"Ni bilik Sya. Sorry la rumah Su ni kecik aje."
Suria merendah diri.
Hasya melabuhkan punggungnya di atas katil bujang di dalam bilik itu. Matanya memerhati sekeliling kawasan bilik kecil itu.
"Sya tak kisah Su. Dah ada tempat berlindung ni pun Sya dah bersyukur sangat-sangat. Thanks, Su."
"Okaylah. Sya rehat la. Nanti ada apa-apa bagitahu Su tau? Su keluar dulu."
Hasya mengangguk.
Setelah pintu ditutup, Hasya merebahkan tubuhnya di atas katil. Tangannya diletakkan di atas dahi. Matanya terkedip-kedip menatap kipas yang berputar di siling.
'Abang... Sayang rindu...'
Tiba-tiba, dia teringatkan suaminya.
'Kenapa la abang tak nak dengar penjelasan sayang?'
'Sayang tak salah, abang.'
Tanpa dapat ditahan, air matanya mengalir. Dia teringat saat-saat bahagia mereka suami isteri serta keletah comel si kecil Elyna.
"Elyna"
Tiba-tiba, nama itu meniti di bibirnya. Dia terus bangun dari katil. Sungguh dia sangat rindukan anak kecil itu. Semalam sebelum dia keluar dari rumah itu, dia langsung tidak sempat menatap wajah anak kecil itu. Semuanya berlaku terlalu pantas.
"Maafkan mama, sayang..."
Rintihnya.
"Mama harap Ely tak benci mama, sayang. Mama sayang Ely. Sayang sangat..."
***
"Hello, mama... Fi nak mintak tolong mama sikit ni. Mama tolong jagakan Elyna buat sementara waktu ni. Fi ada kerja sikit."
Puan Izzah berasa pelik dengan permintaan anaknya itu.
"Hasya ke mana? Kenapa tak dia aje yang jaga Ely?"
Soal Puan Izzah pelik.
"Nanti petang Fi hantar Ely kat rumah mama. Bye, ma."
Alfi tidak menjawab soalan mamanya malah dia terus saja mematikan talian.
Saat ini, hanya mamanya saja yang boleh membantunya menjaga dan memujuk anaknya itu. Jadi, perkara yang terbaik yang difikirkannya saat ini adalah dengan membiarkan anaknya itu tinggal dengan tok ma nya buat sementara waktu ini. Lagi pula, dia masih serabut dengan masalah baru yang timbul antara dia dan Hasya. Jadi, dia merasakan bahawa dia tidak dapat menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Elyna sedangkan anaknya itu memerlukan sepenuh perhatian terutama mengenai kesihatan anaknya yang perlu makan ubat mengikut masa yang telah ditetapkan oleh doktor.
Sebaik saja Alfi mematikan talian, handphonenya berdering minta diangkat. Alfi melihat nama si pemanggil.
Wife
Tanpa menunggu lama, Alfi terus menekan reject. Tak kuasa dia mahu menjawab panggilan wanita itu. Kalau dulu apabila menerima panggilan daripada wanita itu, laju saja dia menjawabnya.
Sekali lagi, handphonenya berdering. Alfi hilang sabar. Terus dijawab panggilan itu.
"Kau nak apa?! Berani kau call aku kan? Kau tak tahu malu ke, perempuan?!"
Bentak Alfi.
"Abang... Dengar dulu apa yang saya nak cakap ni. Saya merayu..."
Kedengaran lirih suara Hasya di hujung talian.
"Dah takde benda aku nak cakap dengan kau!"
"Abang, Ely sihat? Dia okay kan, bang?"
Soal Hasya. Dia sangat rindukan anak kecil itu walaupun baru sehari dia tidak bertemu. Itulah sebabnya dia menghubungi suaminya.
"Hei, perempuan! Kau dengar sini baik-baik! ELYNA TU ANAK AKU! BUKAN ANAK KAU! So kau tak payah nak pura-pura prihatin dengan anak aku! Baik kau urus je anak dalam perut kau tu!"
Alfi terus mematikan talian. Puas hatinya dapat memaki wanita itu.
Pedih. Itu yang dirasakan hati Hasya saat ini.
"Kenapa abang cakap macam tu? Ni anak kita. Buah hati cinta kita."
Hasya bermonolog sendirian sambil mengusap lembut perutnya.
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...