HASYA #28

20.9K 500 8
                                    

"Tahniah! Puan Hasya mengandung."

Ujar Doktor Salina yang merawat Hasya. Alfi memandang tepat ke arah doktor itu.

"Serius ni doktor?"

Doktor Salina mengangguk lalu tersenyum.

"Ya Allah! Syukur alhamdulillah, sayang!"

Alfi mencapai tangan isterinya lalu dikucup berkali-kali. Terus didakap tubuh isterinya. Hasya jadi segan dengan perlakuan suaminya di hadapan Doktor Salina. Doktor muda itu hanya tersenyum. Barangkali sudah biasa dengan situasi begini.

"Puan Hasya kena banyak berehat ye sebab kandungan puan masih baru lagi. Pastikan isteri Encik tak lakukan kerja-kerja berat."

Pesan Doktor Salina kepada pasangan itu. Kedua-dua mereka hanya mengangguk tanda faham.

"Baik, doktor. Terima kasih banyak. Kalau takde apa-apa kami mintak diri dulu."

***

"Sayang kenapa monyok je ni? Sya tak happy ke dengan berita gembira ni?"

Soal Alfi yang sedang memandu apabila melihat mendung di wajah isterinya di sebelah.

"Awak betul ke nakkan anak ni?"

Soal Hasya perlahan sambil memandang ke arah perutnya yang masih kempis itu. Almaklumlah, kandungannya baru mencecah tiga minggu.

"Sayang cakap apa ni?"

Soal Alfi tegas. Hasya mengetap bibirnya. Air matanya bertakung di tubir matanya apabila Alfi meninggikan suara terhadapnya.

Alfi memberhentikan kereta di bahu jalan. Wajah isterinya dipandang.

"Fi tanya apa maksud sayang tanya macam tu tadi?"

Kali ini suara Alfi lebih lembut dan tidak setegas tadi.

"Awak nakkan kepastian. Betul ke awak sayangkan saya? Betul ke awak nakkan anak ni?"

Soal Hasya dalam sendu.

"Sayang cakap apa ni?"

"Jawab soalan saya, Fi."

Alfi meraup wajahnya.

"Yes, I do. Of course I love you, sayang. Really love you and Fi nakkan anak tu. Itukan anak kita. Kenapa ni sayang? Tell me, please... Jangan buat Fi tertanya-tanya macam ni."

Rayu Alfi.

"Saya terdengar perbualan awak dengan mama hari tu. Awak cakap yang awak nikahi saya semata-mata sebab Elyna. Saya cuma nak pastikan betul atau tak sebab saya taknak hati saya terluka kerana mencintai seseorang yang tidak cintai saya dan paling saya takut bila saya ditinggalkan oleh orang yang saya cintai."

Alfi memandang wajah isterinya.

"Sya cintakan Fi?"

Hasya diam.

"Sayang, please... Jawab soalan Fi. Sayang cintakan Fi?"

"Saya keliru dengan layanan awak terhadap saya, Alfi. Kalau betul awak nikahi saya semata-mata sebab Elyna, tolong jangan buat saya bertambah-tambah cintakan awak dengan layanan baik awak terhadap saya. Kita boleh lalui hidup macam sebelum kita nikah dulu walaupun status kita sebagai suami isteri sekarang ni. Tolong buat saya berhenti cintakan awak."

Lirih suara Hasya.

Alfi menggeleng setelah mendengar luahan isterinya.

"Fi minta maaf dengan kata-kata Fi hari tu. Fi tak bermaksud langsung. Sama sekali tak bermaksud nak lukai hati Sya. Tolong jangan berhenti mencintai suami Sya ni. Sebab lelaki di depan Sya ni sangat mencintai Sya. Fi cintakan Sya. Fi sayang Sya. Mungkin dulu Fi nikahi Sya kerana Elyna tapi hati manusia boleh berubah kan, sayang? Hati seorang lelaki bernama Alfi Hareez yang ada di hadapan Sya sekarang ni telah dimiliki oleh Hasya Fathini. I love you, sayang."

Hasya menitiskan air mata kerana terharu dengan kata-kata suaminya.

"Kalau dulu, Fi lamar Sya untuk jadi mama kepada Elyna, but now Fi lamar Sya untuk jadi isteri Fi dunia akhirat. Will you be mine forever, sayang?"

Hasya mengangguk. Alfi tersenyum dan membuka dashbox lalu mencapai seutas gelang getah berwarna oren di dalamnya. Gelang getah itu disilang dua.

Hasya pelik melihat tingkah suaminya.

"Awak nak buat apa dengan getah ni, Fi?"

"Sayang, bersaksikan anak kita dalam kandungan Sya, Fi berjanji yang Fi takkan tinggalkan Sya walau apa pun yang terjadi. Fi berjanji yang Fi akan sentiasa mencintai dan menyayangi Sya sepenuh hati Fi."

Lantas Alfi mencapai tangan isterinya lalu disarungkan getah gelang itu ke jari manis isterinya yang masih kosong.

"Fi tak de cincin lagi sekarang ni untuk sarungkan dekat jari Sya tapi Fi janji nanti Fi akan sarungkan cincin sebenar dekat jari sayang. Getah ni untuk sementara waktu je."

Lantas, Alfi terus mengucup jari isterinya penuh romantis.

***

HASYA ✅Where stories live. Discover now