HASYA #2

35.3K 814 6
                                    

Kring~ Kring~

Deringan handphone di dalam poketku menyentakkan kami berdua. Lantas pelukan dileraikan. Aku mengisyaratkan wanita itu agar diam seketika. Wanita itu mengangguk faham.

"Hello? Ye, ma? Hah?! Okay! okay! Fi datang sekarang!"

Aku panik. Panggilan daripada mama seolah-olah menarik sebahagian tangkai jantungku. Mata ku arahkan ke arah wanita itu.

"Kenapa?"

Soal wanita itu apabila melihat wajah panikku.

"Ikut aku! Masuk dalam kereta! Cepat!"

Wanita itu kelihatan tersentak apabila mendengar arahanku.

Aku tiada pilihan lain. Aku terpaksa mengheret sekali wanita itu ke hospital. Risau kalau-kalau dia tetap meneruskan niat bodoh dia untuk bunuh diri sekiranya aku tinggalkan dia sendirian di situ.

Melihat wanita itu tidak berganjak dari tempat dia berdiri, aku terus menarik tangannya mengikut langkahku.

***

Di dalam kereta, kami hanya diam. Mataku fokus ke arah pemanduanku. Aku hanya mahu cepat sampai ke hospital.

Aku perasaan yang wanita itu sesekali mengerling ke arahku. Ah! Aku tiada masa untuk berbual saat ini. Apa yang penting sekarang ini adalah ELYNA!

***

Hasya terpinga-pinga apabila melihat lelaki itu terus berlari masuk ke dalam hospital.

Tanpa berlengah, dia turut berlari mengekori lelaki itu. Langkahnya terhenti apabila melihat lelaki itu masuk ke dalam salah satu wad di situ. Lantas dia mengambil keputusan untuk duduk di ruang menunggu di situ bagi menghilangkan lelahnya akibat berlari tadi.

ALFI POV

"Papa..."

Elyna merengek apabila melihat kelibatku muncul di muka pintu. Aku terus menerpa ke arahnya. Dahinya ku kucup penuh kasih.

"Where are you going, pa?"

Aku senyum.

"I'm so sorry, baby girl. Papa pergi toilet tadi." Bohongku.

"Fi, mama nak balik dulu ni. Jaga cucu mama baik-baik."

Pandanganku alihkan ke arah mama lantas aku angguk.

"Take care, ma."

Mama mengangguk dan tersenyum sebelum meninggalkan kami berdua di situ.

***

"Papa..."

Aku mengusap wajah satu-satunya puteri kesayanganku. Bukti cinta aku dengan Mira, arwah isteriku.

"Yes, baby girl?"

"I want mama..."

Aku menghela nafas berat.

"Papa kan ada, sayang."

"Taknak! Ely nak mama!"

Tercebik-cebik mulutnya apabila aku tidak memenuhi keinginannya.

Ahh! Apalah yang kanak-kanak berusia 4 tahun faham  mengenai kematian.

Aku tiada pilihan lain lantas aku mencapai iPad di atas meja di sebelah katil lalu menghidupkannya.

"Here your mama."

Aku menghulurkan iPad kepada Elyna.

"Hello, my sweetheart!"

Elyna menjerit keriangan apabila melihat wajah mamanya sedang bercakap di iPad itu.

"Anak mama yang cantik ni apa khabar? I miss you, baby. Jangan naughty² tau? Dengar cakap papa okay? Bye sayang..."

HASYA ✅Where stories live. Discover now