Aku terdiam.
Sesuatu yang sangat mengecewakan.
Sesuatu yang pernah aku dambakan.
Sesuatu yang pernah aku impikan.
Musnah dalam sekelip mata.Bagaikan pungguk rindukan bulan.
Setiap masa dan ketika, aku sentiasa menanti. Walhal aku tahu dia telah pun pergi, meninggalkan aku hanyut dengan dosa-dosa lampau yang masih berbaki. Tanpa merasa bodoh, aku terlalu berharap dia akan kembali.Aku cuba untuk melepaskan apa yang pernah aku ada. Bukan tak nak lepas sebenarnya, tapi rasa tak puas bila dipermainkan begitu. Bermati-matian aku percaya, tapi akhirnya dikhianati. Meletakkan kepercayaan yang tinggi pada golongan agamawan, aku silap langkah berkali-kali.
Aku lupa setiap orang tidak sempurna.
Teringat satu kalamullah dalam Surah Al-Fajr, ayat 28 yang bermaksud :
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati lagi diredhai!"Akhirnya lerai jua air mata.
Dalam raungan yang menikam pedih jantung hati. Kalbu ini yang engkau robekkan. Maruah aku inilah yang engkau pijak henyakkan.Aku ini perempuan yang pernah engkau sampah-sampahkan. Aku ini perempuan yang pernah engkau ludah-ludahkan. Aku ini perempuan yang pernah engkau jijik-jijikkan. Aku ini jua perempuan yang pernah engkau main-mainkan. Akulah perempuan yang pernah engkau guna-gunakan dan engkau tinggalkan.
Aku lupa yang aku sedang diuji. Walau apa pun dia, apa yang jadi, semuanya dalam aturan Allah. Aku juga pernah lupa diri, pernah alpa, pernah kufur dengan nikmat Tuhan, tapi Allah tak pernah kejam. Allah sentiasa memaafkan, tapi kenapa payah untuk aku hadap kenyataan ini?
Ditinggalkan dan terus pergi.
Aku sakit."Ketahuilah bahawa kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah permainan dan hiburan serta perhiasan, juga bermegah-megah di antara kamu serta berlumba-lumba membanyakkan harta benda dan anak pinak; samalah seperti hujan yang menjadikan penanamnya suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu bergerak segar, selepas itu engkau melihatnya berupa kuning; akhirnya ia menjadi hancur bersepai; dan di akhirat ada azab yang berat, dan keampunan besar serta keredaan dari Allah. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.
(Surah Al-Ĥadīd : Ayat 20)
====================
Hari ini hari Khamis.
16 November 2017.
Kinokuniya, KLCC.Usai solat Zohor, aku minta izin dari Mama untuk ke kedai buku. Saja nak ambil mood. Seluar dan baju T berlengan panjang labuh berwarna kelabu, aku pakai. Tudung labuh dan niqab berwarna hitam seperti biasa dengan bergalaskan beg Leopard Print. Sampai di KLCC, perut dah lapar. Makan dulu di sebuah kafe berhadapan dengan restoran Nando's. Lepas makan, aku mulakan langkah ke Kinokuniya.
Sajalah rasa nak berjalan ke sini. Bukan aku suka membaca sangat pun. Sampai ke Kinokuniya, aku terus ke seksyen Stationery cari Tanah Liat. Kononnya nak main Play Doh kekehkeh....!
Dah ambil set dough yang aku berkenan, aku pun bawalah ke seksyen buku. Kaki melangkah laju ke depan tapi mata ralit pandang kiri dan kanan. Dari jauh aku terpandang seksyen buku bahagian MILITARY & WAR. Langkahku semakin laju ke situ. Kalut berjalan, tiba-tiba "bedepanggg!"
Berpinar kepala aku.
Semua mata tertumpu ke sini.
Semua terdiam sekejap."Ya Allah..."
terdengar satu suara seolah-olah mengeluh pandang aku.Aku pandang ke depan.
Nak pengsan aku rasa.
Lelaki bertatu tempoh hari."Lu ni apa masalah ni? Sekali sekala jangan kacau gua boleh?"
soalnya berbisik ke halwa telingaku. Mungkin sebab ramai yang pandang kami, dia seganlah nak tinggikan suara.

YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
EspiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...