"Papaaa... Mamaa..."
Hasya menolak kuat tubuh suaminya sehingga Alfi terdorong ke belakang apabila dia terdengar suara Elyna. Sejurus itu, pintu bilik mereka dibuka dari luar.
"Ye sayang? Kenapa?"
Soal Hasya lembut. Elyna memandang mama dan papanya silih berganti sambil tersenyum manja.
"Tok Ma panggil makan karipap. Ely lapaaar..."
Elyna menggosok-gosok perutnya yang berlapik dengan baju bercorak hello kittynya.
"Alala... Kesian anak mama ni. Jom, jom kita makan. Ajak la papa Ely sekali."
Elyna memandang Alfi.
"Papa, jom."
Elyna menarik tangan Alfi dan Hasya serentak. Mereka berdua hanya membuntuti langkah anak kecil itu keluar dari bilik.
***
"Haihh... Bukan main lagi kamu berdua ye? Makan pun siap kena berjemput. Kalau tak dipanggil, alamatnya tak turunlah kamu berdua."
Hasya menunduk apabila diperli begitu oleh ibu mertuanya sebaik saja mereka tiba di meja makan.
"Ma... Please."
Alfi kurang senang dengan sikap mamanya terhadap mereka berdua sejak dia bernikah dengan Hasya.
"Kamu, Alfi. Tak reti ke nak suruh bini kamu ni tolong tolong mama kat dapur? Ingatkan bila dah ada menantu, ringan lah sikit kerja aku. Ini tidak, semua benda nak harap mama je. Apa guna ada isteri kalau tak tau buat kerja rumah?"
Hasya mengetap bibir. Rasa hendak menangis apabila direnung tajam oleh suaminya. Bagaimana dia mahu menerangkan perkara sebenar? Padahal ibu mertuanya itu langsung tidak sudi menerima pertolongannya apabila dia menawarkan diri hendak membantu wanita itu di dapur sebelum kepulangan Alfi sebentar tadi. Kalau dia beritahu Alfi perkara sebenar, dia seolah-olah mengeruhkan lagi keadaan. Hasya tidak mahu kedua-dua anak beranak itu bertengkar kerana dirinya.
"Ye, mama. Nanti Alfi nasihatkan Hasya. Dah la, ma. Tak elok cakap pasal ni depan Ely. Dia budak lagi."
Alfi malas mahu mendengar leteran mamanya.
Elyna yang tidak faham hujung pangkal cerita itu hanya mendiamkan diri. Terkebil-kebil matanya memandang mama, papa dan tok ma nya silih berganti.
"Ely, meh sini duduk dengan tok ma. Tok ma suapkan."
Puan Izzah menggamit cucunya namun Elyna menggeleng.
"Ely nak duduk dengan mama."
Ujar Elyna yang sedari tadi tidak melepaskan tangan Hasya. Hasya sedar yang ibu mertuanya sedang menjeling ke arahnya namun disabarkan jua hatinya.
"Ely sayang. Pergilah duduk dengan Tok Ma. Kan Ely dah selalu duduk dengan mama masa kita kat rumah. Ely budak baik kan?"
Hasya cuba memujuk Elyna. Mujur Elyna jenis yang mendengar kata. Elyna melepaskan pegangan tangannya dengan Hasya lalu dia melabuhkan punggungnya di sebelah Puan Izzah.
"Ma, saya tolong tuangkan air untuk mama ye?"
Ujar Hasya lembut.
"Alfi, kamu tak ajar ke bini kamu ni? Kan patutnya isteri kena utamakan suami dulu?"
Sekali lagi kedengaran sinis ibu mertuanya memerlinya. Alfi hanya menggeleng-geleng melihat kerenah mamanya yang sentiasa mencari kesalahan isterinya.
"Maaf, mama. Saya yang salah."
Selepas itu, Hasya menuang air nescafe ke dalam cawan Alfi.
"Alfi! Kamu tak bagitahu bini kamu ke yang kamu tak boleh minum nescafe? Hish!"
Hasya tergamam apabila ibu mertuanya terus merampas teko berisi nescafe dari pegangannya. Cawan suaminya juga ditarik dengan kasar menjauhi Alfi.
Jelas riak serba-salah di wajah Alfi. Sayu hatinya melihat isterinya diperlakukan sebegitu oleh mamanya. Dia dapat melihat ada takungan air jernih di tubir mata isterinya.
"Ma, dah la tu. Hal kecik je."
Alfi cuba menjernihkan keadaan yang semakin tegang.
"Haa! Menangkanlah bini kami tu! Hish! Serba tak kena aku dibuatnya. Aku tak tau apa nak jadi semua orang dalam rumah ni!"
Puan Izzah membebel-bebel sebelum meninggalkan mereka bertiga di situ.
"Ma..."
Hasya cuba melemparkan senyuman manis kepada Elyna. Elyna turun daripada kerusi yang didudukinya lalu dia terus memeluk kaki Hasya. Hasya membongkok dan membalas pelukan Elyna. Alfi hanya memerhati adegan anak dan isterinya di hadapannya.
"Dah, dah. Jom kita makan. Ely cakap tadi Ely lapar kan?"
Pelukan dirungkaikan.
"Tapi, mama? Awak, saya mintak maaf."
Hasya serba-salah dengan ibu mertuanya.
"Takpe. Nanti aku cakap dengan mama. Kita makan dulu."
Jawab Alfi tegas. Hasya akur dan mengambil tempat duduknya di sebelah Alfi sambil meriba Elyna.
***
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...