelum bersuara.

"Ely sayang... Papa marah aunty sebab aunty buat salah. Ely pergi main dekat sana dulu ye?"

Elyna menggeleng.

"Aunty cantik tak salah. Kenapa papa nak marah? Ely dah bawak ubat Ely. Ni..."

Elyna mengeluarkan ubatnya di dalam beg kecil bergambar barbie yang disilangkan di bahunya. Alfi dan Hasya saling berpandangan. Riak wajah Alfi terus berubah.

"Wah! Pandainya sayang aunty ni bawak ubat sendiri..."

Elyna sudah tersengih-sengih apabila dipuji oleh aunty cantiknya.

"Kan aunty cantik dah pesan, kalau Ely nak main dengan aunty cantik, Ely kena rajin makan ubat. Baru Ely sihat. Kalau Ely sihat, Ely boleh main kejar-kejar dengan aunty cantik."

Hasya terharu apabila Elyna masih mengingati nasihatnya masa hari pertama dia menjadi pengasuh Elyna. Pada waktu itu, Elyna sangat susah untuk makan ubat. Jadi terpaksalah Hasya menggunakan pelbagai helah untuk memujuk Elyna makan ubat sehingga akhirnya Elyna terpujuk jua dan rajin makan ubat hingga kini.

"Sini kat aunty, sayang."

Hasya menggamit Elyna untuk menghampirinya lalu dipeluk tubuh kecil itu.

"Ely sayang sangat-sangat dekat aunty cantik..."

"Aunty pun sayang sangat-sangat kat Ely..."

Pelukan dileraikan.

"Ely makan ubat dulu ye, sayang? Kejap aunty ambilkan air."

Hasya berlalu ke arah tikar yang dipenuhi dengan makanan dan dia mengambil sebotol air mineral kecil lalu dibawa kepada Elyna.

Setelah makan ubatnya, Elyna terus berjalan menuju ke arah beberapa orang kanak-kanak yang sibuk membuat istana pasir itu. Setelah memastikan Elyna dalam keadaan baik-baik saja, Hasya segera berpaling untuk menuju ke arah tikar mereka untuk menyambung tugasnya menyusun makanan di situ namun langkahnya terhenti apabila Alfi memegang erat tangannya.

"Hasya! Wait!"

Hasya menarik nafas sedalam yang mungkin.

"Awak nak apa, Alfi? Saya nak sambung kerja saya. Makanan tu semua tak habis susun lagi."

Hasya bersuara perlahan tanpa memandang wajah Alfi. Hatinya masih terasa ketika Alfi menengkingnya sebentar tadi.

"Hasya, I'm so sorry. Aku tak patut marah kau tadi. Aku--"

"Alfi, awak tak perlu mintak maaf. Awak memang berhak marah saya. Saya tau kecuaian saya ni boleh membahayakan nyawa Elyna."

"Hasya, pleaseee..."

Tidak semena-mena, Alfi membawa tangan Hasya ke bibirnya lalu bibirnya mengucup tangan mulus itu.

"Alfi! Apa awak buat ni? Malu la kalau orang lain nampak."

Alfi masih lagi menggenggam erat tangan Hasya.

"Pleaseee... Maafkan aku. Jangan buat aku serba salah."

Bersungguh-sungguh Alfi bercakap.
Hasya menghela nafas perlahan.

"Ye, saya maafkan. Dah, lepaslah tangan saya ni. Malulah kalau orang nampak."

Dengan selambanya, Alfi sekali lagi mengucup tangan Hasya dan barulah dia melepaskan tangan itu.

"Thank you."

Perlakuan selamba Alfi itu membuatkan Hasya menjegilkan biji matanya. Terlalu spontan sehingga dia tidak sempat berbuat apa-apa.

"Dah la. Kau pergi sambung mengemas. Aku nak pergi kacau Ely sekejap."

Alfi terus berjalan menuju ke arah Elyna dan rakan-rakan barunya meninggalkan Hasya yang sedang memandang tajam ke arahnya.

Hasya mengeluh perlahan sebelum kakinya dibawa melangkah menuju ke tikar di bawah sepohon pokok yang rendang untuk menyambung semula tugasya yang tergendala sebentar tadi.

***

HASYA ✅Where stories live. Discover now