Nak tergelak aku tengok telatah Zaril tapi aku pendam rasa nak ketawa tu. Memang aku ni jenis yang suka mengusik. Baik Mama, Wafi, Uwais, Doktor Haziq, Mira, Azreen, semuanya pernah aku sakat. Tapi mungkin usikan aku kali ini menjadi sikit, nampak serius.“Hai lah Zaril, takkanlah awak tak kenal Sarah awak yang lama ni.” Monologku dalam hati.
“Jom, balik.”
Ajak Zaril. Mungkin dia tak senang, segan nak jawab.“Tak nak jawab?”
Soalku.Zaril diam.
“Tak sampai dua belas jam lagi awak dah nak jadi isteri orang, Sarah. Awak belum tidur lagi ni. Kang mengantuk-ngantuk awak karang masa bernikah nanti.” Ujar Zaril tanpa menjawab soalanku.
“Awak tahu Sarah nak bernikah dengan siapa?” soalku.
“Uwais.”
Jawabnya.Aku diam.
Sebak.“Kenapa Sarah?”
Soalnya.“Dia pilihan Mama.”
Jawabku. Rasa air mataku bertakung, mungkin sebab aku pendam apa yang aku rasa. Rasa yang lahir dari hati namun terpaksa ditelan lumat.“Setiap ibubapa mahukan yang terbaik untuk anaknya. Seorang ibu ada aura untuk anaknya.” Kata Zaril.
Aku diam, tunduk.
“Sarah takut menyesal kahwin dengan Uwais. Sarah takut nak jadi isteri dia lepas apa yang dah pernah jadi.” Luahku.
Zaril pandang mengadap aku.
Aku tak boleh pandang dia. Aku punya sebak… Ya rabbi… sampai nak pandang ke lain pun dah tak mampu.“Sarah, perkahwinan itu bukan untuk mencari kesempurnaan pasangan, tapi untuk kita saling melengkapi antara kita dan pasangan. Mana kelebihan pasangan, itulah kesesuaian untuk kekurangan kita. Mana kekurangan pasangan, itulah padanan untuk kelebihan kita. Sebab itu dalam rumahtangga kita wajib belajar terima segala kekurangan, keburukan dan kelemahan pasangan supaya kita padankan dengan segala kelebihan, kebaikan dan keistimewaan kita. Barulah harmoni dalam sesebuah keluarga. Tak ada rumahtangga yang kekal bahagia dari awal sampai akhirnya. Tetap ada pertengkaran sebab masing-masing masih belajar untuk terima segala kelemahan pasangan. Terima diri pasangan kita seadanya akan membuatkan kita lebih bahagia. Bertolak ansurlah dalam hubungan. Jangan ego. Belajar menerima kelemahan pasangan adalah pelajaran paling sukar dalam rumahtangga sebab kita hanya mahu dia yang terbaik, kita hanya nak kebaikan dia je sampai kita lupa yang semua orang ada kekurangan. Kita selalu lupa hal tu. Selalu lupa yang setiap manusia tak ada yang sempurna.” Jelas Zaril panjang lebar. Sampai dah kering air mata aku dengar penjelasan dia.
“Sarah takut Sarah tak boleh.”
Ujarku.“Cuba dulu, perlahan-lahan. Suami yang baik adalah suami yang punya kesabaran yang tinggi mendidik isteri. Saya yakin Uwais mampu didik Sarah. Allah dah letakkan masa yang sesuai untuk Sarah bernikah. Sarah ingat lagi Surah At-Talaq, ayat 3?
Aku angguk.
Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan, sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
(Surah At-Talaq : Ayat 3)
“Tapi perkahwinan tak boleh cuba-cuba, Ustaz Zaril.” Ujarku.
Zaril ketawa.
“Saya harap Sarah faham surah tu. Belajarlah untuk menerima sesuatu. Jangan takut. Perkahwinan itu sesuatu yang baik dari hubungan terlarang.” Jelas Zaril, senyum.
YOU ARE READING
REPOST : AKU GADIS LIAR
SpiritualAUTHOR : Shafeeca Izyan Kisah yang wujud . Orang yang merasainya pun wujud . Cuma banyak disamarkan . Supaya jaga aib . Perit untuk cerita kisah sebenar sendiri , even cam kita nak cerita kisah silam yang jahil kita . Begitu perit bukan ? Begitu jug...