ALFI POV
Hasya menyambut kepulanganku dari pejabat. Kami sekeluarga masih menginap di rumah mama. Masuk hari ini merupakan hari kedua kami bermalam di sini.
Briefcase ditanganku dicapai. Tanganku dicium penuh hormat. Aku tidak menafikan yang Hasya memang seorang isteri dan ibu yang baik. Dia menjalankan tanggungjawabnya dengan sangat baik. Aku memang tidak salah memilih Hasya sebagai ibu kepada anakku, Elyna.
"Awak nak makan atau nak mandi dulu?"
Hasya menyoalku dengan lembut.
"Aku nak naik mandi dulu. Aku belum solat asar lagi."
Aku memberitahu Hasya.
Hasya mengangguk lalu membuntutiku menaiki tangga sehingga masuk ke bilik. Pintu bilik ditutup rapat. Briefcase ku diletakkan di dalam almari.
"Kau dah solat?"
Aku yang sedang membuka butang baju kemeja mengerling sekilas ke arah Hasya yang sedang duduk di birai katil.
"Dah."
Hasya menunduk. Barangkali segan dengan aku yang tak reti malu main bukak je baju depan dia.
Aku hanya mengangguk. Tuala di penyidai ku capai lalu aku memboloskan diri ke dalam bilik air.
***
HASYA POV
Aku menghela nafas lega apabila mendengar pintu bilik air ditutup. Naik segan aku bila Alfi dengan selambanya membuka bajunya di hadapanku.
Sementara menunggu Alfi siap mandi, aku menuju ke almari yang menempatkan pakaiannya. Sedang aku memilih pakaian untuk Alfi, tiba-tiba mataku terpandang sebuah bingkai gambar yang terletak elok di atas pakaian-pakaian Alfi. Aku mencapai bingkai gambar itu untuk melihatnya.
Aku menekup mulutku dengan sebelah tanganku manakala sebelah lagi tanganku menggenggam erat bingkai gambar itu.
"Tt--tak mmu--mungkinn"
Aku masih tidak dapat percaya dengan apa yang aku lihat sebentar tadi. Tiba-tiba, aku terdengar bunyi pintu bilik air dibuka. Cepat-cepat aku letak kembali bingkai gambar itu ke tempat asalnya. Pakaian Alfi yang aku pilih sebentar tadi aku letak elok di atas katil.
Aku lihat Alfi keluar daripada bilik air dengan hanya bertuala. Automatik wajahku tertunduk. Segan melihatnya dalam keadaan begitu.
"Err... Awak, saya turun dulu tau?"
Aku bersuara tanpa memandang wajah suamiku yang sedang mengenakan pakaiannya yang telah aku sediakan di atas katil sebentar tadi. Debar dihati cuba ku kawal sebaik mungkin.
"Kejap. Turun sekali dengan aku. Nanti apa pulak mama cakap kalau kau turun sendiri. Tunggu aku solat kejap."
Nak tak nak aku hanya akur. Betul juga kata Alfi. Nanti apa pula kata mama kalau aku turun ke bawah tanpa Alfi.
Aku duduk kembali di birai katil sambil memerhatikan Alfi mengangkat takbir. Tenang hatiku melihatnya solat. Aku beruntung kerana memiliki Alfi sebagai suami walaupun perkahwinan kami diikat tanpa cinta. Mengenangkan perkara itu, aku menghela nafas. Aku jadi teringat pada perbualan Alfi dengan mamanya semalam.
Aku baru saja lepas menidurkan Elyna di biliknya. Setelah memastikan Elyna tidur, aku keluar dari bilik itu. Untuk ke bilik Alfi, aku perlu melintasi bilik mamanya. Tiba-tiba, aku terdengar perbualan kedua-dua anak beranak itu dari luar. Keadaan pintu bilik itu yang agak renggang memudahkan aku untuk mendengar dengan lebih jelas perbualan mereka. Aku menghentikan langkahku.
"Mama, Fi tak mintak lebih. Fi cuma mintak satu je dari mama. Please accept her as your daughter-in- law."
Aku terdengar suara Alfi merayu.
'Eh? Takkan sampai macam tu sekali dia merayu kat mama dia?'
Hatiku berdetik.
"Alfi cintakan dia kan?"
Aku terkejut mendengar soalan mama kepada Alfi. Setelah beberapa saat, aku masih tidak mendengar jawapan dari Alfi. Kalau Alfi tak jawab pun, aku dah tahu jawapannya. Mana mungkin dia cintakan perempuan macam aku. Dan aku yakin perkahwinan kami ini adalah demi kebahagiaan Elyna semata-mata. Tak lebih dari itu.
"Mama tanya sekali lagi! Are you in love with her, Alfi Hareez?!"
Aku terkejut mendengar suara jerkahan ibu mertuaku dari dalam bilik. Saat aku mahu melangkah pergi, tiba-tiba aku terdengar suara suamiku.
"I dont know, ma. Yang Fi tau, she's my wife and she will to be a mom to my daughter. Fi rasa terhutang budi dengan dia. Sebab tu Fi mintak sangat mama terima dia. Fi buat semua ni untuk kebahagiaan Elyna, cucu mama. Fi cuma nak mama restui perkahwinan kami dan layan Hasya dengan baik. Itu aje. Susah sangat ke, ma?"
Entah kenapa, aku rasa sayu mendengar jawapan Alfi. Padahal aku sudah tahu ini merupakan jawapannya tapi aku tak sangka bahawa aku mendengarnya dari mulut dia sendiri.
Perlahan-lahan, langkah ku atur menuju ke bilik. Aku mahu merehatkan diri.
'Sedarlah Hasya. Kau seorang wanita yang sama sekali tidak layak untuk dicintai.'
Aku mengingatkan diriku sebelum mataku ku pejam rapat bagi menghilangkan segala kata-kata Alfi yang sempat singgah di gegendang telingaku sebentar tadi.
***
"Hasya?"
"Hasya?!"
Alfi mengagau tangannya di hadapan mata isterinya yang sedang mengelamun itu. Alfi menggeleng apabila masih tiada respon daripada isterinya.
Alfi terus melabuhkan punggung di sebelah isterinya.
Cuppp!
Bibir Alfi selamat mendarat di bibir isterinya sekilas. Hasya yang tersentak dengan perlakuan Alfi terus terbangun dari duduknya. Matanya membulat memandang wajah suaminya.
"Awak buat apa ni, Alfi?!"
Naik turun nafasnya kerana terkejut. Alfi turut bangun dan hanya memandang isterinya dengan wajah yang selamba. Apabila Alfi maju setapak ke hadapan, Hasya mundur setapak ke belakang. Hasya tidak dapat mengundur lagi apabila terasa belakang tubuhnya terlanggar dinding. Alfi mengambil kesempatan itu dengan mengunci tubuh Hasya dengan kedua-dua belah tangannya. Matanya tidak dilepaskan daripada memandang wajah ayu isterinya. Walaupun tanpa secalit mekap, Hasya tetap cantik di matanya.
Alfi merenung ke dalam anak mata isterinya. Entah kenapa dia merasakan seakan ada sesuatu di dalam anak mata isterinya sejak pertemuan mereka pada kali pertama yang membuatkan dia terpaku. Rambut Hasya yang menutupi sebahagian matanya diselitkan di belakang telinga gadis itu. Rasa tidak puas menatap isterinya apabila rambut itu menghalang pandangannya daripada menatap sepasang mata milik isterinya.
Entah kenapa, Hasya juga turut membalas renungan suaminya. Saat itu, perasaan malu yang selama ini membelenggu dirinya apabila direnung oleh suaminya hilang begitu saja.
Bibir ingin mengungkap kata namun lidah seakan kelu untuk berbicara. Hanya renungan yang tidak mampu ditafsirkan.
"Hasya..."
Terdengar bisikan sang suami menyebut namanya. Hasya memejamkan matanya saat terasa bibir suaminya menyentuh kulit bibirnya. Dapat dirasakan yang nafas suaminya dalam keadaan tidak teratur.
Hasya keliru. Patutkah dia melayan kehendak suaminya? Patutkah dia menyerahkan apa yang sepatutnya menjadi hak milik sang suami?
***
Jeng3x!!! Korang rasa apa yang terjadi lepas ni? 👀
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...