Tiga hari berlalu. Hasya berasa pelik dengan suaminya. Dia perasan dalam tiga hari ini, apabila dia terjaga sekitar jam tiga pagi, pasti suaminya tiada di sebelahnya. Ke mana Alfi pergi waktu-waktu begini? Dia terasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Seolah-olah suaminya itu ada menyembunyikan sesuatu di belakangnya tanpa pengetahuannya.
Hasya nekad. Dia perlu tahu ke mana suaminya menghilang dalam waktu-waktu begini.
Perlahan-lahan, Hasya bangun dari katil. Perutnya yang sudah kelihatan membukit sedikit itu diusap perlahan. Dia menuju ke bilik air untuk memastikan agar suaminya benar-benar tiada di situ.
Hasya memulas tombol pintu biliknya namun dia tersentak apabila susuk tubuh suaminya kelihatan di muka pintu apabila pintu dibuka.
"Abang! Terkejut sayang."
Hasya mengurut dadanya. Hasya pelik melihat wajah suaminya. Mata suaminya kelihatan sembap seperti baru lepas menangis.
"Sayang nak pergi mana ni?"
Soal Alfi lembut. Namun pertanyaan Alfi tidak dijawab oleh isterinya. Hasya memegang kedua-dua belah pipi suaminya.
"Abang? Kenapa mata---"
Hasya tersentak apabila Alfi menepis perlahan tangannya.
"Sayang, jom tidur. Abang mengantuk ni."
Alfi menarik perlahan tangan isterinya menuju ke katil. Hasya akur.
***
Keesokan harinya, sewaktu mereka bersarapan, Hasya terus menyoal suaminya mengenai persoalan yang bermain-main di benaknya selama beberapa hari ini.
"Abang..."
Panggil Hasya perlahan. Terhenti suapan makanan Alfi.
"Ye sayang?"
"Nak tanya sikit boleh?"
Alfi menjongketkan sebelah keningnya seketika.
"Sikit je tau."
Gurau Alfi. Hasya mencebik.
"Cebik-cebik. Gigit baru tau. Nak tanya apa, sayang?"
Soal Alfi.
"Abang pergi mana malam tadi?"
Alfi terkedu.
"Maksud sayang?"
Adakah Alfi berpura-pura tidak tahu?
"Malam tadi masa sayang nampak abang kat depan pintu tu. Abang dari mana?"
"Dapur."
Jawab Alfi sepatah. Kelihatannya dia seperti tidak berminat untuk meneruskan perbualan soal itu.
"Ely mana? Tak turun lagi?"
Soal Alfi.
"Tidur lagi agaknya. Hari ni kan cuti."
Alfi mengangguk-angguk.
"Petang ni kita pergi rumah mama ye?"
Hasya terdiam. Bukan dia tidak suka dengan ibu mertuanya itu namun kedinginan wanita itu terhadap dirinya membuatkan dia terasa seperti orang asing.
"Kenapa ni?"
Soal Alfi apabila dia perasan apabila isterinya mendiamkan diri.
Hasya menggeleng.
"Tak- takde apa-apa."
"Betul ni? Kalau ada apa-apa share la dengan abang."
Hasya menggeleng.
"I'm okay."
"Sure?"
Hasya mengangguk.
***
Sampai saja mereka sekeluarga di kediaman Puan Izzah, Alfi bersalam dan mencium tangan mamanya. Elyna sudah awal-awal lagi naik ke biliknya kerana Puan Izzah memberitahunya bahawa dia ada membelikan teddy bear besar untuk cucunya itu.
Hasya kelihatan takut-takut namun digagahkan jua dirinya untuk menghulurkan tangannya untuk bersalam dengan ibu mertuanya.
Huluran tangannya tidak bersambut sebaliknya Puan Izzah membawa tubuh menantunya ke dalam dakapannya. Perasaan terkejut, terkedu dan terkesima bercampur baur dalam diri Hasya apabila tubuhnya dipeluk oleh ibu mertuanya.
"Maafkan mama, Hasya. Mama dah salah menilai menantu mama selama ni."
Sekali lagi Hasya terkejut. Kenapa Puan Izzah boleh berubah secara tiba-tiba begini?
***
YOU ARE READING
HASYA ✅
RomanceBerkahwin dengan duda anak satu??? Ya. Itulah keputusan yang dibuat oleh Hasya Fathini setelah dilamar oleh seorang duda anak satu, Alfi Hareez demi keinginan seorang kanak-kanak yatim yang merindui belaian manja dari seorang ibu. Nyatanya, Hasya t...