HASYA #57

20.5K 503 28
                                    

Untuk chapter 57 dan seterusnya, kalau ada apa-apa kesilapan yang Dhia tulis tentang berpantang ni, diharap readers2 yang budiman bolehtegur dhia atau betulkan kesilapan dhia, okay? Sebabnya Dhia pun tak berapa tahu sangat tentang adat berpantang ni cuma dhia ada la buat research sikit2 dekat internet sebelum menaip chapter ni. Almaklumlah, Dhia belum alaminya lagi. In sha Allah, one fine day dhia pun akan melaluinya. So, kalau ada antara readers kat sini dalam kalangan ibu-ibu or yang ada ilmu tentang berpantang ni, mohon share ye? At least dhia and readers lain dapat sedikit sebanyak ilmu yang berguna ni untuk persediaan masa depan. Hihii...

***





Pagi itu, Alfi bangun seawal jam empat setengah pagi seperti biasa. Setelah mandi dan berwuduk, Alfi membentang sejadah untuk menunaikan solat sunat tahajjud.

Dalam keheningan pagi itu, Alfi bersujud kepada yang maha Esa. Dia menadah tangan memohon doa kepada yang maha kuasa agar dilembutkan hati isterinya untuk memaafkannya serta memohon kesejahteraan buat diri serta ahli keluarganya.

Sudah seminggu isterinya berpantang di rumah mamanya namun tiada tanda-tanda kemaafan buat dirinya dari wanita itu.

Saban malam dia dan isterinya tidak dapat tidur lena dek rengekan si kecil yang dahagakan susu ibunya. Namun begitu, tidak sedikitpun Alfi mengeluh kerana dia berbahagia memiliki sebuah keluarga yang lengkap dan sempurna.

Selesai menunaikan solat fardhu subuh, Alfi menuju ke dapur untuk menyediakan air mandian buat isterinya. Puan Izzah ada menawarkan diri untuk menyediakan air mandian buat menantunya itu namun Alfi menolak tawaran mamanya itu kerana dia mahu melakukannya sendiri untuk isterinya dan dia tidak mahu menyusahkan mamanya. Hanya sekali tunjuk ajar dari mamanya, Alfi sudah mampu untuk menyediakan keperluan untuk isterinya berpantang termasuk air mandian, bertungku dan sebagainya. Bahkan, segala keperluan bayinya juga disiapkan sendiri termasuk memandikan serta menukar lampin puterinya.

"Sayang dah bangun?"

Alfi menyapa isterinya yang baru tersedar dari lena itu. Mata Hasya terkebil-kebil selepas bangun dari tidur.

"Sayang mandi dulu eh? Abang dah siapkan air untuk sayang mandi. Kejap lagi Mak Leha datang nak urut sayang."

Beritahu Alfi. Hasya hanya mengangguk.

Alfi membantu isterinya untuk bangun dari katil menuju ke bilik air yang terletak di sudut kanan bilik.

"Awak keluar la. Saya boleh mandi sendiri."

Pinta Hasya. Memang selama seminggu Alfi menjaganya, suaminya lah yang memandikannya dalam tempoh seminggu itu. Pada awalnya memang dia menolak namun Alfi tetap berdegil untuk memandikannya. Tidak mahu memanjangkan cerita, jadi sebagai isteri, dia hanya akur sahaja.

"Tapi---"

"Dah seminggu awak mandikan saya. Badan saya pun dah rasa segar sikit sekarang ni. Biarlah saya mandi sendiri lepas ni."

Ujar Hasya lalu menutup pintu bilik air sebelum sempat Alfi bersuara.

"Sayang, kalau dah sudah mandi, panggil abang tau?"

Ujar Alfi dari luar bilik air. Hasya membuka semula pintu bilik air dari dalam.

"Thanks..."

Hasya melemparkan senyuman kepada suaminya lalu dia menutup kembali pintu bilik air.

Alfi tersenyum senang. Hatinya berbunga-bunga apabila menerima senyuman dan ucapan terima kasih daripada isterinya.

'Perkembangan yang positif.'

Suaranya di dalam hati.

***

"Sayang makan dulu, ye?"

Alfi menghulurkan sekeping biskut kering ke mulut isterinya.

"Mak Leha dah datang ke?"

Soal Hasya selepas habis mengunyah biskut yang disuap oleh suaminya.

"Dah. Mak Leha ada kat luar tengah berbual dengan mama."

Beritahu Alfi.

"Awak tak kerja hari ni?"

Soal Hasya lagi. Alfi menggeleng. Hasya mengerutkan dahinya. Sudah seminggu suaminya itu bercuti untuk menjaganya.

"Abang cuti tiga bulan, sayang."

Beritahu Alfi.

"Hah?! Lamanya? Buat apa awak cuti lama-lama?"

Soal Hasya.

"Abang nak jaga sayang dan anak kita."

Jawab Alfi. Dia berasa semakin lega apabila isterinya itu sudah boleh diajak bersembang. Berbeza pada hari pertama dan kedua Hasya berpantang, isterinya itu lebih banyak mendiamkan diri.

"Tak payah la menyusahkan diri. Saya boleh jaga diri saya sendiri."

Ujar Hasya.

"Takpe. Itu memang kehendak abang. Sayang jangan risau, ok?"

"Dahtu siapa yang uruskan syarikat awak?"

Soal Hasya. Alfi tersenyum.

"Sesekali abang pergi juga ke office kalau ada hal penting untuk diuruskan. Tak pun, staf abang sendiri datang ke sini untuk mintak sign abang kalau ada dokumen-dokumen penting yang perlukan pengesahan abang dengan segera."

Terang Alfi. Hasya mengangguk-angguk.

"Elyna dekat hospital lagi? Bila dia discharge? Saya rindukan dia."

Pertanyaan Hasya membuatkan riak wajah Alfi berubah namun belum sempat dia menjawab, si kecil Alya sudah merengek di atas katil bayi. Tangisan Alya telah mencuri perhatian mama dan papanya yang sedang berbual.

"Dah bangun pun si kecik tu. Lapar susu agaknya."

Alfi bingkas bangun dan mendukung Alya yang sedang menangis itu lalu diletakkan anaknya di atas pangkuan Hasya. Hasya menyelak bajunya ke atas bagi menyusukan bayinya itu. Sekali ngap, hilang terus suara anaknya melalak sebentar tadi.

Alfi tersenyum senang memandang isteri dan anaknya. Baginya, Hasya memang seorang ibu yang baik.

"Awak tengok apa sampai senyum sorang-sorang tu?"

Tegur Hasya.

"Abang bahagia tengok sayang susukan anak kita. Abang rasa tenang. Suatu pemandangan yang indah bagi abang. Tak semua orang alami perkara ni. Abang rasa bertuah sangat."

Ujar Alfi.

"Awak jangan risau, selagi saya hidup, saya akan pastikan Alya dapat kasih sayang yang tak berbelah bahagi."

Janji Hasya.

Selesai menyusu, Alfi meletakkan kembali anaknya yang sedang lena itu di atas katil bayi.

"Sayang tunggu sini kejap, abang nak pergi panggil Mak Leha."

Hasya mengangguk. Dia memerhati setiap gerak geri Alfi sehingga tubuh suaminya itu hilang di sebalik pintu.

***

For those yang request Hasya buli Alfi cukup2 tu, dhia mohon maaf ye kalau chapter kali ni tak memenuhi keinginan korang. Sesungguhnya, dhia insan yang lemah. Dhia tak mampu nak puaskan hati semua orang. Apa-apa pun, korang memang daebak and the best! Teruskan vote and drop comments korang untuk chapter ni dan chapter2 seterusnya ya? Love you all!

***

HASYA ✅Where stories live. Discover now