"You fikir la apa yang I cakapkan tadi, Hasya. I tak nak you menyesal di kemudian hari. Tak ada sorang perempuan pun di dunia ni yang rela bermadu. Kalau you cakap you rela, I tahu you bohong. You kena pertahankan rumah tangga you. I yakin mertua you akan faham. Remember Hasya, Alfi berhak tahu tentang diri you. You patut bagitahu dia tentang kesembuhan you. And I'm very sure tentu dia happy. Apa pun, semua tu terpulang pada diri you. As your friend, I cuma mampu bagi nasihat je. I balik dulu. Nanti ada masa, I jumpa you lagi."
Hasya dan Dr Arina berpelukan antara satu sama lain.
"Thanks, Arin."
Ujar Hasya.
"No biggie, Hasya. Take care, okay?"
Hasya mengangguk.
"Saya hantar awak sampai depan pintu ye?"
Dr Arina menggeleng.
"Its okay, Hasya. I boleh keluar sendiri. You berehat la. You dah terlalu banyak menangis hari ni."
Hasya mengangguk.
"Bye, Hasya."
Hasya senyum. Dia melabuhkan punggungnya di atas katil. Dr Arina melangkah ke arah pintu lalu memulas tombol pintu itu perlahan-lahan.
***
"You patut bagitahu dia tentang kesembuhan you."
"You patut bagitahu dia tentang kesembuhan you."
"You patut bagitahu dia tentang kesembuhan you."
Ayat itu berlegar-legar di fikiran Alfi yang sedang mencuri dengar perbualan antara Dr Arina dengan isterinya di sebalik pintu bilik itu.
Apabila dia terdengar bunyi tombol pintu, cepat-cepat dia berlari sembunyikan diri.
Semasa Dr Arina melintasi tempat persembunyiannya, dengan pantas dia menarik tangan Dr Arina. Alfi segera mengisyaratkan agar Dr Arina yang kelihatan agak terkejut itu supaya berdiam diri.
"Alfi! You ni! Terkejut I!"
Suara Dr Arina seakan-akan berbisik sambil mengurut dadanya.
Alfi melepaskan tangan Dr Arina.
"I tak salah dengar kan tadi? My wife dah sembuh? Is it true?"
Dr Arina terkedu.
"Answer me, Arin.."
Desak Alfi.
"So, Y-you dengar?"
Soal Dr Arina. Alfi mengangguk. Dr Arina membuat muka pelik.
"Actually I tak pergi pun pizza hut. I just order je. I dapat rasakan yang you and my wife ada sorokkan sesuatu daripada I."
Dr Arina mengangguk-angguk.
"Yaa... Since you dah dengar, I rasa I tak perlu lagi sembunyikan perkara ni. Actually I pun baru tau wife you memang dah sembuh. I harap you tak marahkan dia sebab sembunyikan semua tu daripada pengetahuan you. She has her own reason, Al. You tanya dia baik-baik, okay? Dont ever do something yang boleh buat dia feeling stress. I risau kalau penyakit dia datang balik."
Alfi mengangguk-angguk. Walaupun dia berkecil hati dengan isterinya, namun dia lebih teruja setelah mengetahui isterinya telah sembuh.
"I got to go, Al. See you soon and please take a good care of your wife."
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...