HASYA #42

15.3K 423 19
                                    

Hasya tidak berani hendak mengikuti suaminya sebaliknya dia menuju ke dapur untuk memanaskan makanan yang dimasak pada petang tadi. Sangkanya mungkin suaminya itu masih belum makan malam.

Dalam sibuk memanaskan lauk-pauk, fikiran Hasya menerawang memikirkan perubahan mendadak suaminya pada hari ini. Sebelum ini Alfi tidak pernah dingin sebegini dengannya semenjak mereka berdua saling mengungkapkan kata cinta.

Hasya memikirkan apakah punca dan apakah kesalahan yang telah dilakukannya sehingga suaminya itu bersikap dingin dengannya sedangkan pagi tadi sebelum suaminya bertolak ke pejabatnya, hubungan mereka baik-baik saja siap boleh bergurau senda lagi. Saat ini, tiada angin tiada ribut tiba-tiba mood suaminya berubah. Siapa yang mengandung sebenarnya?

***

Alfi tidak terus masuk ke bilik tidurnya sebaliknya kakinya menuju ke bilik anak perempuannya, Elyna. Kelihatan anaknya itu sedang tidur nyenyak. Polos saja wajah anak kecil itu.

Alfi membetulkan sedikit selimut yang membaluti tubuh anaknya. Tenang sedikit perasaannya apabila melihat wajah polos anaknya itu. Alfi mengusap perlahan ubun-ubun anaknya sebelum meninggalkan bilik itu.

Saat kakinya melangkah masuk ke dalam bilik tidurnya bersama Hasya, hatinya tiba-tiba mendidih apabila terpandangkan katil yang sepatutnya menjadi tempat dia dan isterinya memadu kasih kini telah dicemari oleh orang luar dan pengkhianatan serta kecurangan yang dilakukan oleh isterinya.

Alfi mengeluarkan gambar-gambar intim isterinya itu dari dalam briefcasenya untuk mendapatkan kepastian sama ada perkara terkutuk itu dilakukan di atas katil mereka atau tidak.

Tidak silap lagi, katil di dalam gambar itu merupakan katil di bilik mereka kini. Api yang marak seakan-akan dicurah lagi dengan minyak petrol. Begitulah keadaan hati dan perasaan Alfi saat ini. Terus saja dia mencampakkan gambar-gambar itu di atas katil. Bantal-bantal yang tersusun elok di atas katil dibaling satu per satu ke bawah lantai. Tangannya menepis kasar segala barang-barang yang terletak di atas meja solek menyebabkan kesemua barang di atas meja itu jatuh bertaburan di atas lantai. Bingkai gambar perkahwinannya bersama Hasya yang tergantung elok di atas kepala katil itu turut dicapai lalu dibaling ke lantai sekuat hatinya. Habis pecah berderai bingkai gambar itu. Betapa remuk redamnya hati dan perasaan Alfi saat ini hanya Tuhan saja yang tahu.

Hasya yang terkejut dengan bunyi bising di atas terus melangkah ke tangga untuk melihat apa yang berlaku. Pergerakannya agak terbatas kerana usia kandungannya kini telah menjangkau tujuh bulan.

***

"Astaghfirullahaladzim! Abang? Kenapa ni?"

Hasya mengurut perlahan dadanya apabila melihat keadaan bilik tidur mereka seperti tongkang pecah.

Alfi memandang tajam ke arah Hasya. Dadanya turun naik menahan amarah apabila melihat wajah isterinya.

Hasya hendak mendekati Alfi bagi menenangkan lelaki itu tapi langkahnya terhenti apabila matanya menangkap kepingan gambar-gambar intimnya bersama Kamal. Membulat matanya apabila melihat gambar-gambar itu. Serta-merta tubuhnya menggigil. Melihat wajah menyinga suaminya saat ini membuatkan segala sendinya terasa lemah.

"A-abang. Sa-saya b-boleh te-terangkan."

Ujar Hasya tergagap-gagap.

"DAH BERAPA KALI KAU BAWAK JANTAN TU MASUK DALAM RUMAH AKU!!" DALAM BILIK AKU!!! HAHH??!!!"

Tengking Alfi. Matanya mencerlung memandang Hasya.

Hasya yang terpempam mendengar tengkingan suaminya itu hanya mampu mengalirkan air mata. Terasa mulutnya terkunci untuk membela dirinya sendiri.

"JAWABLAH!!! DAH BERAPA KALI KAU BUAT MAKSIAT DALAM RUMAH AKU?!!!!"

Semakin lebat air mata yang mengalir dari tubir mata Hasya.

Alfi kecewa dengan isterinya yang hanya mendiamkan diri itu. Dia sangat berharap bahawa gambar-gambar itu hanyalah rekaan semata-mata yang bertujuan untuk menghancurkan rumahtangga mereka. Namun, kebisuan isterinya saat ini membuatkan dia bertambah yakin bahawa Hasya kini sedang mengiyakan segala perbuatan terkutuknya itu sehingga dia tidak mampu untuk membela dirinya sendiri.

***

SO, HOW? COMMENT PLEASE...



HASYA ✅Where stories live. Discover now