HASYA #55

20.7K 516 45
                                    

"Sayang, abang dah uruskan pendaftaran nama anak kita. Abang letak nama dia ALYA QAISARA BINTI ALFI HAREEZ. Cantik kan nama dia? Secantik orangnya."

Hasya tidak mengendahkan kata-kata suaminya. Jujur hatinya masih sakit, masih terluka dengan layanan suaminya terhadapnya sebelum ini.

"Doktor kata petang ni sayang dengan baby dah boleh discharge. Sayang balik rumah kita ye?"

Hasya masih membisu. Alfi menghela nafas perlahan.

"Sampai bila sayang nak macam ni?"

Soal Alfi lembut. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu membuatkan isterinya terluka lagi.

"Saya nak balik rumah Suria."

Tegas Hasya.

"Sayang jangan la macam ni... Sayang isteri abang. Tanggungjawab abang untuk jaga sayang."

Hasya senyum sinis.

"Tanggungjawab? Awak tak malu ke bercakap soal tanggungjawab?"

Alfi menguak rambutnya ke belakang.

"Sayang please... Jangan mulakan lagi. Abang taknak bergaduh dengan sayang..."

Rayu Alfi.

"Mana tanggungjawab awak pada saya dan anak kita masa awak halau saya keluar dari rumah dulu? Mana tanggungjawab awak untuk bawa saya ke hospital masa saya tengah sakit nak bersalin? Mana tanggungjawab awak untuk iqamatkan anak awak? Awak pergi mana masa saya betul-betul perlukan awak? Awak jangan sebut pasal tanggungjawab kalau awak sendiri tak pandai nak laksanakannya."

Hasya meluahkan rasa yang terbuku di hatinya. Sungguh dia kesal dengan sikap ego tak bertempat suaminya itu.

"Ye. Abang mengaku abang terlepas semua peluang tu. Sayang ingat abang tak ralat ke? Demi Allah, abang akan tanggung rasa ralat tu untuk seumur hidup abang. Abang mengaku abang salah. Abang terlalu ego masa tu. Tapi bolehkan sayang bagi abang satu lagi peluang untuk abang tebus semua kesilapan yang pernah abang lakukan pada sayang? Demi Allah kalau abang mampu kembalikan waktu tu, abang takkan buat sayang macam tu. Abang menyesal, sayang. Demi Allah abang menyesal."

Ucap Alfi kesal. Dia sudah tidak tahu lagi bagaimana hendak memujuk hati isterinya agar kembali memaafkannya.

'Ya Allah, kau lembutkanlah hati isteriku.'

"Saya tunggu awak, Alfi. Saya tunggu awak datang masa saya nak bersalin tu. Saya sangat berharap yang awak akan tunaikan janji awak untuk sambut baby kita masa dia lahir. Tapi awak tipu. Awak mungkir janji. Awak tak datang pun. Awak biarkan saya tanggung rasa sakit ni sorang-sorang. Awak jahat! Awak jahat, Alfi! Saya benci awak!"

Hasya memukul-mukul dada suaminya sambil menangis teresak-esak. Alfi terus mendakap erat tubuh Hasya bagi menenangkan isterinya. Hasya merelakan tubuhnya didakap erat oleh suaminya. Dia menghamburkan segala kesedihannya di dalam pelukan suaminya.

"Abang mengaku abang salah. Maafkan, abang. Kalau sayang nak pukul abang, sayang pukul lah. Sayang pukul lah abang sampai hati sayang puas tapi satu je abang mohon daripada sayang. Tolong jangan tinggalkan abang. I need you. I really love you, sayang..."

Alfi mengucup ubun-ubun isterinya berkali-kali bagai menzahirkan betapa dia terlalu sayangkan isterinya itu sehingga tidak dapat diluah dengan kata-kata.

Setelah keadaan Hasya kembali tenang, Alfi merungkaikan pelukannya. Wajah sembap isterinya ditatap. Diseka sisa air mata yang mengalir di pipi mulus isterinya itu dengan hujung jarinya.

"Abang harap, ini kali terakhir abang tengok air mata sayang. Sayang tolong jangan menangis lagi. Sakit. Abang sakit kat sini setiap kali tengok sayang menangis."

Alfi membawa tangan isterinya menyentuh dadanya yang berlapik kemeja itu.

"Abang janji abang akan jaga sayang dan anak kita. Abang takkan sia-siakan sayang lagi. Kita balik rumah kita ye?"

Pujuk Alfi lembut. Tanpa sepatah kata, Hasya terus mengangguk. Alfi tersenyum bahagia.

'Alhamdulillah.'

"Saya nak balik rumah mama."

Pinta Hasya.

Alfi mengangguk.

"Okay. Kita balik rumah mama. Mama pun dah setuju nak jaga sayang masa berpantang nanti. Nak harapkan abang, memang abang tak tahu apa-apa la gamaknya."

Seloroh Alfi namun ia sama sekali tidak membuat Hasya terhibur.

"Okay la. Sayang rehat dulu tau. Mesti sayang letihkan? Sayang tidurlah. Abang temankan sayang."

Alfi membaringkan tubuh isterinya di atas katil perlahan-lahan. Ubun-ubun isterinya dikucup penuh kasih.



***


Kalau Dhia nak kasi ending kat sini aci tak??? 🙊🙈🙊🙈🙊🙈

HASYA ✅Where stories live. Discover now