"Hello, adikku sayang..."
Terketar-ketar mulut Hasya apabila mendengar suara abang tirinya. Tidak disangka bahawa hari ini dia akan mendapat panggilan dari lelaki itu.
"B-B--Badrul?"
"Ingat lagi kau dekat abang kau sorang ni ye. Aku ingatkan lepas kahwin dengan orang kaya dah lupa daratan."
"Kau nak apa? Mana kau dapat nombor telefon aku ni ha?!"
Keras suara Hasya. Dia berasa geram apabila teringat kembali apa yang telah dilakukan oleh abang tirinya itu.
"Uishh! Garangnya adik abang sorang ni... Relaks... Ibu mengandung tak boleh marah-marah macam ni. Nanti effect dekat baby kau jugak yang susah."
Hasya cuak.
'Dari mana Badrul tahu yang aku mengandung?'
"Aku takde urusan dengan kau dan aku taknak berurusan dengan kau! Sekali lagi kau ganggu aku, aku takkan teragak-agak report polis!"
Hasya terus mematikan talian apabila terdengar pintu biliknya dibuka dari luar.
"Sayang?"
Hasya menyembunyikan telefon bimbitnya di belakang.
"A-abang..."
Riak wajahnya yang terkejut cuba dikawal.
"Sayang cakap dengan siapa tadi?"
"Hah?! Abang dengar ke?"
"Tak. Abang takde la dengar apa yang sayang cakap. Cuma abang dengar suara sayang marah-marah. Ada apa-apa yang abang kena tau ke? Siapa yang call sayang tadi tu?"
"Oh... Tak. Takde. Tadi tu orang salah nombor. Dia call marah-marah pulak. Tu yang sayang geram tu. Ermm... Ely dah tidur, bang?"
Hasya cuba mengalih topik perbualan mereka. Tidak mahu dia bersoal jawab dengan suaminya soal itu. Alfi menutup pintu bilik.
"Oo... I see. Ely dah tidur. Tadi abang bagi dia makan ubat."
Alfi melabuhkan punggungnya di atas katil.
"Sayang meh sini duduk atas riba abang."
Alfi menepuk-nepuk pehanya.
"Hah?! Tak mau la, abang. Sayang berat la. Dengan baby dalam perut ni lagi."
Hasya menolak.
"Takpe. Come. Abang nak peluk sayang abang ni."
Nak tak nak, Hasya terpaksa akur. Dia menghampiri suaminya lalu duduk di atas riba Alfi. Tubuh Hasya dipeluk erat.
"I love you, sayang."
Hasya merangkul leher suaminya dengan sebelah tangan manakala sebelah lagi tangannya mengusap perlahan pipi suaminya sambil tersenyum.
"I love you too, abang."
"Boleh sayang janji dengan abang?"
Alfi merenung mata isterinya.
"Janji apa?"
Soal Hasya.
Mata mereka saling bertentangan.
"Janji dengan abang yang sayang takkan tinggalkan abang walau apapun yang terjadi. Janji?"
Hasya senyum lalu dahinya didekatkan dengan dengan dahi suaminya.
"Sayang janji."
"Janji apa?"
"Sayang janji yang sayang takkan tinggalkan abang walau apa pun yang terjadi. Hanya maut je yang dapat memisahkan kita."
"Thank you, sayang."
"Sama-sama. Abang pun kena janji benda yang sama jugak."
"Ye, sayang. Abang pun janji yang abang takkan tinggalkan sayang walau apa pun yang terjadi. Hanya maut je yang dapat memisahkan kita.
Dan abang berjanji sayang adalah cinta terakhir abang walaupun sayang bukan yang pertama. I love you so much, sayang."
Hasya tersenyum bahagia mendengar kata-kata cinta dari bibir suaminya.
***
UNKNOWN
AKU NAK RM500 RIBU RINGGIT KALAU KAU TAK NAK AKU SEBARKAN GAMBAR-GAMBAR PANAS KAU DENGAN KAMAL DEKAT SUAMI KAU!!!
Hasya membaca mesej berbaur ugutan dari abang tirinya itu berkali-kali. Dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh Badrul.
'Gambar apa? Aku mana pernah ada gambar panas dengan Kamal!'
Kau jangan cuba nak ugut aku, Badrul! Aku tak faham apa maksud kau. Aku tak ada gambar panas apa-apa lagi-lagi dengan kawan kau yang tak guna tu! And please. Jangan ganggu hidup aku lagi!
Sent!
Badrul tersenyum sinis setelah membaca mesej dari Hasya.
"Kau tunggu nasib kau, Hasya!"
***
Readers merajuk dengan Dhia ke sebab dah lama Dhia tak update? Sorry kay... Dhia busy sikit...
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...