HASYA #11

26.1K 637 10
                                    

"Papa! Ni ada surat teacher suruh bagi papa."

Elyna berlari ke arah papanya lalu menghulurkan sepucuk surat yang berlipat kepada Alfi yang baru saja pulang dari office.

"Kan papa dah pesan jangan lari, sayang."

Alfi mengusap perlahan kepala anaknya.

"Surat apa ni, baby girl?"

Elyna mengangkat bahu tanda tidak tahu. Alfi menyambut jua huluran surat yang diberikan oleh anaknya.

"Aunty Hasya mana?"

Soal Alfi kepada anaknya sambil membuka lipatan surat itu. Sedari tadi Alfi tidak melihat kelibat gadis itu.

"Aunty cantik cakap dia nak mandi tadi. Papa nak tau tak? Tadi kan, Ely tolong aunty cantik buat chocolate cake. Sedap sangat, pa."

Petah anak kecil itu bercerita kepada papanya. Alfi merebahkan punggungnya di atas sofa di ruang tamu diikuti anaknya.

"Oh ye? Baby girl papa ni ada susahkan aunty Hasya tak hari ni?"

Elyna menggeleng-geleng.

"Tak de, pa. Ely kan good girl."

"Ye ke anak papa ni good girl?"

Laju Elyna mengangguk-anggukkan kepalanya. Alfi mengusap ubun-ubun anaknya.

"Ye la, pa. Aunty cantik selalu cakap Ely good girl sebab Ely tak degil. Ely kan dah rajin makan ubat. Papa? Kan best kalau aunty cantik jadi mama Ely."

Gulp!

Alfi tertelan liur.

"Apa sayang papa merepek ni? Kan Ely dah ada mama? Ely dah lupakan mama ke, sayang?"

Terus tergendala aktiviti Alfi yang baru saja hendak membaca surat yang diberikan anaknya sebentar tadi.

"Ely tau, pa. Ely tak pernah lupakan mama. Tapikan mama takde dengan kita sekarang ni. Papa kawin la dengan aunty cantik. Please, pa."

Sekali lagi Alfi tertelan liur. Pelik pun ada bagaimana anak sekecil Elyna boleh bercakap soal kahwin.

"Dari mana sayang papa ni belajar cakap pasal kawin ni? Pandai je dia."

Alfi mencuit hidung anak kesayangannya.

"Ely kan selalu teman aunty cantik tengok drama petang-petang tu."

Elyna tersengih. Alfi menggeleng-gelengkan kepalanya apabila mendengar cerita anaknya.

"Pa, please, pa... Ely nak aunty cantik jadi mama Ely. Mesti best kan?"

Aik! Tak habis-habis lagi rupanya si kecik ni.

"Kalau macam tu, Ely tanya la aunty Hasya sendiri. Nak ke dia kahwin dengan papa Ely yang tak handsome ni?"

Alfi memancing anaknya. Elyna terus melekapkan kedua-dua belah tangannya pada pipi papanya.

"Betul ke ni, papa?! Ely pergi tanya aunty cantik sekarang jugak!"

Ujar Elyna teruja. Dia terus turun dari sofa untuk ke bilik aunty cantiknya. Alfi menggeleng-geleng melihat telatah anaknya. Harap-harap, anaknya itu tidak membuat perkara yang merepek.

***

"Aunty cantik... Boleh la, please..."

Elyna menarik-narik hujung baju yang tersarung di tubuh Hasya.

"Boleh apanya, sayang?"

Hasya berpura-pura menyoal. Gila tak terkejut bila tiba-tiba saja anak kecil itu memintanya untuk menjadi mamanya. Itu boleh consider lagi. Satu lagi hal yang membuat nafasnya seakan-akan mahu tersekat di kerongkong adalah permintaan Elyna untuk berkahwin dengan papanya, Alfi. Parah! Parah! Tak masuk akal langsung.

"Kahwin dengan papa Ely. Please..."

"Kenapa tiba-tiba ni Ely?"

Elyna sudah mencebik seakan-akan mahu menangis apabila Hasya seperti menolak permintaannya. Bukan Hasya tidak tahu, ini semua penangan drama petang-petang yang selalu ditonton oleh mereka berdua setiap hari.

Flashback
"Aunty cantik nak tau tak?"

Soal Elyna apabila mereka berdua seperti biasa menonton drama melayu pada petang itu.

"Apa dia, sayang?"

"Dulukan, Ely selalu tidur dengan mama dengan papa macam cerita ni. Tapi sekarang ni, mama Ely dah takde. Ely pun taktau mama pergi mana. Ely nak tidur dengan papa dengan mama lagi tapi papa selalu cakap yang Ely dah besar. Ely kena tidur sendiri."

Hasya jatuh kasihan setelah mendengar cerita anak kecil itu. Hatinya sayu apabila mengenangkan anak sekecil Elyna yang diuji dengan kehilangan insan kesayangannya.

"Betul la, papa Ely cakap tu. Ely kan dah besar. Kena lah tidur sendiri."

Hasya cuba memujuk.

"Tapi dulu boleh je. Lepas mama takde baru papa cakap macam tu dekat Ely. Tapi kenapa dalam cerita ni anak dia boleh tidur dengan mama papa dia? Dia pun dah besar macam Ely."

Bertalu-talu soalan yang diberikan oleh Elyna.

"Elyna sayang... Papa tak nak Elyna jadi terlalu manja. Sebab tu papa cakap macam tu."

"Tapi kenapa papa tidur dengan mama dulu? Papa dengan mama kan dan besar. Lagi besar dari Ely. Tak aci la macam tu."

Hasya menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sukar baginya untuk menerangkan kepada anak kecil itu. Pemikiran Elyna sangat matang kalau hendak dibandingkan dengan usianya yang sebenar.

"Itu sebab papa dengan mama dah kawin, sayang."

Elyna mengangguk-angguk. Entahkan faham entah tidak anak kecil itu.

"Ooo... Maknanya kalau Ely nak tidur dengan papa dengan aunty cantik, papa dengan aunty cantik kena kawin dulu la? Macam tu ke?"

"Err..."

Lambat-lambat saja Hasya mengangguk. Sekadar mahu menjawab pertanyaan Elyna.

"Kalau macam tu, aunty cantik kawin la dengan papa Ely. Ely nak tidur dengan papa dengan aunty cantik macam dalam cerita tu."

Elyna menjuihkan bibirnya pada skrin televisyen. Kenyataan Elyna membuatkan Hasya tergamam seketika.

Tidak tahu hendak membalas apa, Hasya hanya melemparkan senyuman lalu mengusap ubun-ubun anak kecil itu sambil berharap yang Elyna tidak akan membangkitkan soal itu lagi.

Hasya tidak menyangka bahawa Elyna akan membangkitkan hal tempoh hari pada hari ini. Melihat Elyna seperti hendak menangis, Hasya terus mendakap tubuh kecil itu.

"Ni kenapa sayang aunty nak menangis ni? Aloloo..."

Hasya mengusap-usap belakang tubuh kecil itu. Pelukan dileraikan.

"Jom kita makan kek nak? Ely kata tadi tak sabar nak bagi papa rasa kek yang Ely buat kan? Tadi aunty dengar bunyi kereta papa. Papa dah balik ke?"

Elyna mengangguk tapi wajahnya masih mencuka.

***





HASYA ✅Where stories live. Discover now