HASYA #44

17K 445 12
                                    

Hasya berjalan sendirian menuju ke perhentian bas yang paling hampir dengan kawasan kediaman suaminya itu. Bunyi anjing menyalak sesekali menaikkan bulu romanya. Hasya sedar, dalam situasi begini, dia tidak boleh takut. Dia perlu cekal dengan segala rintangan yang mendatang selepas ini kerana di dalam rahimnya kini, ada satu nyawa yang perlu dilindungi.

'Ya Allah, kau permudahkanlah perjalanan  kehidupanku pada hari ini, esok dan hari-hari yang akan mendatang. Aamiin.'

Doa Hasya di dalam hati.

Hampir 15 minit juga dia berjalan akhirnya sampai juga dia di perhentian bas itu. Keadaan di situ sunyi sepi. Tiada seorang manusia pun kelihatan. Setelah hampir 20 minit menunggu, takdir berpihak kepadanya apabila ada sebuah teksi yang baru menurunkan penumpangnya. Barangkali pemandu teksi itu bekerja lebih masa pada hari ini. Itulah yang difikirkan Hasya. Tanpa menunggu lama, Hasya bangun dan terus menuju ke arah teksi itu.

***

Berbekalkan wang perbelanjaan yang dimasukkan oleh Alfi ke dalam akaun banknya pada setiap bulan selama ini, Hasya menginap di sebuah hotel di ibu kota itu untuk dia dan bayi di dalam kandungannya berteduh sementara menanti hari esok.

'Aku tak boleh manja! Aku kena kuat! Aku kena tabah!'

Hasya menarik nafas sedalam yang mungkin lalu menghelanya perlahan sambil memberi semangat kepada dirinya sendiri.

Sementara itu, Alfi tidak dapat melelapkan matanya. Pusing kanan tidak kena, pusing kiri juga tidak kena. Di saat ini, mindanya hanya dipenuhi dengan bayangan isterinya, Hasya.

'Ya Allah, betul ke apa yang aku dah buat ni?'

Jauh di sudut hatinya, Alfi gusar memikirkan keadaan dan keselamatan isterinya walaupun sesekali ada suara halus yang menghasutnya agar tidak mengendahkan kegusaran yang bertandang di hatinya.

Akhirnya, Alfi kalah dengan egonya sendiri. Dia turun dari katil dan bersiap-siap. Dia perlu mencari isterinya! Dia yakin bahawa isterinya itu masih tidak jauh.


***


Hampir sejam Alfi memandu di sekitar kawasan perumahannya namun kelibat isterinya masih tidak kelihatan. Alfi mula dipagut keresahan. Bermacam-macam perkara yang buruk bermain-main di fikirannya. Tiba-tiba, suara halus itu muncul lagi.

'Buat apa kau susah-susah cari dia? Dah sah-sahlah dia dah pergi dengan jantan keparat tu. Entah-entah, dia tengah berseronok dengan jantan tu yang kau kat sini meroyan cari dia.'

'Baliklah, Alfi. Lupakan perempuan tak guna tu!'

Tiba-tiba, memberhentikan keretanya di bahu jalan. Stereng kereta dihentak berkali-kali dengan sekuat hati.

"AAAARRRGGGHHHHHH!!!!"

"Bodoh, Alfi! Kau memang bodoh! Untuk apa kau cari dia lagi?! Bodoh! Bodoh! Bodoh!

Alfi memaki dirinya sendiri lalu dia terus membuat pusingan U untuk pulang ke rumahnya.

***

Keesokan harinya, Hasya check out dari hotel itu. Dia perlu mencari rumah sewa. Dia sedar tak selamanya dia boleh menginap di hotel kerana harga sewa hotel di ibu kota agak tinggi.

Hasya berjalan menuju ke perhentian teksi. Mujur perhentian teksi berhampiran dengan hotel yang dia diami semalam. Peluh di dahi dikesat dengan hujung lengan bajunya. Dia rindukan suaminya namun dia sedar bahawa lelaki itu telah membencinya.

Hasya tiba di perhentian teksi. Mujur tidak terlalu ramai orang di situ. Hanya ada beberapa orang saja di kawasan itu. Barangkali mereka juga sedang menunggu teksi atau bas. Sedang dia menunggu teksi di perhentian teksi, tiba-tiba ada satu suara yang menegurnya.

"Hasya? Hasya Fathini kan?"

Hasya menoleh ke arah suara yang menyebut namanya itu.

"Suria?"

Wanita itu mengangguk-angguk. Mereka saling berpelukan di situ. Tidak dihiraukan mata-mata yang memandang ke arah mereka.

***

"Su buat apa kat Kuala Lumpur ni?"

Soal Hasya setelah mereka sama-sama melabuhkan punggung di sebuah restoran.

"Su dapat kerja kat sini. Dah tiga bulan Su kat sini. Ehh! Sya apa khabar sekarang? Lepas Sya tinggalkan kampung, langsung tak kirim khabar berita kat Su. Su risau tau tak?"

Hasya menghela nafas.

"Sya okay. Sihat alhamdulillah."

Hasya mengukir senyuman. Suria merupakan sahabat baik Hasya sewaktu di kampung. Mereka membesar bersama-sama di kampung.

"Su sihat? Mak ayah Su kat kampung sihat?"

Perbualan mereka terhenti apabila seorang pelayan datang menghidangkan makanan yang dipesan. Setelah mengucapkan terima kasih, pelayan itu beredar.

"Su macam ni lah. Sihat dan ceria macam selalu. Mak dengan ayah pun sihat alhamdulillah. Tak sangka Su dapat jumps Sya kat sini."

Hasya senyum lagi. Mungkin untuk menutup dukanya.

"Su tak kerja ke hari ni?"

Suria menyedup milo ais di gelasnya.

"Su cuti hari ni. Su beli barang sikit kat Guardian depan tu. Lepas tu ada la beli barang makanan sikit-sikit. Maklumlah, duduk rumah sewa."

Ujar Suria panjang lebar. Hasya sekadar mengangguk-angguk.

"Sya nak pergi mana tadi? Siap bawak beg ni? Nak pindah ke?"

Hasya menggeleng.

"Sya sebenarnya tengah cari rumah sewa."

Hasya berterus terang.

"Laa... Awat tak habaq dari tadi? Tak payah la cari rumah sewa. Tinggal je kat rumah Su."

"Eh? Betul ke ni? Housemate Su macam mana?"

Soal Hasya.

"Jangan risaulah. Su belum ada housemate lagi. Ni pun dalam proses mencari housemate jugak."

Dalam hati, Hasya mengucap syukur.

"Kalau macam tu, Sya jadi housemate Su la. Boleh?"

"Boleh sangat... Lepas ni, Sya ikut Su balik rumah eh?"

Ujar Suria semangat.

Hasya mengangguk-angguk.


***

"Sya, sorry kalau Su tanya ni?"

Hasya menjongketkan keningnya memandang Suria. Pinggan yang telah kosong itu ditolak ke tepi.

"Tanya apa?"
Soal Hasya.

"Err... Betul ke Sya lari dari kampung sebab Sya mengandungkan anak Kamal?"

Hasya terpempam setelah mendengar soalan Suria.

'Ya Allah, dugaan apa lagi ni?'



***
















HASYA ✅Where stories live. Discover now