PART 23

307 4 0
                                    


Hahahaha!
Aku terus ketawa lepas tengok muka panik Zaril.

Zaril pandang aku.
Aku ketawa sambil geleng kepala.

"Tak ada apa, tak ada apa. Sarah saja gurau." ujarku dengan ketawa yang masih bersisa.

Zaril menghela nafas panjang.
Mungkin sedikit lega.

Aku pandang Zaril, senyum.

"Sarah..."
panggil Mama.

"Ya, Mama."
jawabku.

Mama pandang aku dan Zaril.
Mungkin Mama tak selesa tengok kami.
Zaril minta diri dan beri salam.

"Sarah buat apa dekat sini? Jom pergi depan. Kejap lagi Sarah nak pakai inai." ujar Mama.

Aargh! Aku tak nak kawen!

"Mama, kejap. Sarah nak borak dengan Zaril." kataku.

Membulat Mama pandang aku.

"Sarah, Sarah tak malu ke nanti orang kata apa bila Sarah borak dengan lelaki lain? Sarah nak jadi isteri orang tau esok!" tegas Mama.

Aku tergamam.

"Mama, kami borak je. Bukannya Sarah buat apa². Kalau semua benda Sarah buat, semuanya tak boleh, baik mati dari hidup!" aku tertinggi suara. Sebak. Air mata aku menitis tanpa sedar.

Aku berlari menuju ke tangga.
Pantas langkahku naik ke atas sambil menangis. Entah kenapa aku terasa hati dengan kata² Mama.

"Sarah!"
panggil Mama.

Aku tak hiraukan panggilan Mama itu.
Aku tahu semua mata ke arah kami.

Mama mengikut langkahku ke atas.
Mama kejar aku sampai ke dalam bilik.
Mama tarik lengan aku.

"Sarah, jangan nak malukan Mama!"
tegas Mama separuh menjerit dengan air mata jatuh ke pipi.

Aku pergi ke katil, peluk bantal dan terus menangis kuat! Aku dah tak pedulikan Mama. Hati aku lagi sakit bila disuruh kawen dengan lelaki yang bertopengkan syaitan.

Aku pendam.
Aku tak nak beritahu Mama siapa Uwais yang dulu. Aku tak nak Mama sakit hati lagi kerana aku. Aku ikut cakap Mama supaya kawen dengan Uwais sebab aku nak bahagiakan Mama - Uwais pilihan Mama untuk aku.

Aku pendam.
Bilamana lelaki yang aku pernah sayang dulu, lelaki yang pernah aku hegeh²kan dulu, lelaki yang pernah aku puja separuh mati dulu, lelaki yang pernah aku merayu jangan tinggalkan aku dulu, lelaki yang pernah ghaib begitu saja lepas meniduri aku, tapi sekarang?

Aku pendam semuanya, Uwais!

Sedaya-upaya aku tak nak Mama tahu pasal Uwais yang dulu. Sedaya-upaya ku tak nak Mama tahu pasal KOTAK HIJAU tu. Sedaya-upaya aku tak mahu Mama terbaca folder DEAR UWAIS dan tak pernah sedikit pun terlintas dihati aku untuk memadamkan folder dan membuang KOTAK HIJAU itu.

Mama datang menghampiriku.
Aku tahu Mama menangis.
Aku yang buat Mama menangis.
Aku bukan seorang anak yang baik.
Dari dulu pun aku memang macam ni.
Aku dah malukan Mama depan saudara mara yang lain tadi.

Aku menyesal tapi aku ego.

"Sarah, maafkan Mama. Mama sayang Sarah." pujuk Mama, lembut.

Tangisanku mulai reda, masih bersedu sedan.

Mama peluk aku.
Aku duduk, tak pandang Mama.
Ego masih menguasai diri.

Pintu bilik diketuk.

"Kak Sarah, Auntie Lina..."
panggil Azreen.

Aku dan Mama senyum pandang Azreen.

"Jom kita turun..."
perlahan Azreen ajak kami turun ke bawah. Mungkin saudara mara ramai yang dah tunggu kami.

Mama pandang aku.

"Izinkan Sarah nak berbual dengan Zaril."
pintaku.

Mama menghela nafas panjang.
Mungkin Mama tahu aku ni degil orangnya.

"Baiklah. Tapi jangan lama, kejap lagi Sarah nak berinai." pesan Mama.

Aku angguk, terus ke bawah mencari Zaril. Mama dibelakang.

Sampai dibawah, aku senyum pada semua. Mama baru turun. Aku ke hall utama mencari Zaril, tak ada. Aku ke dapur, dia tak ada. Aku nampak Mak Ngah!

"Mak Ngah! Mak Ngah! Zaril mana?"
tanyaku.

Mak Ngah pandang aku.

"Eh, kenapa pula Sarah cari Zaril?"
tanya Mak Ngah pula dengan muka berkerut.

Aku senyum.

"Saja nak borak dengan Zaril."
jawabku.

Mak Ngah diam.
Mungkin Mak Ngah rasa macam ada benda yang tak kena.

"Zaril ada dekat luar belakang tu."
kata Mak Ngah.

Aku senyum dan terus ke belakang cari Zaril.

Aku tengok Zaril sedang menghidupkan api untuk masak air di luar belakang rumah kami.

"Eh, Sarah buat apa dekat sini?"
soalnya.

Aku senyum.

"Saja nak borak."
balasku ringkas.

"Majlis berinal pukul berapa?"
soalnya.

"Entah."
jawabku, senyum.

Zaril garu kepala.

"Air dah masak?"
soalku, sengaja tanya.

"Air ni kejap lagi masaklah."
jawab Zaril.

"Boleh Sarah tanya?"
soalku.

"Boleh. Tanyalah..."
Zaril macam nak, tak nak jawab.
Mungkin dia tak selesa kami bual berdua.

"Awak tak selesa kita berbual?"
soalku.

"Eh tak, tak. Saya okey."
jawabnya senyum.

Diam.

"Sarah okey?"
tanya Zaril.

Aku menghela nafas panjang.
Zaril pandang aku.

"Awak tak okey ni."
kata Zaril.

Aku diam, tunduk.

"Sarah ada masalah?"
soalnya.

Aku diam.
Zaril pandang aku.

"Awak kerja? Study?"
soalku.

"Saya mengajar agama di kampung berdekatan kawasan rumah saya." jawabnya.

Aku tergamam.

"Kenapa Sarah?"
soal Zaril. Mungkin dia perasan air mukaku berubah.

Aku senyum kelat.

"Sarah, kenapa ni?"
soal Zaril.

Tiba² aku teringat Uwais bila Zaril beritahu yang dia mengajar agama.

"Sarah... Sarah... awak okey?"
soalnya berulang kali.

Mataku meliar pandang bawah.
Tak tentu hala.

"Uwais..."
tanpa sedar nama itu aku sebut.

"Ya, ya... Auntie Lina ada beritahu yang bakal suami Sarah nama Uwais. Dia ajar Sarah pasal agama, kan?" soalnya, senyum.

Aku rasa sebak tiba².
Terasa segalanya menusuk ke hati!

"Sarah?"
panggil Zaril.

"Dulu, Sarah pernah kenal dengan seorang lelaki yang ajar Sarah mengenal agama, yang ajar Sarah kuat untuk terus menutup aurat, yang mengajar Sarah solat, mengaji dan macam² lagi. Dia selalu ambil berat pasal Sarah, selalu ada masa untuk Sarah, selalu ada bila Sarah memerlukan dan dia selalu jadi tempat Sarah sharing apa² saja pasal Sarah setiap hari. Lama² kami jadi rapat. Bila rapat................" aku diam. Tak sanggup nak habiskan cerita. Aku menangis perlahan.

"Ya Allah, Sarah... Kenapa ni?"
soal Zaril cuba menenangkan aku.

Aku menangis.
Aku tak kuat. Aku pendam apa yang aku rasa.

(bersambung........)

AUTHOR : Shafeeca Izyan

REPOST : AKU GADIS LIARWhere stories live. Discover now