Perlahan Wafi masuk memberi salam. Aku dan Mama serentak menjawab salamnya."Sayang, ini Wafi. Berbuallah dulu dengan Wafi ya. Mama nak ke cafe sekejap." ujar Mama.
Aku mengangguk.
Wafi duduk di kerusi depanku.
Aku tengok Wafi. Wafi tengok aku.
Then cepat-cepat aku alihkan pandangan.
Aku rasa janggal. Kekok.
Rasa macam tak pernah kenal.
Aku memang tak ingat apa-apa pasal dia.Haaihhh... tadi bukan main lagi aku rasa bersemangat nak lemparkan macam-macam soalan dekat mamat ni. Sekarang rasa segan pula...
Puas aku curi-curi tengok dan amati wajah si Wafi ni tapi tetap jugak aku tak ingat siapa dia ni. Orangnya tinggi, bertubuh sasa. Berkulit cerah, kulit mulus, nampak manis, pakai speck mata dan beanie di kepala.
Wafi senyum tengok aku.
Diam sekejap.
Then dia tanya aku..."Awak apa khabar?"
"Baik. Okey. Sihat." jawabku.
"Dah ganti puasa?" soalnya tiba-tiba.
Aku terpinga-pinga pandang dia. Sentap kejap.Dia ketawa. Sedikit kuat. Kelakar agaknya bila dia tengok reaksi muka aku. 'Kongajo' betul.
Tiba-tiba aku teringat :
"Mira minta aku pakai tudung, aku tak nak. Mira ajak aku solat, aku tak tahu. Mama cakap pasal Surah Yasin, baru aku tahu Surah Yasin tu salah satu surah dalam Al-Quran. Quran pun aku tak pandai baca. Kali ni Wafi ingatkan pasal puasa. Mesti dulu aku tak puasa ni. Tak apa. Aku 'hold' dulu soalan ni. Aku tanya khabar Wafi lah..." monologku."Awak apa khabar? Dah sihat?" soalku.
"Alhamdulillah. Semakin baik walaupun belum sembuh sepenuhnya." jawab Wafi.
"Dah berapa lama kita kenal?" soalku.
"Awak tak ingat apa-apa pasal kita?"
Aku geleng.
Wafi senyum."Lima tahun." jawabnya.
Diam.
"Lamanya. Kita kenal dimana? Macam mana kita boleh kenal?" soalku.
Wafi senyum.
"Saya tak tahu nak jawab macam mana. Saya takut saya tersalah jawab. Doktor pesan jangan buat awak stress. Awak kena happy selalu. Jangan bagi tekanan dekat awak." balas Wafi.
"Eh awak jawab jujur je lah. So tak ada lah saya terasa apa. Lagi saya happy kalau awak jujur dari menipu." jelasku.
Wafi menarik nafas panjang.
Aku nampak muka Wafi serba salah.
Dia toleh pandang sekeliling."Apa yang teruk sangat ni?"
soalku bila tengok keadaan yang serba tak kena.Dia ketawa.
Tarik nafas sekali lagi."Kita jumpa dekat 'clubbing'. Saya nampak awak dulu tapi awak tak perasan saya. Saya nampak awak dance dekat pole, tak cukup di pole, awak naik di meja bar. Ok, cukup." Wafi berhenti bercerita.
Aku senyum.
"Awak boleh terima baik buruk saya?"
soalku.Wafi senyum.
"Lima tahun saya bersama awak, apa yang saya tak boleh terima pasal awak?"
balas Wafi.Aku senyum.
"Saya rasa saya suka dance...."
perlahan aku bersuara, antara dengar dan tak dengar."Awak bukan setakat suka dance tapi memang awak Pole Dancer pun. Paling menakutkan bila awak ikut mana-mana lelaki yang ajak awak dance. Tango, Freestyler, Dance Floor, Belly Dance... Step by step awak cepat pickup."
Aku senyum.
Aku tak tahu apa sebenarnya yang aku rasa. Seronok? Bangga hidup macam tu? Haiihhh..."Saya minum? Saya smokin'?" soalku.
"Tak. Awak tak minum arak, awak tak merokok tapi saya perasan awak telan pil. Saya tak tahu pil apa." jawab Wafi.
Aku tunduk.
Sesekali aku mengalihkan pandangan.
Sambil berfikir, sambil aku cuba untuk ingat. Ternyata aku memang tak ingat apa-apa."Saya tak boleh ingat apa yang dah jadi..."
jelasku.".... satu pun saya tak boleh ingat." sambungku.
Wafi senyum.
"Sarah, jangan paksa diri untuk ingat. Ada hikmah kenapa Allah bagi kita lupa." pujuk Wafi.
Aku menarik nafas panjang.
Bukan nafas lega tapi entah.
Fikiran berkecamuk. Serabut."Awak ada ingat apa-apa lagi selain ini?
soal Wafi.Aku geleng kepala.
"Saya langsung tak ingat apa-apa. Kosong. Rasa macam hidup baru nak mula." ujarku.
Wafi senyum.
"Apa jadi pada kita? Macam mana kita boleh berkawan?" soalku.
"Blanc Le Club, Bailamos start, I got you. Ohh! Gosh too! jawab Wafi selamba.
Aku ketawa.
Wafi senyum.Diam sekejap.
Aku pandang Wafi.
Wafi pandang aku."Sampai bila kita macam tu?"
soalku."Sampailah saya kata saya nak kahwin dengan awak tapi awak tolak. Awak kata awak belum bersedia." jelas Wafi.
Aku cuba ingat apa yang jadi.
Pun sama. Tak ingat-ingat jugak."Maafkan saya. Saya langsung tak ingat apa-apa."
Wafi senyum.
"Tak apa."Aku pandang Wafi.
Macam ada yang tak kena."Apa yang berlaku sebenarnya? Macam mana kita boleh merancang untuk berkahwin sedangkan saya menolak pada mulanya? Macam mana kita boleh terlibat dalam kemalangan tu?" soalku.
Wafi menarik nafas panjang.
Melepaskan nafas dengan kuat."Sarah, boleh kita cerita lain?"
minta Wafi.Aku geleng kepala.
"Tak nak."
Aku tetap berdegil.
Tetap nak tahu apa yang jadi."Sarah, saya tak berani nak cerita. Saya takut. Saya tak tahu apa pula kesannya nanti bila saya bercerita..." Wafi menolak untuk bercerita.
"Please." pintaku.
"Sarah..." pujuk Wafi.
"Please, Wafi."
Aku pandang tepat ke arah Wafi.
Wafi tunduk. Mungkin dia tak selesa.
Rasa bagai dipaksa."Sarah..."
"Wafi, please."
Diam.
Tiba-tiba pintu diketuk. Seorang nurse masuk memberitahu waktu melawat dah tamat.
Aku menghela nafas panjang.
Tak puas hati."Satu hari, awak bagitahu saya yang awak berkawan rapat dengan seorang lelaki. Nama dia Uwais. Mulanya saya memang terkejutlah. Saya tak kenal pun siapa Uwais tu. Bila masa awak kenal Uwais tu pun saya tak tahu. Siapa Uwais? Mana dia tinggal? Umur dia berapa? Orang mana? Macam mana awak boleh kenal dia pun saya tak tahu. Yang awak cerita pasal Uwais... Awak kata Uwais tu baik sangat-sangat, pelajar sekolah agama, dia ajar awak mengaji, dia mengajar awak mengenal Tuhan, dia mengajar awak solat. Ok. Masa melawat dah tamat." ujar Wafi. Cepat-cepat dia menghabiskan ayatnya.
Aku senyum pandang Wafi.
Wafi pun. Mungkin dia rasa selamat bila masa melawat dah tamat."Awak tak jealous?" soalku.
(bersambung......)
AUTHOR : Shafeeca Izyan
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...