Rasa mahu gugur jantungnya apabila melihat gambar-gambarnya bersama Kamal yang dihantar oleh Badrul melalui aplikasi whatsapp.
Sejurus itu, handphone di tangannya berdering minta diangkat. Tanpa berlengah, Hasya terus menjawab panggilan dari lelaki durjana itu.
"Hello!"
Keras suara Hasya.
"Kau mesti dah tengok gambar-gambar kau yang aku send tu kan? Amacam? Hahaha!"
Sakit hati Hasya apabila mendengar suara ketawa lelaki itu di hujung talian.
"Kau ni memang jantan tak guna!"
Marah Hasya.
"Wo! Wo! Wo! Rileks... Aku cuma nak buktikan yang aku tak main-main dengan apa yang aku cakap."
"Aku nak jumpa kau!"
Badrul tersenyum sinis di hujung talian.
"Boleh. Nanti aku bagitahu bila dan dekat mana. Jangan lupa sediakan duit RM500 ribu cash! Itu pun kalau kau tak nak gambar-gambar kau ni jatuh ke tangan suami kau yang tercinta tu. Bye. Hahahaha!!!"
Badrul terus mematikan talian.
***
Selepas menghantar Elyna ke taska pada pagi itu, Hasya terus menuju ke tempat yang dijanjikan untuk bertemu dengan abang tirinya.
"Hasya... Long time no see. Silakan duduk."
Hasya menarik kerusi berhadapan dengan Badrul.
"Order?"
Pelawa Badrul.
"Aku takde masa la nak minum-minum dengan kau!"
Balas Hasya.
"Sombong eh kau sekarang. Mentang-mentang kawin dengan lelaki kaya."
Badrul tersenyum sinis.
"Kau jangan nak babitkan suami aku dalam hal ni! Aku cuma nak warning kau. Jangan ganggu hidup aku lagi!"
Tegas Hasya.
"Hey Hasya. Kau jangan nak berlagak la dengan aku kalau setakat kau kawin dengan laki arwah KAKAK kau sendiri!"
Sengaja dia menekankan perkataan KAKAK itu di hadapan Hasya.
Hasya terpempam.
"Apa maksud kau, Badrul? Dari mana kau tahu semua ni?"
Soal Hasya.
"Dari mana aku tahu semua tu tak penting, Hasya. Apa yang penting, aku nak duit RM500 ribu tu kalau kau taknak anak dalam perut kau tu lahir takde bapak sebab bapak dia tak mengaku tu anak dia. Hahahaha!"
"Kau memang dah gila, Badrul! Mana aku ada duit sebanyak tu?"
"Laki kau banyak duit. Kau mintak la kat dia."
Hasya menarik nafas dalam.
"Kau dengar sini baik-baik. Aku tak pernah buat apa-apa dengan jantan keparat tu. Aku yakin yang gambar-gambar tu semua kau yang edit. So, aku takkan bagi kau walau sesen pun!"
"Aduhai... Kau jangan cabar aku. Jangan yakin sangat, Hasya. Kau dah lupa ke kes dua orang lelaki bertopeng pecah masuk rumah kau tu? Kau ingat takde apa yang berlaku? Huh! Lu pikir la sendiri! Aku bagi kau tempoh tiga hari. Kalau takde duit tu dekat depan aku kat sini tiga hari lagi, jangan salahkan aku kalau apa-apa terjadi dengan rumahtangga kau!"
Badrul bangun lalu terus meninggalkan Hasya sendirian di situ.
Hasya tersandar di kerusi. Dia buntu. Dia benar-benar tidak tahu hendak meminta pertolongan dari siapa.
'Ya Allah, kau selamatkanlah rumahtangga kami.'
Rintihnya di dalam hati.
***
YOU ARE READING
HASYA ✅
Storie d'amoreBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...