HASYA #24

23.1K 523 3
                                    

"Sya... Bangun sayang. Dah subuh ni."

Senyap.

"Sya?"

Tetap tiada respon. Lantas Alfi mencuit perlahan bahu isterinya. Hasya mengeliat kecil. Terpisat-pisat matanya. Hasya memegang kepalanya yang terasa berdenyut-denyut.

"Dah subuh, Sya. Pergi ambil wuduk Kita solat sama-sama. Fi tunggu ni."

Hasya mengangguk. Dia cuba untuk bangun namun sakit di kepalanya terasa mencucuk-cucuk.

"Sya okay tak ni?"

"Tolong saya. Kepala sakit sakit."

Alfi meraba dahi isterinya.

"Ya Allah, Sya. Panas badan Sya ni. Sya demam."

***

Alfi masuk ke dalam bilik tidurnya sambil menatang dulang berisi air suam dan bubur yang dimasaknya tadi.

"Sya, bangun kejap sayang. Fi ada masak bubur ni. Makan sikit eh? Lepas tu boleh makan ubat."

Alfi membantu isterinya untuk bangun.

"Bismillahirrahminnrahim."

Alfi menyuap sesudu bubur ke dalam mulut isterinya.

"Awak tak kerja ke hari ni, Fi?"

Soal Hasya lemah.

Alfi menggeleng.

"Fi cuti, sayang. Takkan Fi nak pergi office dengan keadaan Sya macam ni. Fi dah call mama tadi suruh jagakan Ely buat sementara waktu ni."

Hasya menggigit bibir. Perasaan bersalah mula bersarang di hatinya.

"Maafkan saya sebab susahkan awak."

Alfi meletakkan mangkuk bubur di atas meja di tepi katil.

"Hey... Kenapa cakap macam tu? Sya isteri Fi, tanggungjawab Fi. Mestilah Fi kena jaga Sya. Takde istilah menyusahkan bagi seorang suami yang jaga isteri dia yang tengah sakit."

Alfi memujuk isterinya penuh kelembutan. Hasya terus merebahkan tubuhnya ke dada suaminya. Hatinya begitu sebak mendengar setiap tutur bicara yang keluar dari mulut suaminya di kala ini.

"Shhh...shhh... Tak mau nangis-nangis macam ni, sayang..."

Alfi memujuk sambil mengesat air mata yang mengalir di pipi mulus isterinya.

Selepas memberi isterinya makan ubat, Alfi meminta diri sebentar untuk ke dapur.

"Sya rehat dulu ye?"

Hasya mengangguk. Dia memandang suaminya yang semakin menjauh keluar dari bilik mereka sehingga pintu ditutup.

'Kalau awak tau siapa saya yang sebenarnya, adakah layanan awak terhadap saya akan berubah, Alfi? Sejujurnya saya sayangkan awak dan saya dah mula jatuh cinta pada awak, Alfi...'



***




HASYA ✅Where stories live. Discover now