"Sedapnya bau! Sayang abang masak apa ni?"
Soal Alfi sambil memeluk pinggang isterinya yang sedang leka memasak itu dari belakang. Tersentak Hasya dibuatnya.
"Astaghfirullahaladzim, Abaaang! Terkejut sayang tau tak?"
Terjerit Hasya kerana terkejut dengan tindakan suaminya. Alfi tidak mengendahkan kemarahan isterinya sebaliknya dia makin mengeratkan pelukan di pinggang isterinya.
"Hurmm... Wanginya rambut sayang. Pakai syampu apa ni?"
Soal Alfi sambil menghidu rambut isterinya.
"Abang ni ada-ada je la. Dah-dah. Abang pergi duduk dulu kat meja makan. Nanti dah siap masak sayang hidang."
"Hmm... Bau nasi goreng sayang ni tiba-tiba buat perut abang lapar la."
Rengek Alfi seperti budak kecil.
"Ye... Nak siap dah ni, Mr Husband. Kalau abang kacau sayang macam ni bila masa sayang nak siap masak nya?"
Bebel Hasya.
"Ye la... Sayang janganlah membebel macam mak nenek. Kesian kat anak kita ni tak pasal-pasal terkejut dia bila dengar suara mama dia membebel pepagi ni. Anak papa duduk baik-baik tau dalam ni."
Ujar Alfi sambil mengusap perut isterinya. Hasya hanya mampu menggeleng-geleng.
"Merepek je abang ni."
***
"Abang makan dulu, sayang nak naik atas siapkan Ely kejap."
Ujar Hasya apabila sarapan pagi sudah siap dihidang di atas meja.
"Ehh... Jangan-jangan. Sayang duduk je. Biar abang yang tengokkan Ely."
Tahan Alfi apabila isterinya baru hendak menoleh menuju ke anak tangga.
"Kenapa, abang?"
Alfi bangkit dari kerusi lalu menarik tangan isterinya untuk duduk di atas kerusi di meja makan itu. Hasya hanya akur saja.
"Sayang kan pregnant. Tak ingat ke doktor cakap apa? Doktor tak bagi sayang penat sangat kan.?"
"Alahai, abang... Setakat naik atas siapkan Ely ke sekolah apalah sangat... Bukannya penat pun. Sayang dah biasa la."
Alfi menggeleng.
"Nope. Dengar cakap abang. Sayang duduk sini biar abang yang pergi siapkan Ely. Fullstop."
Tegas Alfi.
Hasya menghela nafas.
Baru saja Alfi hendak melangkah menuju ke tangga, kedengaran suara riang Elyna.
"Morning, mama, papa."
Hasya dan Alfi saling berpandangan. Pelik mereka berdua melihat Elyna yang sudah lengkap memakai pakaian taskanya.
"Morning, sayang papa..."
Balas Alfi ceria.
"Ely siap sendiri ke tadi?"
Soal Hasya kehairanan sambil menggamit Elyna mendekatinya. Pelik juga dia kerana ini merupakan kali pertama Elyna bersiap sendiri. Selalunya bukan main susah lagi dia nak bangun pagi.
Elyna mengangguk-anggukkan kepalanya lalu menghampiri mamanya.
"Jom kita makan, sayang. Mama ada masak nasi goreng favourite Ely."
"Mama suapkan Ely ehh?"
Pinta Elyna.
"Boleh, sayang. Sini duduk atas riba mama."
Alfi membulatkan matanya.
"Ehh... Tak boleh. Mulai sekarang, Ely kena duduk atas kerusi sendiri. No more duduk atas riba mama lagi. Understand?"
Tegas Alfi.
"Alaa...Why papa? Ely nak duduk atas riba mama..."
Pinta Elyna.
"Anak papa kan dah besar. Tak comel la dah besar-besar pun still duduk atas riba mama. Kesian kat mama."
Elyna memandang Hasya.
"Mama... Please..."
Elyna meminta simpati pula dari Hasya.
"Abang, apa salahnya saya riba Ely? Bukannya berat sangat pun."
Alfi menggeleng lalu pandangannya diarahkan kepada anaknya.
"Ely sayang... Dengar cakap papa ni. Sekarang ni dalam perut mama ada adik Ely tau. Ely suka tak nak dapat adik?"
Wajah Elyna berubah ceria.
"Adik? Dalam ni?"
Soal Elyna sambil menunjuk ke arah perut Hasya.
Alfi dan Hasya mengangguk serentak.
"Tapi, takde baby pun dekat perut mama?"
Soal Elyna polos.
"Adik Ely kecik lagi, sayang. Tunggu beberapa bulan lagi nanti adik Ely keluar. Nanti bolehlah Ely main dengan adik."
Ujar Hasya pula.
"Betul ke ni, papa?"
Alfi mengangguk.
"Ye, sayang. So, promise dengan papa yang lepasni Ely akan duduk atas kerusi sendiri. Jangan susahkan mama ye, sayang?"
Pujuk Alfi.
"Promise, papa. Ely janji Ely tak susahkan mama. Ely nak jaga mama dengan adik."
Janji Elyna.
Alfi dan Hasya tersenyum mendengar kata-kata Elyna.
"Good girl. Macam ni la anak papa..."
Alfi mengusap-usap rambut anaknya.
"Papa... Tengok tak cantik dah rambut Ely. Mama... Tengok ni... Papa buat..."
Rengek Elyna apabila rambutnya agak serabai dikerjakan oleh Alfi. Walaupun baru berusia empat tahun, namun Elyna sangat mementingkan penampilannya.
Hasya memandang ke arah suaminya yang jelas tiada riak serba salah.
"Ye lah. Nanti papa betulkan balik."
Elyna menggeleng.
"Taknak. Papa buat tak cantik. Mama buat cantik. Mama... nanti betulkan rambut Ely eh?"
Alfi mencebik apabila dikutuk oleh anaknya. Hasya tergelak kecil apabila melihat wajah cemberut suaminya.
"Ye, sayang. Kejap lagi mama betulkan rambut Ely. Sekarang kita makan dulu ye?"
Elyna mengangguk-angguk.
***
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...