HASYA #14

27K 656 7
                                    

Hasya menggelabah apabila Alfi terus meninggalkannya dan Elyna tanpa sepatah kata. Dia risau kalau Alfi benar-benar marah padanya.

"Ma, papa marah ke?"

Terkebil-kebil mata Elyna memandang Hasya. Hasya membongkokkan sedikit tubuhnya agar menyamai ketinggian Elyna. Ubun-ubun Elyna diusap perlahan.

"Tak la, sayang. Papa tak marah. Papa penat agaknya. Ely pergi masuk bilik, mandi wangi-wangi dulu tau? Nanti mama tunggu dalam bilik Ely, ye sayang?"

Lembut Hasya bersuara. Elyna mengangguk.

"Good girl."

Elyna mencium pipi Hasya sebelum melangkah masuk ke biliknya. Hasya menghantar pemergian Elyna dengan ekor matanya. Setelah Elyna masuk ke biliknya, Hasya mengatur langkah ke bilik suaminya.

Teragak-agak dia mahu memasuki bilik suaminya.

'Nak masuk ke tak nak masuk ke tak?'

'Ketuk dulu?'

'Bukak je?'

Hasya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal.

Setelah beberapa minit dia berdiri di muka pintu, akhirnya dia mengambil keputusan untuk membuka terus pintu bilik suaminya.

'Ah! Laki aku jugak dalam bilik ni.'

Entah dari mana datangnya kekuatannya, Hasya terus memulas tombol pintu bilik suaminya.

Alangkah terkejutnya dia apabila melihat Alfi tidak berbaju dan saat ini sedang berusaha untuk menanggalkan seluar baju melayunya.

"Arghhhh!!!"

Hasya menjerit sambil menutup matanya dengan kedua-dua belah tapak tangannya. Alfi turut tersentak apabila terdengar suara jeritan isterinya. Terus ditarik tubuh isterinya masuk ke biliknya. Tubuh Hasya tersembam di dada bidang milik suaminya. Alfi melihat ke kiri dan kanan luar biliknya sebelum dia menutup pintu.

"Kau dah kenapa terjerit-jerit ni?"

Soal Alfi tanpa melepaskan tubuh isterinya.

"A-awak la. Sa-sapa suruh tak pakai baju?"

Ujar Hasya tergagap-gagap. Baru pertama kali dia melihat tubuh Alfi.

"Ini bilik aku, suka hati aku la nak bukak baju ke nak bogel ke."

Hasya menampar lengan suaminya. Tidak sanggup mendengar perkataan itu.

"Kau datang sini kenapa? Bukan kau kata nak teman Elyna tidur?"

Soal Alfi setelah merungkaikan pelukannya. Alfi mengepung tubuh Hasya dengan kedua-dua belah tangannya di dinding.

Hasya menggigit bibir.

"S-saya nak pujuk awak la."

Hasya menunduk malu. Dia segan untuk menatap tubuh Alfi yang tidak berbaju itu.

"Pujuk?"

Hasya mengangguk.

"Bila bercakap, pandang aku."

Alfi menolak perlahan dagu Hasya ke atas.

"Kalau nak pujuk aku, macam ni caranya."

Bisik Alfi perlahan lalu dia membenamkan bibirnya pada bibir Hasya. Lidah isterinya diurut lembut membuatkan Hasya mendesah kenikmatan.

"Hmm...hm.."

Alfi yang turut sama berada di puncak kenikmatan setelah isterinya membalas ciumannya terus meletakkan kedua-dua belah tangan Hasya di belakang lehernya. Hasya dengan rela hati terus melingkarkan tangannya di leher suaminya.

Ruang bilik itu dipenuhi dengan bunyi-bunyian yang mengghairahkan apabila ciuman mereka semakin lama semakin rakus.

Sekali lagi Hasya mendesah kenikmatan apabila sebelah tangan Alfi meramas-ramas kedua-dua belah payudara isterinya yang masih berbalut sambil tidak melepaskan ciuman mereka.

"Uhh..urmm..."

Sedang mereka ralit berciuman, tiba-tiba tombol pintu dipulas dari luar. Hasya tersentak. Begitu juga dengan Alfi. Terus ditolak tubuh suaminya agar menjauh. Wajahnya yang putih memerah kerana menahan malu. Terpacul tubuh kecil Elyna di muka pintu.

"Mamaaa..."

Terkedek-kedek Elyna yang berpakaian tidur berjalan menghampiri Hasya dan Alfi. Hasya terus mendukung tubuh kecil itu.

"Maa... Ely ngantuk."

Elyna menggosok-gosok matanya. Elyna memang tidur awal memandangkan ubat yang perlu dimakan setiap malam sebelum tidur memberi kesan mengantuk.

Hasya terpaksa memandang Alfi meskipun perasaan malu masih menebal dalam dirinya atas keterlanjuran mereka sebentar tadi namun Alfi hanya beriak selamba seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku padahal dia yang mulakan dulu.

Alfi membalas pandangan isterinya lalu mengangguk.

"Pergi la..."

Dia berjalan menghampiri isterinya lalu berbisik sesuatu di telinga Hasya.

"Jangan lupa masuk balik. Hal kita tadi belum selesai lagi."

Hasya terpaku. Sejurus selesai bercakap, Alfi terus berjalan ke arah bilik air dan meloloskan dirinya di situ.

"Ma, papa cakap ape?"

Hasya tersentak.

"T-takde ape, sayang. Jom kita tidur."

Hasya terus membawa Elyna yang berada dalam dukungannya menuju ke bilik anak kecil itu.

***







HASYA ✅Where stories live. Discover now