HASYA #67

22.1K 493 20
                                    

"I miss youuu..."

Terasa tegak bulu roma Hasya apabila dia terasa hembusan nafas suaminya yang berbisik lembut di telinganya. Hasya cuba berlagak biasa, seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku namun kedudukan dia dan suaminya yang begitu hampir membuatkan jantungnya bekerja lebih masa saat ini.

"Sayang kenapa keraskan badan ni? Tak suka ke abang peluk sayang macam ni?"

Saat itu juga, Hasya merasakan tangan kasar Alfi melingkar di pinggang ramping miliknya.

Hasya masih membatu. Dia masih mendiamkan diri. Dia berasa pelik kerana perangai suaminya sangat berlainan pada malam itu. Hasya akui dia sangat rindukan saat-saat intimnya bersama Alfi namun Alfi masih belum mengetahui keadaan dirinya yang sebenar. Mungkin pada Alfi, dia masih menganggap bahawa isterinya itu masih 'sakit'.

Alfi tidak berputus asa. Dia perlu berusaha keras untuk menggoda isterinya malam itu. Dia perlu pastikan yang isterinya akan mengakui segala-galanya kepadanya.

"Kenapa diam je ni, sayang? Abang rindu la nak dengar suara manja isteri abang ni..."

Bisik Alfi lembut di telinga isterinya.

Hasya sedaya upaya mengawal dirinya agar tidak mengeluarkan bunyi desahan apabila suaminya menggigit manja cuping telinganya. Dia mengetap bibirnya agar suaranya tidak kedengaran.

Semakin lama, godaan Alfi semakin meliar. Hasya tewas. Akhirnya terkeluar juga suara desahannya menahan nikmat yang diberikan oleh suaminya apabila suaminya melepaskan ciuman. Alfi tersenyum kemenangan.

"I want you tonight, baby..."

Bisik Alfi perlahan lalu dia menindih tubuh isterinya.

***

Alfi menghentikan pergerakannya secara tiba-tiba apabila dia pasti bahawa isterinya sudah hampir untuk mencapai titik kepuasannya. Hasya yang sedang dalam kenikmatan itu tersentak dengan perbuatan suaminya. Sungguh, dia sangat dahagakan sentuhan dan belaian suaminya.

"Kenapa?"

Soal Hasya secara tidak sengaja. Dia berasa bengang apabila suaminya itu seolah-olah mempermainkannya.

"Kenapa apa?"

Soal Alfi pula sambil merenung ke dalam mata isterinya. Dia dapat melihat kekecewaan di dalam mata isterinya. Kedudukannya yang masih menindih tubuh isterinya memudahkan dia untuk melihat keseluruhan wajah isterinya.

"Abang saja nak permainkan Sya, kan? Kalau macam tu baik tak payah goda-goda Sya."

Jelas suara Hasya sedang menahan marah. Dia tidak sedar bahawa dia kini sedang menunjukkan sisi sihatnya di hadapan suaminya.

"Betul ke ni isteri abang?"

Soal Alfi sinis. Matanya memandang tajam ke dalam anak mata isterinya. Saat terpandangkan mata suaminya, Hasya mulai sedar sesuatu. Jantungnya berdegup laju. Mulutnya terkunci.

"Seriously? Abang sikit pun tak percaya yang isteri abang dah pandai menipu sekarang ni?"

Ujar Alfi lagi.

"Sayang marah ke abang permainkan sayang? Hurm?"

Bisik Alfi. Hasya melarikan anak matanya daripada suaminya. Tidak sanggup rasanya untuk menatap mata itu apabila pembohongannya kini sudah terbukti. Terbukti dengan kecuaiannya sendiri yang langsung tidak mampu untuk menepis godaan suaminya.

"Sayang pandang abang... Pandang mata abang, sayang..."

Bisik Alfi lembut. Tidak semena-mena, air mata Hasya mengalir. Perlahan-lahan Hasya memandang ke dalam anak mata suaminya.

HASYA ✅Where stories live. Discover now