HASYA #26

22.1K 461 5
                                    

"Sya betul ke dah ok ni? Fi risau la..."

Alfi meluahkan keriasauannya apabila isterinya tetap berdegil untuk mengikutnya mengambil Elyna di rumah Puan Izzah.

"Saya okay. Demam pun dah kebah haa... Lagipun saya rindu sangat dengan Ely."

Ujar Hasya bersungguh-sungguh. Nak tak nak Alfi terpaksa mengalah dengan kedegilan isterinya yang tetap mahu mengikutnya ke rumah mamanya. Kalau diikutkan hati, dia malu anaknya itu duduk sehari lagi di rumah mamanya kerana demam isterinya masih belum pulih sepenuhnya namun Hasya terus-terusan mendesaknya untuk mengambil Elyna.

"Iye lah, sayang. Jom kita gerak."

Hasya bertepuk tangan sambil bersorak keriangan.

"Yeayyy! Lepas ambil Ely, kita pergi supermarket eh, Fi? Barang dapur dah nak habis."

Alfi menjegilkan biji matanya.

"No, no, no. Sya tak sihat lagi ni, sayang. Lepas pergi rumah mama kita terus balik. Barang-barang dapur tu nanti Fi pergi beli sorang."

Hasya memuncungkan bibirnya tanda kecewa dengan keputusan suaminya.

"Saya demam je pun. Bukannya nak mati lagi. Dengan awak semuanya tak boleh. Itu tak boleh ini tak boleh. Tak pe la. Awak pergi la. Saya nak berehat je kat rumah."

Tanpa menunggu balasan Alfi, Hasya terus memusingkan badannya untuk naik ke tingkat atas. Naik pening Alfi melayan kerenah isterinya itu.

'Hasya mengandung ke?'

Tiba-tiba, persoalan itu terbit di benaknya kerana seingatnya, arwah Mira juga berkelakuan seperti Hasya sebelum dia disahkan hamil.

Tanpa menunggu lama, Alfi terus mengejar isterinya.

"Sayang, wait! Okay, okay kita pergi supermarket lepas ni."

Mata Hasya terus bersinar-sinar. Senyuman terukir dibibirnya.

" Tapi ada satu syarat."

Mati terus senyuman Hasya.

"Nak pergi supermarket pun ada syarat ke?"

"Sya dengar la dulu. Nak ke tak nak ni?"

Alfi bermain tarik tali.

"Okay. Nak. Syarat apa?"

Soal Hasya.

"Syaratnya, kalau Sya penat or tak larat nanti, Sya terus bagitau Fi. Janji?"

Alfi menghulurkan jari kelingkingnya.

"Okay, janji!"

Hasya turut menghulur jari kelingkingnya tanda perjanjian dimeterai.


***




"Papa... Ely nak duduk dalam troley!"

Alfi yang sedang menolak troley itu terus menghentikan langkahnya. Dia mendukung anaknya lalu terus meletakkan Elyna di dalam troley itu.

"Anak papa ni dah besar-besar pun still nak duduk dalam troley lagi."

Elyna menayangkan sengihnya.

"Ely penat la nak jalan, pa."

Isterinya di sebelah dikerling.

"Sya nak Fi angkat dalam troley ni jugak ke?"

Tidak semena-mena, pinggang Alfi dicubit Hasya.

"Aduhhh, sayang... Apa ni main cubit-cubit Fi?"

Hasya menjeling suaminya.

"Dah awak tu ingat saya ni budak-budak ke?"

"Fi gurau je pun. Sya jangan la serius sangat."

Ujar Alfi sambil menggosok-gosok pinggangnya yang dicubit Hasya sebentar tadi.

Hasya terus melangkah laju ke hadapan meninggalkan Alfi dan Elyna.

"Ehh! Sya nak pergi mana tu? Tunggu la kitorang."

Hasya tidak mempedulikan panggilan suaminya. Terus saja dia melangkah tanpa arah tuju di dalam supermarket itu. Suami dan anaknya ditinggalkan di belakang.

Dari jauh, ada sepasang mata yang sedang memerhatikan mereka sekeluarga.

'Inilah masa yang aku tunggu-tunggu!'

Lelaki itu terus mengekori Hasya yang berjalan sendirian itu dari belakang.



***


HASYA ✅Where stories live. Discover now