HASYA #53

18.9K 531 31
                                    

"Su? Dapat tak call Alfi?"

Soal Kamal. Dia kelihatan gelisah. Seperti isteri dia saja yang sedang bertarung nyawa di dalam dewan bersalin itu.

Suria menggeleng. Sudah berpuluh-puluh kali percubaannya untuk menghubungi lelaki itu namun gagal.

"Maybe sebab aku pakai handphone Sya kot. Sebab tu dia tak angkat."

Teka Suria.

"Bak sini phone tu. Biar aku dail nombor dia."

Suria menghulurkan telefon bimbit milik Hasya kepada Kamal lalu dia mendail nombor telefon Alfi menggunakan telefon bimbitnya. Setelah menunggu beberapa saat, kedengaran suara seseorang di hujung talian.

"Hello! Alfi! Isteri kau---"

Belum sempat Kamal menghabiskan kata-katanya, talian di sebelah sana dimatikan.

"Shit!"

Carut Kamal.

"Kamal, behave."

Ujar Suria. Menyedari kesilapannya, Kamal memohon maaf.

"Sorry, sorry Su. Aku geram dengan dia ni. Boleh pulak dia letak phone dia. Kurang ajar betul."

Marah Kamal.

"Kita tak boleh nak salahkan dia 100%, Mal."

Kamal menghela nafas panjang.

"Aku tau tu tapi tak patut dia buat Sya macam tu. Sya tu isteri dia."

"Orang kalau tengah marah, gitulah."

Giliran Suria pula menghela nafas panjang.

"Aku kena cari dia!"

Ujar Kamal tiba-tiba. Suria memandang wajah Kamal.

"Kau tahu ke mana nak cari dia?"

Soal Suria. Kamal mengangguk.

"Aku tak peduli kalau dia nak belasah aku sampai lunyai sekali pun yang penting, aku kena bawak dia ke sini.  Kalau perlu, aku akan heret dia ke sini."

Ujar Kamal bersungguh-sungguh. Dia mahu menebus segala kesilapannya dengan Hasya.

"Nah, kau pakai kereta aku ni. Cepat sikit sampai."

Ujar Suria sambil menghulurkan kunci keretanya kepada Kamal.

"Thanks, Su. Aku gerak dulu. Apa-apa nanti call aku."

Pesan Kamal. Suria mengangguk.

Tiba-tiba, pintu dewan bersalin dibuka dari dalam membuatkan langkah Kamal yang baru saja hendak pergi itu terhenti. Kelihatan seorang doktor wanita yang memakai mask keluar dari dewan bersalin itu. Mata doktor wanita itu terarah kepada Kamal.

"Tahniah, encik! Isteri encik selamat melahirkan seorang bayi perempuan."

Ujar doktor wanita itu. Suria dan Kamal sama-sama mengucapkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.

"Kami dah pindahkan isteri dan anak encik ke wad biasa. Encik boleh masuk untuk iqamatkan puteri encik. Hanya seorang saja yang dibenarkan masuk."

Ujar doktor itu lagi membuatkan Kamal dan Suria berpandangan antara satu sama  lain. Doktor wanita itu meminta diri lalu terus beredar meninggalkan mereka berdua.

"Su, kau lah masuk."

Ujar Kamal.

"Ish! Apa pulak aku? Kau la. Doktor tu suruh kau."

Ujar Suria pula. Masing-masing dalam kebingungan. Mereka berdua berjalan menuju ke wad di mana Hasya ditempatkan.

Sampai di hadapan pintu wad Hasya, mereka berdua berhenti.

"Apa kata kau masuk dulu, then kau tanya Hasya sama ada dia nak tunggu suami dia atau tak untuk iqamatkan baby dia."

Cadang Suria.

"Eh? Asal aku pulak? Aku bukan suami dia kot."

Bantah Kamal.

"Aku perempuan. Kalau aku masuk pun bukannya aku boleh buat apa-apa. Setakat tengok baby boleh la."

Ujar Suria lagi lalu dia terus menolak tubuh Kamal mendekati pintu wad itu. Nak tak nak, Kamal terpaksa akur.

***


"Sya..."

Panggil Kamal. Hasya dilihat masih dalam keadaan separuh sedar sedang terbaring di atas katil. Wajahnya pucat dan kelihatan lemah.

"Sya, kau okay tak?"

Soal Kamal. Hasya mengangguk lemah.

"Kau nak tengok baby kau?"

Soal Kamal lagi. Hasya hanya mengangguk. Kamal terus memangku seorang bayi di dalam katil bayi di sebelah katil Hasya lalu diletakkan bayi itu di atas dada Hasya.

"Anak kau comel sangat. Aku mintak maaf, Sya."

Ujar Kamal kesal.

Hasya mencium ubun-ubun bayinya lalu air matanya mengalir.

"Jangan nangis, Sya. Aku janji aku akan bawak suami kau ke sini."

Janji Kamal.

"D-dia takkan datang, Mal."

Suara Hasya lemah.

"Sya, aku janji aku akan bawak dia datang ke sini walau dengan apa cara sekali pun. Aku janji. Aku pergi sekarang."

Tegas Kamal.

"Mal... T-tolong iqamatkan anak aku..."

Pinta Hasya. Satu keputusan yang amat berat untuk dibuat ketika itu namun dia terpaksa melakukannya demi puterinya.

"Sya? Kau gila ke? Aku tak boleh."

Tolak Kamal.

"Mal..."

Rayu Hasya.

"Sya, aku bukan orang yang layak. Suami kau lebih layak untuk iqamatkan anak dia."

Air mata Hasya mengalir lagi.

"Kau tak kesiankan anak aku ke, Mal? Kalau kau betul-betul nak tebus kesalahan kau, tolong iqamatkan anak aku. Itu je yang aku mintak."

Kamal serba-salah. Dia tersepit seolah-olah diluah mati emak, ditelan mati bapak.

Tiba-tiba, seorang jururawat masuk ke wad Hasya.

"Dah selesai iqamat ke, encik?  Saya nak bawa baby ke bilik bayi."

Ujar jururawat itu.

"Sekejap nurse."

Ujar Kamal.

"Baiklah, lima minit lagi saya datang balik."

Ujar jururawat itu sebelum meninggalkan wad itu.

Melihat wajah sayu Hasya, Kamal tiada pilihan lagi. Diambil bayi itu perlahan-lahan lalu diiqamatkan.

Sekali lagi,  air mata Hasya mengalir. Air mata kesedihan di mana sepatutnya Alfi lah orang yang paling layak mengiqamatkan anaknya itu sebaliknya orang lain yang melakukannya. Luka di hati Hasya kembali berdarah.

'Awak mungkir janji, Alfi.'

Suara Hasya di dalam hati.

***





HASYA ✅Where stories live. Discover now