HASYA #61

16.7K 479 5
                                    

"Alya!"

"Alya!"

"Alya!"

Mendengar jeritan isterinya, Alfi segera mendapatkan Hasya. Dipeluk erat tubuh isterinya yang sedang menangis itu.

"Sayang kenapa ni?"

"Abang... Sya nak Alya, bang... Sya nak Alya..."

Esak Hasya. Alfi mengusap perlahan belakang tubuh isterinya.

"Shh... Shh... Sabar sayang... Polis kan tengah cari anak kita. Kita doa Alya selamat ye, sayang? Sayang bawak bertenang... In sha Allah takde apa-apa..."

Alfi cuba menenangkan isterinya.

Sudah dua hari berlalu sejak peristiwa Badrul menculik Alya namun masih belum ada sebarang khabar berita dari pihak polis.

Hasya meleraikan pelukan suaminya.

"Macam mana Sya nak tenang?! Alya tu anak Sya! Sya yang lahirkan dia! Sya yang tanggung sakit tu sorang-sorang! Abang cakap senang la sebab abang tak rasa apa yang Sya rasa!"

Alfi tersentak apabila Hasya meninggikan suaranya. Sungguh dia benar-benar terasa dengan kata-kata isterinya sebentar tadi. Dia tidak menyangka bahawa isterinya akan mengungkit hal yang lepas.

Tidak menunggu lama, Alfi terus bangun dari katil menuju ke arah pintu bilik.

Melihat suaminya berlalu, Hasya seperti baru tersedar akan keterlanjuran kata-katanya.

"A-abang..."

"Abang, Sya---"

Alfi terus keluar dari bilik mereka tanpa sepatah kata sebelum sempat Hasya menghabiskan kata-katanya.

Hasya menguak rambut panjangnya ke belakang. Dia benar-benar dalam tekanan saat ini.

Hasya menangis sendirian di dalam bilik. Dia menyesal kerana memarahi suaminya. Dia sama sekali tidak berniat untuk mengungkit hal lalu tapi dia terlalu sedih dengan kehilangan anaknya.

"Sya mintak maaf. Sya tak sengaja."

Lirih suara Hasya.

***

Jam sudah menginjak ke angka satu pagi namun Alfi masih belum pulang ke rumah. Hasya resah menanti kepulangan suaminya. Sudah berkali-kali dia menghubungi lelaki itu namun satu panggilan pun tidak berjawab.

Hasya berjalan mundar-mandir di ruang tamu rumah sambil memegang telefon bimbitnya.

Tiba-tiba, dia ternampak cahaya kereta suaminya masuk ke dalam garaj rumah. Terus dia berlari keluar dari rumah untuk mendapatkan suaminya.

Langkah Hasya terhenti apabila melihat Kamal yang memandu kereta suaminya manakala suaminya duduk di sebelah. Terus dia berlari masuk ke dalam untuk menutup kepalanya.

Membulat mata Hasya apabila melihat keadaan kepala suaminya yang berbalut itu. Dia segera menerpa ke arah suaminya.

"Abang?! Abang kenapa ni?! Ya Allah!"

Soal Hasya risau.

"Kamal? Kenapa dengan Abang Alfi?"

Hasya menyoal Kamal pula apabila soalannya tadi tidak dijawab oleh suaminya.

"Alfi excident masa dia keluar cari anak korang petang tadi. Kalau ikutkan, dia memang kena tahan wad, tapi dia degil nak balik. Katanya taknak kau risau."

Ujar Kamal. Hasya menekup mulutnya. Sudah semestinya dia rasa teramat menyesal kerana memarahi suaminya.

"Thanks, Mal. Sorry susahkan kau."

HASYA ✅Where stories live. Discover now