HASYA #64

15.4K 421 15
                                    

"Macam mana keadaan isteri kamu, Fi?"

Soal Puan Izzah kepada anaknya ketika mengunjungi rumah anak dan menantunya itu.

Alfi mengurut belakang lehernya.

"Macam tu lah keadaan dia, ma. Makin lama makin teruk sakit dia. Fi tak tahu nak buat macam mana lagi."

Alfi kelihatan runsing memikirkan keadaan isterinya.

"Mama tengok sejak akhir-akhir ni kamu nampak tak terurus, Fi. Mama kesian kat kamu. Apa kata kamu cari seseorang yang boleh uruskan kamu, makan pakai kamu. Sekali gus boleh jaga isteri kamu tu."

Cadangan Puan Izzah membuatkan Alfi menoleh ke arah mamanya.

"Apa maksud mama ni?"

Alfi sudah tidak senang duduk mendengar cadangan mamanya itu.

"Kamu tu usahawan berjaya, Fi. Kamu perlukan seseorang yang mampu jaga makan pakai kamu, yang mampu bagi sepenuh perhatian pada rumahtangga. Mata orang sentiasa terarah pada kamu. Mana kamu nak letak muka kalau orang tau isteri kamu gila?"

Alfi menguak rambutnya ke belakang. Ternyata kehadiran mamanya saat ini bukan untuk meringankan bebanan yang ditanggungnya malah semakin menyerabutkan kepalanya apabila mendengar cadangan gila mamanya itu.

"Mama sedar tak apa yang mama cakap ni? Dalam keadaan isteri Fi macam tu, mama boleh mintak Fi cari perempuan lain? How could you, mama? Mati-mati Fi ingatkan yang mama dah boleh terima isteri Fi, tapi Fi silap. Fi kecewa dengan mama. Sangat-sangat kecewa. And one more thing, isteri Fi tak gila. Dia cuma sakit. Mama ingat tu."

Alfi begitu kesal dengan sikap mamanya saat ini.

"Kalau dah tak siuman, cakap sorang-sorang, anggap anak patung tu sebagai anak dia apa maknanya tu? Bukan gila namanya? Apa lagi yang kamu tunggu dengan perempuan tu, Fi? Dulu kamu kata kamu kahwin dengan dia sebab Elyna. Sekarang Elyna dah meninggal. Anak kamu Alya pun dah takde. Ceraikan je perempuan tu!"

Puan Izzah masih tidak berpuas hati dengan anaknya.

"Astaghfirullahaladzim, mama!"

Istighfar panjang Alfi apabila mendengar kata-kata mamanya itu.

"Fi bukan nak kurang ajar dengan mama tapi Fi rasa tak patut mama cakap macam tu pada isteri Fi. Mama seorang perempuan. Mama mesti faham macam mana rasanya kehilangan anak. Anak Fi dibunuh dengan kejam, ma. Ibu mana yang boleh terima? Mama bagitahu Fi, ma.  Ibu mana yang boleh terima kalau anak yang dikandung selama sembilan bulan dalam rahimnya, bertarung nyawa setengah mati waktu melahirkan, anak yang disusukan, dibelai dengan penuh kasih sayang akhirnya dibunuh dengan kejam?"

"Cukuplah sekali Fi dah lakukan kesilapan besar pada Hasya dulu, ma dan Fi takkan sesekali ulang kesilapan Fi pada Hasya lagi. Hasya isteri Fi. Cinta hati Fi. Tanggungjawab Fi. Walau macam mana sekalipun keadaan Hasya, Fi akan tetap jaga dan sayangi dia hingga akhir hayat Fi. Itu janji Fi, ma... Janji Fi pada Allah, janji Fi pada Hasya. Fi mintak maaf sebab tak dapat tunaikan permintaan mama kali ni dan Fi harap ini kali terakhir kita cakap pasal hal ni."

Suara Alfi tegas. Air mata yang bertakung di tubir matanya dikesat perlahan sebelum ia mengalir. Sedangkan hatinya begitu terluka mendengar kata-kata mamanya inikan pula sekiranya isterinya mendengarnya sendiri.

"Mama tak peduli! Mama bagi kamu masa dua hari untuk kamu fikirkan pasal hal ni. Lagipun mama dah jumpa calon yang sesuai untuk kamu."

Ujar Puan Izzah sebelum meninggalkan anaknya sendirian di situ.


***

"Sayang..."

Alfi mengusap lembut ubun-ubun isterinya.

Terkebil-kebil mata Hasya memandang wajah suaminya.

"Kenapa menangis ni? Siapa buat?"

Soal Hasya polos.

Alfi mengusap air matanya yang terlalu degil untuk terus mengalir.

"Takde pape la. Mata abang masuk habuk."

Alfi mencipta alasan lalu menggosok-gosok matanya dengan jari.

Hasya mengambil 'bayi'nya di atas katil.

"Ni anak saya. Nama dia Alya. Awak nak tak jadi papa Alya? Alya panggil saya mama. Kalau awak nak jadi papa Alya, boleh dia panggil awak papa. Awak nak?"

Soal Hasya kepada suaminya. Alfi mengusap pipi isterinya lalu mengangguk.

"Tadi saya dengar perempuan yang dekat luar tu marah awak. Kesian awak kena marah. Siapa dia tu?"

Soal Hasya sambil mendodoikan 'bayi'nya.

"Itu mama, sayang..."

Ujar Alfi.

"Ma-ma? Mama? Mama?"

Soal Hasya.

Alfi mengangguk.

"Mama awak?"

Alfi mengangguk lagi. Hasya terus bersorak gembira.

"Ooo... Mama awak. Ini--- ini--- ini mama Alya!"

Hasya menunjuk dirinya.

"Tadi tu mama awak. Ini pulak mama Alya! Yeayy!"

Hasya mencium-cium seluruh wajah 'bayi'nya. Alfi hanya memerhati.

"Ehh!! Shhh... Shhh... Shhh... Alya nak tidur. Shhh... Jangan buat bising nanti Alya nangis. Shhh... Shhh..."

Hasya meletakkan jari telunjuknya di atas bibirnya lalu dia meletakkan 'bayi'nya di atas katil dengan penuh berhati-hati.

"Alya dah tidur. Saya pun nak tidur. Nanti Alya bangun saya nak bagi susu."

Suara Hasya berbisik.

"Awak nak tidur jugak? Tak nak? Okay!!!"

Hasya terus merebahkan tubuhnya di atas katil. Dia memejamkan matanya tanpa menghiraukan Alfi.

Alfi melangkah ke arah balkoni biliknya. Dia mendongak ke langit yang kelihatan mendung. Hatinya dipagut rasa sayu.

'Dengan namaMu, ya Allah. Aku berjanji aku akan menyayangi isteriku walau apa pun yang berlaku. Kau peliharalah Hasya, isteriku. Sembuhkanlah dia, ya Allah... Tiada daya dan upayaku selain dari memohon pertolonganMu. Hanya kepadaMu aku berserah.'

Doa Alfi di dalam hati.


***

HASYA ✅Where stories live. Discover now