HASYA #50

19.1K 496 31
                                    

Hasya keluar dari pintu wad. Dia perlu mengejar suaminya. Alfi harus mendengar penjelasannya. HARUS!

"Abang?!"

"Abang!"

Orang yang lalu lalang di kaki lima hospital itu tidak dihiraukan. Dia terus memanggil-manggil suaminya.

"Abang!"

"Puan? Puan nak ke mana ni? Puan tak sihat lagi."

Ujar salah seorang jururawat yang kebetulan melalui jalan itu.

"Saya nak cari suami saya!"

"Tapi keadaan puan masih lemah lagi. Mari saya hantar puan ke dalam wad."

Jururawat itu memegang bahu Hasya namun Hasya menepisnya perlahan."

"Lepaslah, nurse! Saya nak cari suami saya."

"Puan jangan macam ni. Kesian dekat baby."

Pujuk jururawat itu lembut.

'Baby?'

Hasya menjatuhkan pandangannya ke arah perutnya yang membukit itu.

***

Tidak jauh dari situ, Puan Izzah berlari-lari anak mendapatkan Hasya.

"Hasya?!"

"Hasya!"

Hasya menoleh ke belakang.

"Mama!"

Mereka berdua saling berpelukan.

"Hasya kenapa ni, nak? Kenapa pucat muka kamu ni?"

Soal Puan Izzah sambil mengusap pipi menantunya.

"Maaf, puan. Tadi puan Hasya pengsan. Jadi saya nak bawa puan Hasya ke wad sekarang."

Celah jururawat itu.

"Takpe, nurse. Hasya ni menantu saya. Nanti saya sendiri yang akan hantar dia ke wad."

Ujar Puan Izzah.

Jururawat itu mengangguk dan berlalu dari situ.

"Mama buat apa kat sini? Abang Alfi mana, ma? Tadi saya jumpa abang kat sini."

Puan Izzah mengusap ubun-ubun menantunya.

"Ely masuk hospital, sayang. Ni mama pun tengah cari Alfi."

Hasya terkejut.

"Ely kenapa, ma?! Ely kenapa?!"

Soal Hasya cemas.

***

Hasya mengusap penuh kasih ubun-ubun Elyna yang sedang lena itu. Dahi anak kecil itu dikucup lembut.

"Macam ni la keadaan dia sejak beberapa hari ni."

Beritahu puan Izzah.

"Macam mana boleh jadi macam ni, ma?"

Soal Hasya sebak. Melihat keadaan Elyna saat ini, dia jadi teringat tentang pertemuan pertamanya dengan anak kecil itu.

Puan Izzah menceritakan segala yang berlaku pada Elyna dari awal sehingga akhir.

"Dia rindukan kamu, Hasya. Mama harap sangat kamu tak pergi lagi."

Hasya menekup mulutnya dengan tangan menahan tangis.

"Apa pun masalah antara kamu dan Alfi, mama nak kamu berdua selesaikan dengan cara baik. Duduk berbincang elok-elok. Mama taknak esok-esok anak menantu mama bercerai-berai. Fikirkan anak-anak sebelum buat keputusan."

Nasihat Puan Izzah kepada menantunya.

Hasya mengesat air mata yang mengalir di pipinya. Dia sungguh terharu mendengar nasihat yang diberikan oleh ibu mertuanya.

"Boleh saya jaga Ely, ma? Saya nak tunggu sampai Ely bangun. Saya nak minta maaf dekat dia."

Puan Izzah mengangguk.

"Eloklah tu. Mama pun nak balik rumah ni. Nak mandi dan ganti baju. Kamu tolong  tengok-tengokkan Ely ye? Kalau ada apa-apa terus call mama."

Hasya mengangguk lalu tangan ibu mertuanya dikucup.

"Terima kasih, ma."

***

"Sayang... Maafkan mama. Mama tak sangka keadaan akan jadi macam ni. Ely tolong la pujuk papa Ely. Papa kena dengar penjelasan mama. Mama tak salah, sayang."

Hasya mengusap pipi gebu Elyna. Sebak dia melihat wayar yang berselirat di tubuh anak kecil itu.

'Ya Allah, andai aku dapat menggantikan kesakitan yang dialami oleh anakku ini, aku sanggup ya Allah. Kau berikanlah kesembuhan untuk anakku ini.'

Doa Hasya di dalam hati.

Tiba-tiba, pintu dikuak dari luar. Terjengul wajah Alfi di hadapan wad itu. Jelas terpancar riak terkejut apabila dia melihat Hasya di situ.

"What are you doing here?!"

Keras suara Alfi tetapi nadanya diperlahankan agar tidak mengganggu tidur anaknya itu.

"Abang... Sa-saya---"

"Jangan panggil aku abang! Aku jijik dengar panggilan tu keluar dari mulut kau! And please get out from here now! Siapa yang izinkan kau jumpa anak aku?!"

"Mama."

Alfi berpeluk tubuh.

"Aku papa dia dan aku lebih berhak untuk tentukan siapa yang boleh atau tak boleh jumpa anak aku! Baik kau berambus sekarang sebelum aku heret kau keluar dari sini. Aku benci tengok muka kau!"

Hasya menghela nafas. Dia perlu akur dengan kehendak Alfi. Dia sudah tidak kuat untuk menelan segala kebencian Alfi terhadap dirinya. Dia juga sudah tidak terdaya lagi untuk mendengar caci maki suaminya terhadap diri serta kandungannya. Menegakkan kebenaran itu umpama meminum racun yang berbisa. Dirinya sendiri yang terluka. Hatinya sudah hancur lumat dek penghinaan yang dilemparkan oleh suaminya sendiri.

"Kalau itu yang awak nak, saya akan pergi. Maafkan saya. Saya pergi dulu."

Bergetar suara Hasya.

Selepas itu, Hasya terus berlalu dari wad itu dengan seribu satu kelukaan di hatinya tanpa menoleh lagi ke belakang.

***


HASYA ✅Where stories live. Discover now