“Haaa… terkejut?”
Mama senyum bila lihat reaksi tak senang aku. Cepat-cepat aku mengalihkan pandangan. Mama paut bahu aku.“Sarah rehatlah. Mama nak tidur dah. Sarah jangan tidur lambat, ya.” Pesan Mama. Aku angguk.
Lepas Mama melangkah menuruni anak tangga, aku masuk ke bilik. Kunci pintu. Perlahan aku melangkah ke katil. Mata sedikit mengantuk. Badan terasa penat. Emosi berserabut. Otak ni dah macam tak berapa nak betul dah. Traumanya aku Ya Allah…
Allah Ta’ala berfirman:
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan solat ; kerana sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar.”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 153)Sebak. Teringat apa yang baru jadi tadi, aku menangis lagi. Kali ini lebih kuat. Cepat-cepat aku capai bantal dan terus telekup muka. Aku tak nak Mama dengar suara tangisan aku. Ya Allah… sesungguhnya aku menjaga hati Mama.
Aku dikejutkan dengan suara azan Subuh pada aplikasi Muslim Pro dalam smartphone. Tak sedar bila masa aku terlelap. Kepala rasa pening. Mungkin terjaga secara mengejut. Tekak rasa tak sedap. Badan rasa panas macam nak demam. Terasa sengal-sengal badan pun ada. Tiba-tiba terasa bahagian belakang sakit. Ya Allah… kenapa pula ni…
Aku duduk sekejap. Rehat, tahan sakit. Tarik nafas, hela perlahan. Termenung sekejap. Ingatan aku ligat teringat apa yang berlaku malam itu. Allah… aku tak nak ingat apa yang jadi. Aku penat. Sebaknya sampai terasa menusuk ke dada. Tak sedar air mata menitis. Sekali lagi aku capai bantal, telekup muka, menangis lagi. Allah… peritnya aku rasa. Tak boleh lupa apa yang dah jadi. Lama aku menangis. Aku gagahi diri melangkah ke pintu, masuk ke bilik air, mandi. Tengah mandi pun aku boleh termenung teringat hal malam tu, then aku menangis. Allah... tengah ambil wudhuk pun aku sebak, menangis lagi. Iyelah, tengah bersiap nak mengadap Tuhan, ambil wudhuk… terasa malu betul aku nak mengadap Allah.
Lepas ambil wudhuk, aku turun ke bawah sebab Bilik Solat berada di bawah. Aku tengok Mama dah selesai Solat Subuh. Mama senyum pandang aku. Aku tengok jam dah 6.40 pagi. Dah lewat bagi aku walaupun gelap lagi di luar rumah.
“Mama ingat Sarah tak bangun lagi…”
Soal Mama, senyum.“Mandi.”
Jawabku sepatah.Masa nak sarung Telekung pun ingatan aku teringat hal malam tadi. Ya Allah… sebaknya aku. Air mata bertakung dah. Aku tahankan. Aku harap Mama tak perasan keadaan aku ni. Aku harap Mama cepat-cepat keluar dari Bilik Solat ini. Aku tenangkan diri, tenangkan hati aku. Aku mula mengadap kiblat. Aku mohon Allah kuatkan hati aku, kiblatkan hati aku sekali. Solat.
Lepas selesai Solat, amalkan zikir :
a) Subhanallah sebanyak 33 kali
b) Alhamdulillah sebanyak 33 kali
c) Allahuakbar 33 kali
d) La ilaha illallah wahdahu la syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘ala kulli syai-in qadir (Tiada Tuhan melainkan Allah yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya adalah semua kerajaan dan puji-pujian dan Allah adalah Maha Kuasa atas segala sesuatu) baca sekali.Masa berzikir inilah aku dah mula menangis bila bibir dan hati kita terlalu kuat ingat Allah. Masa kita berzikir memuji-muji Allah, masa inilah aku dah tak boleh tahan. Lepas berzikir, berdoalah pada Allah dengan penuh adab. Jangan bangun dari tempat solat, tadah tangan berdoa mengadap kiblat, dimulakn dengan memuji-muji Allah, berselawat dan berdoalah mohon pada Allah. Lepaskan segala apa yang berbuku dalam hati. Semuanya aku lepaskan dengan air mata yang tak henti-henti. Siap dengan hingus-hingus sekali. Jangan tanya dekat mana aku kesat hingus aku tu. Aku bukan jenis perempuan yang main celet-celet hingus dekat telekung. Setiap kali nak solat, mesti aku sediakan sekotak tisu pada sebelah sejadah tempat aku solat beserta tasbih sekali. Sebab aku ni hati tisu. Lembut sangat. Sikit-sikit nak nangis. Lepas solat, tak sah kalau tak menangis.
![](https://img.wattpad.com/cover/129864782-288-k596473.jpg)
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...