HASYA #1

71.4K 1K 17
                                    

HASYA POV

"Hoi!!! Kau nak mampus ke??!"

Jerkahan suara lelaki itu tidak aku hiraukan. Sebelah kakiku telah selamat berada di atas palang besi penghadang jalan. Air mataku berjuraian. Pandangan mataku hanya ditumpukan di bawah di mana air sungai yang mengalir deras. Adakah aku betul-berul nekad untuk mengakhiri kehidupanku dengan cara begini?

Aku menelan liur. Betul ke keputusan yang aku buat ni?

Ah! Persetankan semua tu! Untuk apa aku hidup! Aku benci kehidupan aku! Benci! Benci! Benci!

Saat aku mahu mengangkat sebelah lagi kakiku, tiba-tiba, aku terasa tubuhku ditarik dengan kasar dari belakang. Aku hilang imbangan.

"Arghhhh!!!"

Aku memejamkan mataku. Tak sanggup untuk merasai kesakitan. Ya Allah...

"Nak mampus ke?! Dah lama hidup?!"

Mataku terbuka luas. Suara jerkahan tadi kini begitu dekat di pendengaranku. Aku kaku.

"Baru sikit aku tarik tangan kau, dah menjerit macam orang gila. Aku ingat nak mampus sangat tadi! Huh!"

Lelaki itu tergelak sinis. Hati aku mendidih. Lantas, aku meronta mahu dilepaskan dari pelukannya.

"Lepaskan aku!"

Makin kuat aku meronta, makin erat pelukannya di pinggangku.

"Lepaslah bodoh!" Pekikku kuat.

Lantas, pelukan dileraikan. Dengan kasar, lelaki itu mencengkam kuat bahuku lalu memaksa tubuhku untuk menghadapnya.

Tidak semena-mena, lelaki itu terkaku memandangku.

"Lepaslah!"

Lelaki itu seakan tersedar dari khayalannya lantas dia berdehem kecil setelah mendengar pekikanku.

Tidak semena-mena, pipiku ditampar kuat. Terteleng wajahku.

"Ke- kenapa kau t-tampar aku?"

Aku jadi takut. Bukan ke sepatutnya aku yang tampar dia? Dia yang tiba-tiba peluk aku tadi.

Tanpa sepatah kata, pipiku yang sebelah lagi ditampar. Kali ini lebih kuat daripada tadi.

"Sedap?!"

Soal lelaki itu sinis. Aku melekapkan tanganku di pipiku yang terasa perit.

Sumpah aku dalam ketakutan saat ini. Nak minta tolong, aku baru sedar bahawa sorang manusia pun tak ada kat sini selain aku dengan lelaki ini.

"Apa yang kau cuba buat tadi? Dah puas sangat hidup? Pahala kau dah banyak sangat ke?"

Bertalu-talu soalan yang diajukan kepadaku dengan nada sinis. Hatiku terbakar.

"Apa yang aku nak buat itu hal aku! Tak ada kena mengena pun dengan kau!"

Aku menjerit di wajahnya. Aku lihat matanya dipejamkan saat jeritanku bergema di gegendang telinganya.

Tidak semena-mena, pergelangan tanganku dicengkam. Belakang leherku dipegang dan dihadapkan ke arah sungai di bawah.

"Kau nak mampus sangat kan? Sini!"

"Lepaslah..." Aku merayu.

Perbuatannya terhenti saat terdengar suara esakanku. Sumpah aku takut. Aku takut jika sekiranya lelaki di hadapanku ini mencampakkan tubuhku ke bawah.

Tanpa dipinta, tubuhku terus dibawa ke dalam pelukannya. Aku tidak menolak malah aku terus menyembamkan kepalaku di dadanya. Tangisan ku hambur semahu-mahunya.

"Aku tak kenal kau dan aku tak tau apa masalah kau. Tapi, aku mintak kau jangan buat benda bodoh ni. Bunuh diri bukan jalan untuk selesaikan masalah."

Suara lelaki itu mulai mengendur seakan-akan cuba memujukku. Rambutku diusap perlahan. Entah kenapa, aku selesa dalam keadaan begini.

"A- aku taknak hidup. Aku benci..."

Aku mengongoi dalam pelukannya.

"Menangislah kalau itu yang buat kau lega."





ALFI POV

"Maafkan saya, encik Alfi. Kemungkinan besar, Elyna takkan dapat hidup lama. Keadaan dia semakin tenat."

Aku terduduk. Air mata jantanku mengalir. Allah... Dugaan apa ini?

"Tak ada cara lain ke, doktor? Saya sanggup buat apa saja asalkan Elyna selamat."

Aku merayu. Aku tak sanggup untuk merasai kehilangan lagi.

"Kita berserah je kepala Allah. Dia maha mengetahui."

Doktor Amin menepuk-nepuk bahuku lantas meninggalkanku sendirian di situ.

Aku bangun untuk melihat keadaan Elyna di wad dia ditempatkan. Saat kakiku hendak melangkah masuk, hatiku jadi ragu-ragu. Tak mungkin aku menemuinya dalam keadaan aku lemah seperti ini. Aku perlu mencari kekuatanku semula.

Lantas, langkah ku atur menuju ke tempat letak kereta. Enjin ku hidupkan lalu keretaku menderu laju membelah kepekatan malam tanpa arah tuju.

Fikiranku buntu. Apa yang perlu aku lakukan? Aku memberhentikan keretaku di tepi jalan di atas jambatan. Stereng kereta ku hentak kuat bagi menghilangkan tekanan.

"Argghhhhhhhh!"

Tangisanku terhambur lagi.

"Kenapa?! Kenapa?! Kenapa?!"

Aku menggenggam kuat rambutku. Tak kuat rasanya untuk melalui semua ini. Tanganku bawa ke wajah yang basah dengan air mata.

"Allahu akhbar..."

Entah bagaimana kalimah suci itu tiba-tiba terkeluar dari bibirku. Ia seolah-olah mengalirkan satu aliran semangat dalam diriku.

Aku mengusap dadaku sambil beristighfar. Sudah tiba masanya untuk aku ke hospital semula. Saat aku hendak menghidupkan enjin, tiba-tiba aku lihat seorang wanita berlari ke hadapan. Jantungku berdegup kencang.

Aku tertanya-tanya apabila dia berhentikan langkahnya betul-betul di tepi penghadang jalan di atas jambatan itu. Tanpa berfikir panjang, aku terus keluar daripada kereta dan menuju ke arah wanita itu.




HASYA ✅Where stories live. Discover now